Showing posts with label Super WAHM Super MOM. Show all posts
Showing posts with label Super WAHM Super MOM. Show all posts

Tuesday, December 19, 2017

Cara Didik Anak Mula Bertanggungjawab Sejak Kecil Lagi

December 19, 2017 0 Comments
Bismillah

Janjinya kelmarin nak bersihkan kucing dan sangkar kucing. Tetapi sudah kepenatan keluar pada waktu paginya terpaksalah mama batalkan aktiviti petang semalam.

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi anak sudah bangun dan semangat nak beraktiviti. Terkocoh-kocoh mama nak siapkan anak-anak pula. Anak kucing ni berkeliaran seekor di halaman rumah sejak kelmarin. Kebetulan di rumah kami memang sudah ada sangkar kucing yang suami siapkan dahulu. Kucing je dah takde. Mati dua-duanya sebab sakit.. (isk)

Saya selalu menekankan aspek tanggungjawab pada anak-anak. Bagaimana menjaga barang sendiri, bagaimana mengemas bilik, membersihkan ruang tamu malah mereka sudah pandai vacuum dan mengemop lantai dengan baik. Baju-baju juga mereka lipat sendiri dan susun. 


Walaupun masih kecil, tetapi bagi saya anak-anak perlu dididik supaya tahu erti melakukan kerja di rumah. Menjaga barang mereka supaya tahu bersyukur akan pemberian papa dan mama. Walaupun begitu tidak bermaksud sekali didik sudah pandai. Bebelan setiap hari dan nasihat diberikan. Pelbagai cara juga ada


Jika mood mama seperti PMS memang singalah jawabnya. Yang terbaik, saya selalu ajak anak-anak duduk dekat dan bercerita. Saya ajak mereka berfikir. Ajak mereka menjawab bagaimana jika rumah bersepah. Bayangkan hidup ni jika saya sendiri sebagai ibu sepahkan rumah dan biarkan. Pandai pula jawab nak rumah cantik! haha. 


Saya didik anak-anak sebagai ibu dan rakan. Walaupun singa, anak yang sulong selalu kata "mama ni lawakla". Haiyoo, tapi bila saya mula je pegang rotan di tangan, masing-masing automatik rajin pula mengemas rumah! Memang nak kena. Alhamdulillah, bila dari kecil sudah dibiasakan melakukan aktiviti kerja-kerja rumah, kelak mereka sudah tahu menguruskan diri. Biasakan buat kerja kasar. Mama bagi arahan sahaja siap!




Bersihkan sangkar kucing yang dibina oleh suami dan saya. Berat sungguh tahu sangkar ni. 3 tingkat pula tu siap tangga! Suami seoarang yang tahu bertukang dan kreative mendesign. Disebabkan terlalu mahal untuk beli sangkar besi, dan ada kayu-kayu renovation dapur. Teruslah kami mulakan aktiviti membina sangkar kucing sendiri. Gigih!!


Comelkan? Namanya Elizabeth kata anak no 2. huhu. suka atilah hangpa
Sesi memandikan anak kucing. Nasib baik simpan lagi syampoo kucing tu. Ada hikmah rupanya


3 anak dara bertungkus lumus membersihkan sangkar dan main air.. hahaha.. mama tahu sangat bab suka main air tu.



Bagaimana pula kalian semua?


Friday, January 15, 2016

Panduan Urus Diri dan Masa Ibu Bekerja di Rumah

January 15, 2016 0 Comments

Superwahm supermom.
Sayangnya saya tidak diketemukan dengan ebook ini sebelum saya membuat keputusan untuk
berhenti kerja.
.
.
Ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bukan sahaja untuk suri rumah sepenuh masa tetapi juga untuk ibu-ibu yang bekerja. Bagi wanita-wanita yang bercadang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah, memang elok membaca ebook ini untuk dijadikan panduan.
.
Di dalam ebook ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses urus masa dan tips urus rumahtangga. Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk bersembang dan menonton tv. Tanpa pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai.
.
Secara keseluruhannya ebook Super Wahm Super Mom ini amat sesuai dimiliki oleh semua wanita yang bekerja di pejabat mahupun di rumah.

