Assalamualaikum, salam sayang semua
Menjadi surirumah merupakan perkara yang boleh menjadi satu kebahagiaan ataupun "seksa" bagi seorang wanita. Pengorbanan melibatkan masa depan anda setelah bertungkus lumus belajar hingga ke peringkat sarjana muda, ada yang berpangkat master dan sebagainya. Ada juga sedang mendaki puncak tertinggi dalam kerjaya mereka, tetapi apabila sudah berkahwin dan berlaku sesuatu perkara telah menyebabkan pilihan sebagai surirumah itu sebagai pilihan kerjaya masa hadapan anda.
Tidak kurang ramai yang mengeluh lebih-lebih lagi sudah tiada lagi wang saku buat diri sendiri, tiada lagi shopping personal item dan paling merisaukan bayaran bulanan masih tertunggak minta dilunaskan.
La tahzan! Janganlah bersedih
Sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas, dan Allah itu maha pengasih lagi maha pemberi rezeki yang tidak terhingga. Izinkan saya kongsikan 4 perkara yang dapat menggembirakan hati kalian. Semoga perkongsian ini dapat melegakan hati kita, redha akan ketentuan Ilahi, in shaa Allah jenguk-jenguk selalu blog saya mana tahu dapat idea untuk berniaga hanya dari rumah sahaja. In shaa Allah. tidak mustahil ya ibu-ibu sekalian
Saya ingin berkongsi apa lagi pilihan sebagai muslimah yang memilih untuk bekerja dari
rumah.
1.Berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, bukanlah satu bebanan, tetapi ia juga satu
lagi ibadah kerana kita bekerja dengan Allah. Mungkin rezeki itu tidak nampak dari segi
wang ringgit. Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anakanak,
juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenarbenar
majikan.
2. Ada yang cukup risau apabila tidak bekerja, tiada lagi pilihan untuk berbelanja sesuka hati
wang sendiri, juga mahu memakai apa sahaja yang diigini.
3. Pilihan berada di rumah bukanlah bergelar suri rumah semata-mata, tetapi kita boleh
mencari peluang untuk menjana pendapatan. Pilihan sama ada menjual produk fizikal atau
digital. Carilah sumber, seminar, mana-mana peluang yang boleh kita ambil ilmunya dan
mula berusaha ke arah tersebut.
4. Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat bekerja dari rumah sepenuh masa, tetapi
ia terpulang kepada pandangan masing-masing, apa matlamat jangka pendek dan jangka
panjang dalam kehidupan. Kehidupan bukan kekal di sini, asas pendirian inilah yang
membawa apa hala tuju kehidupan kita yang sebenar.
Jika suri dan ibu-ibu ingin dapatkan lebih banyak perkongsian, bolehlah dapatkan ebook Super WAHM, Super MOM sebuah buku motivasi mengenai kejayaan para surirumah yang hanya bekerja dari rumah sahaja, menjana pendapatan sambil menguruskan rumahtangga. In shaa Allah ada banyak kisah motivasi, tips serta panduan yang amat bagus dijadikan panduan anda seharian.
Untuk menempah --> http://emmemarinamohamad.blogspot.my/p/borang-tempahan.html
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan