Monday, February 13, 2017

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 6)

Publish on : Monday, February 13, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

I AM EXCLUSIVE DROPSHIP
Part 6

Biasa dah sekarang ni ,dropship mesti diletakkan dalam satu group untuk mudah leader guide atau announce . Tak kira lah group telegram atau group wassap atau group facebook.

Majoriti suka masuk dan dengar ja apa yang disampaikan.
Tak da orang share, maka senyap la dia pun.
Tak pasti sebab kurang keyakinan diri kot .Bermula dari dropship kan.

Sebab tu dari part 1 saya tekankan apapun bermula dari diri sendiri.
sebab part 6 ni apa yang saya nak anda buat untuk jadi exclusive dropship adalah AKTIF dalam group support !

Aktif macam mana yang saya maksudkan
1- bila masuk dalam group ,perkenalkan diri dan mohon tunjuk ajar la kan.

2- kalau group facebook atau telegram yang boleh scroll, geledah dulu cari apa yang dikongsikan.

3- bila dah baca, klik like dan komen supaya admin group alert kita dah baca.

4- Biasa admin group adalah leader kita,kita nak leader kita tau kita memang dah baca dan kita bukan kategori semua benda nak tanya,padahal dah share dah.. ingat! leader cukup suka dropship kategori ni. berdikari !

5- Bila ada cara baru yang kita dapat kenalpasti atau dapat teknik baru closed sales yang kita sendiri dah aplikasikan menjadi, rajinkan diri berkongsi dalam  group! jangan kedekut ilmu ! Lagi kita share, lagi Allah murahkan rezeki kita tau! lagi satu leader semakin kenal kita! cuba bayangkan kalau dalam group tu ada berpuluh atau beratus orang, ingat leader nak cam ke sorang2?kita bukan nak raih perhatian untuk bodek ke apa..kita nak dia sedar kewujudan kita dan ketahuilah bila kita ni banyak memberi dalam group, leader akan ingat kita, doakan kejayaan kita, silap haribulan dia akan pm personally untuk bg coaching personally.

6- Bila ada members lain yang post dalam group tanya sesuatu, involve dalam pertanyaan dia.. kalau tak tau, komen la maaf tak tau.. kalau tau, jawablah.. kalau dia kongsi kejayaan dia closed customer ,raikan!
"celebrate small succses! " kalau kejayaan kecik pun tak reti nak raikan, ingat kejayaan besar nak datang?

Apa yang saya kongsikan, apa yang saya pernah buat.
kalau dalam group tu nak mengata kita . Biarkan ja, asalkan kita ni bukan nya jenis duk post apa yang orang tak suka.

tau apa yang orang tak suka?

1- meseg berantai-
2- meseg kondem leader
3- meseg negative

orang tak suka la,dan jangan buat kalau tak nak orang tak suka kita.
Manusia boleh berubah, kita ja degil tak nak berubah.
kalau sebelum ni tak pernah nak buat 1-6 tadi, latih paksa untuk buat,lama lama akan semulajadi nak buat.

sebenarnya ni bukan untuk dropship ja tapi untuk semua.
Tak kira ejen
tak kira stokis.

#IamExclusiveDropship


No comments:

Post a Comment