Bulan Januari ini kami mengadakan 2 bonus pakej bagi surirumah

Pilih salah satu yang sesuai dengan anda. Kedua-duanya amat berbaloi untuk dilaburkan.


Ketika menjengah di grup-grup yang disertai usahawan yang bekerja dari rumah, ini antara perkongsian mereka.
.
.
.
-Saya sudah kelam kabut urus bisnes pada masa yang sama, sudah mula mengabaikan anakanak.
.
-Rasa sangat stres kerana terlalu letih dan banyak kerja rumah
yang perlu diuruskan.
.
.
Yang masih bertatih dengan dunia bekerja dari rumah, baca naskhah Superwahm supermom.

Ia ebook pomosi Januari. Juga ebook bonus kelas blog bisnes penulisan.


Friday, January 08, 2016

Cabaran Terbesar Sebagai Surirumah Berpendapatan Sendiri

January 08, 2016 0 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad

Cabaran paling besar adalah diri sendiri.
Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal.
Jadi mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.
.
.
Sumber EBOOK SUPER WAHM SUPERMOM
Ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog
Ebook promosi Januari

Jika anda sedang berkira-kira mahu menjana pendapatan dari rumah sambil mendidik anak-anak
Saya rekomen kalian sertai komuniti surirumah berpendapatan dari rumah dari akademi bekerja di rumah
kami mara 2000 ahli

atau dapatkan ebook promosi 3 buku asas bisnes sambil urus diri dan anak-anak.




Hubungi saya untuk maklumat lanjut
Emme Marina Mohamad
0189100852

Thursday, January 07, 2016

Tip urus stres dengan super gembira

January 07, 2016 0 Comments
Tip urus stres dengan super gembira

1. Rai diri sendiri dengan mengatakan pilihan ini adalah terbaik untuk diri kita. Ada banyak pro dan kontra mempunyai pembantu rumah antaranya kos sara hidup meningkat, tiada privasi dalam rumah, juga kebergantungan kita kepada orang lain.
.
2. Jadikan urus rumahtangga sebagai tanggungjawab bersama, agihan semula kerjasama dalam bentuk agihan tugasan untuk suami, isteri dan anak-anak.
.
3. Mula semula sesuaikan diri untuk tidak bergantung kepada orang lain, fokus urusan rumahtangga adalah mudah bukannya remeh temeh dan malas untuk selesaikan rutin sama setiap hari
.
.
Baca lanjut dalam ebook super wahm super mom



Ebook ini bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR dan Promosi bulan januari 2016, lebih penjimatan dengan pembelian bonus promosi 3 ebook. Bolehlah mula jana pendapatan sambil jaga anak dari rumah.


Wednesday, January 06, 2016

Saya Mahu Berhenti Kerja! Bagaimana ABDR Boleh Bantu Saya Jana Pendapatan?

January 06, 2016 0 Comments

Teks: Emme Marina Mohamad


Semasa saya membaca nukilan rakan seakademi saya ini, teringat saya semasa tahun 2010-2011, sewaktu itu saya kerja di Nilai sebagai seorang jurutera. Saya dan suami tinggal berasingan, saya di semenanjung sedangkan suami di Sarawak. Walaupun begitu saya bersyukur kerana ketika itu saya hanya menjaga seorang anak sahaja. Mungkin dari situ, agak kurang stress dan bebanan antara kerja-jaga anak-urus rumah dan keperluan lain. Belanja menguruskan diri juga lebih rendah berbanding sekarang.

Walaupun cuma seorang anak, tetapi adakalanya politik kerja dan karenah orang atasan memeningkan kepala saya, kerana saya satu-satunya jurutera yang memiliki seorang anak kecil seusia 2 bulan semasa mula berkerja di kilang. Rutin bulanan di klinik kerajaan bagi bulanan check up atau ketika anak tidak sihat sering menyebabkan saya menjadi mangsa perbualanan dan sindiran. Entahlah, tidakkah mereka sedar suami saya jauh di sisi. Sungguh saya beberapa kali mahu berhenti kerja.

