Wednesday, November 09, 2016

Review Toto Karpet Patchwork

Publish on : Wednesday, November 09, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,


Alhamdulillah, 
Sangat berpuas hati order toto karpet ni
Materialnya bagus
Ketebalan pon sedap nak baring sambil tengok television




Toto karpet patchwork. Sebenarnya tak pernah terlintas atau tahu pun pasal toto karpet patchwork ni.

Alkisahnya saya sedang survey untuk karpet yang jenis tebal bagi menggantikan karpet sedia ada.

Adakalanya, saya suka duduk di bawah menonton televisyen berbanding di atas sofa. Bebas sikit kan kaki nak julur lurus. Tetapi sejak mengandung ni, kebas rasa punggung ni dan makin stress pula melihat karpet yang penuh debu dan habuk walau setiap masa divacuum dan ditepuk. Tetap berhabuk. Nak dikibas sentiasa berat pula. Aduhai


Itulah hati dah mula tak berkenan, saya terjumpa la pasal karpet tatami sebenarnya. Kalau tengok di lazada atau lelong.com.my range harga dalam RM150 bagi saiz L (190 cm x 190 cm). Karpet ni tebal dalam 2 inci, ringan malah tidak simpan debu lah. Dan boleh dibasuh di dalam mesin basuh. Itulah kisahnya yang buatkan hati sangat tertarik. Tetapi ada pula komen negatif pelanggan tatami karpet di lazada yang buatkan saya berfikir dua kali.

Mengikut review, ketebalan karpet tidak seperti yang dikatakan dan permukaan karpet licin boleh menyebabkan anak-anak tergelincir. Bahayalah kan. Anak-anak kecil lagi dan sedang lasak. Saya pon mengandung ni turut risau. Huhu

Dalam masa saya survey-survey tu, tiba-tiba terjumpa pula toto karpet patchwork ni di lelong.com.my. Ha, tertarik lah pulak.

Google punye google bertemulah si pembekal patchwork yang menawarkan harga toto patchwork karpet ini dengan harga yang berpatutan. Harganya sebenarnya lebih kurang sahaja dengan tatami karpet ni.

Walaupun toto karpet nampak seperti alas tilam tetapi ciri moden dan anti slip tu sangat menarik.

Alhamdulillah, sudah pon selamat sampai toto patchwork karpet ni. Anak-anak suka, suami suka. Saya lagilah suka.

Kainnya berkualiti. Nampak kukuhlah, tak senang koyak. Tebal pon tebal. Anak-anak dan suami siap tertido sambil menonton televisyen. Okaylah tu kan? Tak lama lagi baby pon sedap badan nak dibaringkan depan televisyen. Takde lah keras je badan atau kebas-kebas lagi.

Walaupun tebal tetapi tetap ringan untuk saya kibas bila berhabuk atau ada sisa makanan. Cuma apa yang saya fikirkan, jika mahu terus menjaga kualiti kain dan isi dalam toto tidak elok dicuci dalam mesin basuh. Basuh sendiri sudah memadai.

Saya suka sangat design corak ni. Simple, warna terang malah ada pelbagai elemen kaler yang boleh dimatchkan dengan warna-warna di ruang tamu.

Jika anda sedang berfikir-fikir tentang toto patchwork karpet ni, bagi saya amatlah berbaloi untuk dicuba. Dua dalam satu kan fungsinya.


No comments:

Post a Comment