Thursday, July 05, 2018

Takziah Buat Keluarga Bayi Adam Rayqal! Ketemu Di Syurga Wahai Anakku Sayang



Hari ini tidak kira di mana saya melihat media sosial memaparkan kisah bayi syurga Adam Rayqal. Akan pilunya hati seorang ibu memeluk anak pertamanya yang masih belum hilang sakit bersalinnya.. Tetapi Allah menjanjikan syurga buat anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Allahu akbar, sesungguhnya Adam Rayqal sudah tersenyum di sana menunggu kedua orang tuanya. 

Hati siapa tidak pilu. Tidak kira siapa yang ada hati dan perasaan turut sama merasai kesedihan ibu dan bapa Adam Rayqal. Takziah saya ucapkan. Hati saya turut bersedih. Air mata turut mengalir.

Walau sekeras dan kuat bebelan saya setiap hari pada anak-anak demi didikan mereka namun jika luka/ berdarah... Menitis air mata ni. Anak-anak tahu hati mama tak kuat. Mama kuat nangis sebenarnya. Jika beginilah kejamnya dunia luar, biarlah mama bekerja setiap hari membanting tulang, idea dan tenaga untuk jaga anak-anak mama sendiri. 

Bukan dunia ini kejam.. Cuma kita mungkin sudah hilang kepercayaan. Semoga Allah memelihara kita semua daripada mereka yang tidak berhati perut. Jauhi keluarga kita dari mereka yang tiada iman. 

Ya Allah, kau peliharalah kami semua daripada kekejaman manusia yang kejam. Daripada manusia yang tidak berhati perut. Lindungilah kami daripada sifat2 yang tidak baik. Lindungilah anak-anak kami Ya Allah. Semoga anak-anak kami membesar dengan iman dan mati dalam keadaan beriman. 

Aamiin ya rabbil alamin

1 comment:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun....
    Takziah buat seluruh ahli keluarga.
    Semoga ibubapa Adam Rayqal redho dengan ketentuanNYA

    ReplyDelete