---------------------------------

Ini adalah nukilan seorang WAHM sebelum beliau membuat keputusan berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Sumber: Bab 3, ebook super wahm, super mom


Saya meneruskan rutin pada bulan-bulan sibuk, saya akan bekerja sehingga malam dan juga berlarutan pada hujung minggu. Politik pejabat yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerenah rakan pejabat, menempuh kesesakan jalan setiap hari, berulang alik dari rumah, pejabat, rumah pengasuh dan sekolah anak yang mengambil masa yang panjang.

Kesemua tersebut adalah ahak berjauhan antara satu sama lain, saya boleh berada di dalam kereta dan di atas jalan raya sehingga 3 jam lamanya, bayangkan. Cabaran menguruskan anak-anak seorang diri, kerana suami bekerja di Singapura. Awal pagi suami sudah keluar rumah, malam barulah nampak muka. Keluara semua di kampong, saudara mara juga jauh, agak susah untuk meminta bantuan. Jadi sedikit sebanyak membuatkan hati dan badan saya semakin letih, layu, kusam dan yang sewaktu dengannya

____________________________________________________________

Motivasi dalam diri sangat penting. Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes. Sentiasa cuba menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Bersedia menghadapi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha.

Farah Hafizah.

Bagi situasi di atas, bagi kami para surirumah di daam komuniti Akademi bekerja di rumah menyimpulkan begini;

1.Berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, bukanlah satu bebanan, tetapi ia juga satu lagi ibadah kerana kita bekerja dengan Allah. Mungkin rezeki itu tidak nampak dari segi wang ringgit. Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anak-anak, juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenar-benar majikan.

2. Ada yang cukup risau apabila tidak bekerja, tiada lagi pilihan untuk berbelanja sesuka hati wang sendiri, juga mahu memakai apa sahaja yang diigini.


Perkara yang paling difikirkan oleh ramai wanita bekerja ialah tiada rezeki atau bentuk wang yang akan mereka dapat setelah berhenti. Gaji suami pula belum tentu dapat menanggung perbelanjaan peribadi ketika sewaktu kerja.

Kemewahan inilah sebenarnya satu dosa jika kita sentiasa fikirkan. Kerana berbalik semula kepada kenapa kalian membuat keputusan untuk berhenti. Jangan dinilaikan kemewahan dan kebebasan yang kalian nikmati dulu. Apa niat berhenti. Apa sebenarnya tanggungjawab anda sebagai isteri dan dimana sebenarnya tempat anda selepas berkahwin.

Di akademi kami menyediakan ruang kalian berbisnes hanya dari rumah.

Ada 3 produk jualan yang disediakan di sini
1. Pakej kelas asas blog
2. Ebook
3. Ruang pengiklanan bagi para peniaga

Latih tubi setiap hari dari RM 10, RM 20, RM 50 hingga RM 100.

Selagi anda ada semangat untuk ubah hidup anda bersama suami dan anak tersayang. In shaa Allah kami sentiasa kejayaan kalian walau di mana kalian berada.


Lebih banyak perkongsian wahm di dalam ebook super wahm., super mom.

Boleh juga dapatkan ebook ni dalam pakej jimat bulan januari.

Atau sertai kelas asas blog dimana ebook ini sebagai bonus percuma buat kalian.


Tuesday, December 22, 2015

Apa itu WAHM, SAHM, dan SOHO?

December 22, 2015 0 Comments
Kerja apa?

"Mengajar di mana?" Tanya makcik pemilik kedai runcit seberang jalan. Saya hanya
tersenyum,

“Saya tidak mengajar.” Tahukah pembaca budiman sekalian, guru atau cikgu pilihan kerjaya
popular di kampung terutama di Kelantan. Atau pernah dan selalu juga soalan ini.

“Isteri mengajar di mana?”

Atau ini.

“Menantu yang ini mengajar di mana pula?” Majoriti ipar duai saya di sebelah suami adalah
guru.

Selalunya di dalam fikiran saya. Makcik kerja saya menulis, memberi info atau panduan
bekerja di rumah. Sayalah salah seorang wanita bekerja di rumah.

Tidaklah pula saya menjawab begitu, selalunya hanya senyum dan jawab sahaja di dalam
hati.

Selalunya, saya berterus terang.

“Buku apa, novel ke?”

