Wednesday, November 09, 2016

Ayam Cop Halal Tetapi Haram Dimakan

Publish on : Wednesday, November 09, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Allahu.

Terkejut selepas dapat gambar ni yang disharekan oleh sahabat.

Bagaimana boleh diluluskan penjualan ayam ni kepada orang islam dengan cop halal pula.

Mujurlah ada pihak yang sedar dan sebarkan.

Memang kita semua sebagai orang islam patutnya tahu tentang cara penyembelihan yang sewajarnya. Tetapi jika dah siap dibungkus dalam plastik, bagaimana kita nak tahu hanya selepas pembelian dibuat bukan?

Tu satu. Jika dua, kita ambil dan minta mereka potong ayam ini lagilah kita langsung tidak akan sedar yang sebenarnya ayam ini tidak halal untuk kita makan.

Allahu.

Berhati-hati ya. Kita semua orang islam. Apa yang kita makan itu wajib diketahui unsur halal dan haramnya.

Ayam memang halal dimakan, tetapi tanpa penyembelihan yang sepatutnya ia boleh menjadi haram bagi darah daging kita.


Allah SWT berfirman:

فَـكُلُوْا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللّٰهِ عَلَيْهِ اِنْ كُنْتُمْ بِاٰيٰتِهٖ مُؤْمِنِيْنَ
"Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya."
(QS. Al-An'am: Ayat 118)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ



Allah SWT berfirman:

وَلَا تَأْكُلُوْا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللّٰهِ عَلَيْهِ وَاِنَّهٗ لَفِسْقٌ    ؕ  وَاِنَّ الشَّيٰطِيْنَ لَيُوْحُوْنَ اِلٰٓى اَوْلِيٰٓـئِـهِمْ لِيُجَادِلُوْكُمْ  ۚ  وَاِنْ اَطَعْتُمُوْهُمْ اِنَّكُمْ لَمُشْرِكُوْنَ
"Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik."
(QS. Al-An'am: Ayat 121)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ


No comments:

Post a Comment