Thursday, March 31, 2016

Review: Melissa Instant Shawl by Hayat Hijab.co



Teks: Emme Marina Mohamad

Bismillah..

Assalamualaikum para pembaca yang saya kasihi sekalian,

Apa kabar?

Sudah lama saya ingin review tudung labuh dari Hyat Hijab ni. Sebenarnya bukanlah membeli tudung labuh kerana mahu review semata. Tetapi, syukur atas hidayah Allah, dari bertudung 45 in kini saya berhijrah ke tudung bidang besar 60 in.

Sudah lama tergerak hati mahu berhijrah, tetapi rasa kurang yakin pada awalnya.

Dulu semasa remaja, saya tidak memakai tudung, free hair. Kemudian mula bertudung tetapi masih tidak menutup dengan baik. Masya Allah, ada sahaja yang tidak sempurna....

Tetapi Allah itu maha pengasih, maha pemberi hidayah. Selepas berkahwin, saya mula merasa tidak selesa apabila berpakaian ketat, suami juga. Kami mula mencari pakaian buat saya yang lebih longgar, lebih menutup aurat.

Sedikit demi sedikit, Allah tunjukkan saya jalan yang sepatutnya kita sebagai seorang isteri dan muslimah yang sejati harus ikuti.

Dan, Allah itu maha mengetahui, dalam saya dilema ingin berhijrah ke tudung labuh. Tiba-tiba encik suami tag nama saya pada satu event pakaian muslimah yang mengenakan jubah dan bertudung litup menutupi badan mereka.

Masya Allah. Terkedu dan bercampur baur perasaan saya ketika itu.

Itulah calling bagi diri saya. sesungguhnya Allah itu mendengar dan memakbulkan doa dan hasrat hambanya.

Memandangkan saya baru nak berhijrah. Lalu saya google dan cari di instagram dengan menggunakan kata kunci "tudung labuh bidang 60". Lalu, saya berjumpa dengan instant shawl melissa dari hyat hijab ni.

Kata kunci ini amat penting bagi produk jualan anda tahu, boleh belajar lebih lanjut dalam kelas asas blog kami.

Terus saya hubungi, hyat hijab dan order melissa instant shawl berwarna hitam. He. Saya memang nak sangat kaler hitam ni.
Jom tengok apa yang special tentang melissa instant shawdari hyat hijab.col




Inilah senarai penuh warna-warna melissa instant shawl. Cantik-cantik kan?

Alhamdulillah, saya sangat sukakan kainnya. Lembut, memang betul tidak perlukan iron dan butang kecuali diperlukan. Contohnya nak betulkan labuh pada bahu bolehlah dipinkan di situ.

kainnya juga tidak panas walaupun labuh. Selese sahaja menggunakannya. Memang top kualiti.




Inilah saya mengenakan melissa instant shawl black.

Serius saya memang dah jatuh cinta dengan tudung ni. Tapi saya ada satu sahaja.

In shaa Allah, nak beli kaler lain pula.

Anda suka x?

Suka kaler apa ya? Jom kita tengok sama-sama model yang menggayakan melissa instant shawl ni.








Alhamdulillah

Jom order ramai-ramai. Sekarang ada free postage tau tuk pembelian 3 pcs ke atas.

Oh, terlupa saya.

Harga melissan instant shawl ini berharga RM 59 sahaja.
Murah ke murah?

No comments:

Post a Comment