Sentap dibuatnya. Kalau saya cakap tulis buku, mesti sambungannya tulis novel. Aduhai.
Tetap banyak kali saya jawab balik, tulis buku umum.

Disebabkan yang bertanya faham, tidak faham, atau buat-buat faham. Jadi topik seterusnya
berkisar topik lain pula.

Juga bagaimana mahu memahamkan persekitaran bahawa saya berada dalam 'zon kritikal'
tetapi nampak dari segi luaran bahagia duduk di rumah tidak buat apa-apa.

Jadinya untuk menyelamatkan situasi ini, saya selalu menyatakan kepada Hakim, si anak
yang sulung.

"Jaga adik sebentar, ibu mahu sambung kerja."

"Sekarang ibu mahu kerja!"

Dengan harapan ini adalah saluran pemahaman dan ia akan menukar persepsi tinggal di
rumah duduk saja-saja tanpa buat apa-apa. Ini kerana persekitaran di luar tidak seperti di Lembah Klang masih lagi 'terpana' dengan ayat 'bekerja dari rumah'.

Jadi pandai-pandailah menyesuaikan diri.

Diari WAHM, ibu bekerja di rumah.


SUMBER: Super Wahm, Super MOM

Thursday, December 17, 2015

4 Pilihan Utama Memilih Bekerja dari Rumah

December 17, 2015 0 Comments
Assalamualaikum, salam sayang semua

Menjadi surirumah merupakan perkara yang boleh menjadi satu kebahagiaan ataupun "seksa" bagi seorang wanita. Pengorbanan melibatkan masa depan anda setelah bertungkus lumus belajar hingga ke peringkat sarjana muda, ada yang berpangkat master dan sebagainya. Ada juga sedang mendaki puncak tertinggi dalam kerjaya mereka, tetapi apabila sudah berkahwin dan berlaku sesuatu perkara telah menyebabkan pilihan sebagai surirumah itu sebagai pilihan kerjaya masa hadapan anda.

Tidak kurang ramai yang mengeluh lebih-lebih lagi sudah tiada lagi wang saku buat diri sendiri, tiada lagi shopping personal item dan paling merisaukan bayaran bulanan masih tertunggak minta dilunaskan.


La tahzan! Janganlah bersedih

Sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas, dan Allah itu maha pengasih lagi maha pemberi rezeki yang tidak terhingga. Izinkan saya kongsikan 4 perkara yang dapat menggembirakan hati kalian. Semoga perkongsian ini dapat melegakan hati kita, redha akan ketentuan Ilahi, in shaa Allah jenguk-jenguk selalu blog saya mana tahu dapat idea untuk berniaga hanya dari rumah sahaja. In shaa Allah. tidak mustahil ya ibu-ibu sekalian

Saya ingin berkongsi apa lagi pilihan sebagai muslimah yang memilih untuk bekerja dari
rumah.

1.Berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, bukanlah satu bebanan, tetapi ia juga satu
lagi ibadah kerana kita bekerja dengan Allah. Mungkin rezeki itu tidak nampak dari segi
wang ringgit. Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anakanak,
juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenarbenar
majikan.

2. Ada yang cukup risau apabila tidak bekerja, tiada lagi pilihan untuk berbelanja sesuka hati
wang sendiri, juga mahu memakai apa sahaja yang diigini.

3. Pilihan berada di rumah bukanlah bergelar suri rumah semata-mata, tetapi kita boleh
mencari peluang untuk menjana pendapatan. Pilihan sama ada menjual produk fizikal atau
digital. Carilah sumber, seminar, mana-mana peluang yang boleh kita ambil ilmunya dan
mula berusaha ke arah tersebut.

4. Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat bekerja dari rumah sepenuh masa, tetapi
ia terpulang kepada pandangan masing-masing, apa matlamat jangka pendek dan jangka
panjang dalam kehidupan. Kehidupan bukan kekal di sini, asas pendirian inilah yang
membawa apa hala tuju kehidupan kita yang sebenar.


Jika suri dan ibu-ibu ingin dapatkan lebih banyak perkongsian, bolehlah dapatkan ebook Super WAHM, Super MOM sebuah buku motivasi mengenai kejayaan para surirumah yang hanya bekerja dari rumah sahaja, menjana pendapatan sambil menguruskan rumahtangga. In shaa Allah ada banyak kisah motivasi, tips serta panduan yang amat bagus dijadikan panduan anda seharian.

super wahm, super mom


Untuk menempah --> http://emmemarinamohamad.blogspot.my/p/borang-tempahan.html

Tuesday, October 20, 2015

Ingin Berhenti Kerja? Ketahui Asas Persediaan Ini Dahulu!

October 20, 2015 0 Comments

Teks: EBOOK YEAY! MAMA SUDAH RESIGN
Foto: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH


KISAH PILIHAN
 
Januari 2010, saya menghantar notis perletakan jawatan yang berkuatkuasa tiga bulan selepas itu. Maka, secara rasminya saya berhenti kerja pada 1hb April 2010. Pada saya, rezeki bukan di situ sahaja. Ia ada di mana-mana atas izin Allah. Lagi pun, setelah hampir 6 tahun berada ditempat yang sama, saya mulai merasa tepu. Saya perlukan suasana baru untuk pembangunan kerjaya dan masa depan saya.

Dania dapat merasai perbezaan rutin harian kami. Tidak lagi perlu dikejutkan seawal 7.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. 24 jam, tujuh hari seminggu kini Dania bersama dengan mama.

Bermula dari saat itu, saya mula menikmati hidup sebagai surirumah beranak satu. Saya hamil anak kedua beberapa bulan selepas saya berhenti kerja. Saya sangat gembira kerana saya bebas menentukan masa saya seperti balik kampung dan adakala mengikut suami outstation.

Namun begitu, saya tidak duduk goyang kaki sahaja. Saya menjalankan perniagaan secara kecilan dan menjalankan pemasaran secara online melalui blog dan facebook.

Setelah kami berpindah ke Semenyih pada bulan Julai 2013, saya mula merasai susah untuk keluar berjumpa pelanggan dan rakan kongsi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan tersebut dengan menjual produk sahaja melalui Blog, Facebook dan Instagram.

Saya berpuas hati hanya menjalankannya dari rumah sahaja. Malah kini bergabung dengan lebih ramai surirumah yang menjana pendapatan dari rumah.

 Asas persediaan berhenti kerja.

 1. Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan kumpulan sokongan.

 2. Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja.

 3. Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan walaupun berada di rumah.

 4. Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan.

 Kelebihan bekerja sendiri

 1. Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri.
 2. Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja.
 3. Dapat mengimbangi semula urusan keluarga.
 4. Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh.

 Sumber: Ebook Yeay!Mama Sudah Resign

Ebook ini berharga RM30 senaskah tapi bulan ini anda dapat lebih jimat dengan promosi bulanan kami.

1 pakej terdapat 5 ebook yang amat berharga cuma dalam RM100 sahaja. Jika kalian mahu baca ebook, Mama Sudah Resign apa salahnya tambah lagi ilmu dan persediaan dengan bacaan ebook SuperMom SuperWahm!

Harga kelima-lima ebook ini RM205. Khas bulan 10 sahaja anda dapat penjimatan sebnyak separuh harga!


Dapatkan hari ini sebelum promosi berakhir.


Monday, October 19, 2015

RM100 sahaja. Promosi E-Book ABDR Sepanjang Bulan Oktober

October 19, 2015 0 Comments
RM100 UNTUK 5 EBOOK INI
(Harga sebenar RM 205.00)

Bekerja dari rumah bunyinya seronok. Tidak ada masalah lagi dengan kesesakan trafik dan punya lebih masa bersama keluarga.

Meniti tahun-tahun awal bekerja dari rumah tentu sekali kita akan mengalami cabaran-cabaran awal sebelum sukses. Namun cabaran inilah yang menjadikan nilai bekerja dari rumah itu keindahan yang boleh kita belajar untuk lebih matang, sabar, tidak putus asa...


Nak baca lagi lanjut?
Jom dapatkan segera ebook pilihan ibu-ibu moden...


Nak lagi jimat?
Rebut peluang memiliki 5 ebook yang berharga cuma RM100
Ya, RM100 sahaja (Harga sebenar RM 205.00)


Home Ads