Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay

Bismillah. Shopee Malaysia mula memperkenalkan penggunaan berbeza bagi wallet seller dan buyer. Kini kita ada Seller Wallet dan ShopeePay. Ramai juga yang konpius, tetapi takyah la konpius sangat nya.... Senang je, sebabnya ShopeePay ni berada di ruangan BUYER, dan Seller Wallet di ruangan SELLER (My Shop). Jika dulu, kita menggunakan satu sahaja wallet bagi kedua-dua buyer dan seller. Nampaknya mungkin Shopee nak mengasingkan akaun bagi memudahkan urusan transaksi atau akaun mereka (agaknyalah! think harder..)


Apa Itu ShopeePay?



Shopeepay secara ringkasnya ialah duit yang kita gunakan bagi tujuan membeli. Thats why we are the buyer. Shopeepay ini boleh kita topup terus duit ke dalamnya tahu. Memudahkan lagi urusan shopping kita dekat SHOPEE!


Tekan je pembayaran menggunakan Shopeepay, masukkan pin, terus duit dibayar ke akaun seller Shopee serta merta. Tidak perlu lagi nak tunggu TAC number jika pakai online banking, atau beratur ke ATM atau susah-susah je nak ke 7e semata-masa nak bank in duit shopping kita tu. 


Selain kita masukkan duit ke dalam ShopeePay akaun, pembelian yang kita cancel atau refund juga akan terus masuk ke ShopeePay. 


Jom Belajar Cara Nak Guna dan Aktifkan ShopeePay Anda


Langkah Pertama: Pergi ke icon Me. Anda akan terus nampak SHOPEEPAY. Klik je kat situ.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Langkah Kedua: Akan keluar paparan macam di bawah ni, contoh sini dalam ShopeePay saya ada duit refund hari tu. Saya masih belum dapat keluarkan lagi sebab belum aktifkan ShopeePay. huhu.

So ikutkan, nak withdrawkan duit refund ke, cancel order ke. Terus je tekan withdrawal, tetapi kalau belum aktifkan. Kita kena aktifkan dahulu.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Langkah Ketiga: Ok sebelum tu, cek dulu kalau anda dah setting ke belum no akaun bank anda dekat ShopeePay Bank Accounts. Kalau belum sila isikan dahulu.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay


Langkah Kelima: Dah letakkan no bank akaun anda? Bolehlah aktifkan. Ikut sahaja panduan yang Shopee suruh buat. Apa Shopee nak? Gambar kad pengenalan anda dan anda berselfie dengan kad pengenalan! Hah, mudah sahaja.

Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Senang sahaja kan? Takde susah atau keliru pun. Dah confirm nanti terus boleh withdraw duit tersebut ke dalam akaun bank anda. Biasanya duit akan masuk dalam masa 1 - 3 hari. Paling cepat biasanya CIMB, sehari je dah masuk. Maybank kadang-kadang bermasalah jugak. Delay sahajalah. Itu je. 



Diharap entri ini dapat membantu kalian semua. 


Jika suka dengan entri ni, jangan lupa share kay.

37 Comments

  1. Hi. Are there any benefits of using ShopeePay? Dapat extra coins ke, voucher ke, apa ke? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya salah satu kaedah payment sahaja buat masa ni. boleh topup duit dalam tu, senang nak shopping tak perlu susah2 login bank atau ke atm

      Padam
  2. Panduan yg di kongsi sungguh membantu newbie cam saya nih .Terima Kasih..

    BalasPadam
  3. saya nak tanya shopeepay ni tk bahaya ke....sbb melibatkan gambar ic & gambar selfie bersama ic...bkn ke ic peribadi punya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah shopeepay ni slamat kerana dia menggunakan ic

      Padam
    2. sebenarnya ni cara paling secure sebab takde orang boleh curi duit awak. bukan shopee sahaja buat method tangkap gambar ni.. tng juga perlukan anda tangkap gambar dgn ic.. bagi membuktikan diri anda ialah owner kepada pemilik ic tersebut

      Padam
  4. Susah lah tunggu proses pembayarannya tu,last 2 gagal.mcm MN caranya yg mudah,Blum fhm lagi caranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 aktifkan shopeepay, once dah aktif shopee akan gunakan shopeepay ni tuk urusan refund khususnya. kemudian jika kita nak pakai belanja di shopee taknak susah2 online banking boleh sahaja topup duit ke shopeepay dan gunakan bila-bila masa

      Padam
  5. Salam sis..kalau kita ada buat cancellation,, x aktif shopee pay mmg xdpt refund la yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. ye betul. akan masuk ke no akaun yang kita daftarkan. amik masa 1-3 hari waktu bekerja

      Padam
  6. Balasan
    1. insha Allah selamat. lazada dan touch n go juga guna method yang sama. boost apps pun begitu

      Padam
  7. Saya nak Tanya, shopee pay kena block sebab salah masuk no pin. Bile col shoppe Centre, Tak dapat sebab no tidal ada dalam perkbidmatan. Boleh bantu saya x? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba call no latest mereka. atau chat melalui shopee apps awak. boleh live chat direct

      Padam
  8. Nak tanye pin no tu Kene create masa first time activate Akaun shopeepay ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. no pin ni saya sendiri dah create seawal berniaga di shopee.. bukan semata2 shopeepay je. hanya 1 pin tuk urusan buyer and seller

      Padam
  9. Sya dah aktifkan semua dah..no akaun n ic..tp xleh nk withdraw dr shopeepay..keluar msg "you need a verifed bank account to withdraw money"..knp erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah isi no akaun kat setting belum?

      Padam
    2. sama kes mcm sye.no akaun pun da isi kat setting mc x le withdraw..apa sbbnya yaa?

      Padam
  10. dah klik pada me, tapi xde pun shopeepay tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada je sis.. semua org ada.. update ke tak shopee tu? Me tu kita as buyer. bukan as seller

      Padam
  11. Kenapa saya nak topup guna kad debit tak boleh.. asyik failed ja

    BalasPadam
  12. Klau saya nk duit yg dimasukkan kan hanya ke dlm shopee pay tnpa memasukkan no akaun bank xboleh ke?

    BalasPadam
  13. Assalam sis. Sy dah setting ni acc bank.. Tp tk activekn shopeepay tu. Dpt balik tak duit payment yg kita cancel tu? Twq

    BalasPadam
  14. Assalam sis, nak tanya.
    Kalau kita tekan withdrawal tu, maksudnya duit balance dlm Shopeepay kita tu akan terus di-transfer masuk ke dlm acc bank yg kita daftarkan ke?

    Btw terima kasih sis ats artikel yg sgt membantu.

    BalasPadam
  15. Hello..Sye tunggu tindakbalas' dr.shopeepay.+-24jam..akaun Sye 0.00.
    ? Nk topup

    BalasPadam
  16. Kak dia ada tamat tempoh ke ke kak,kalau macam isi 200 saja saja tapi tak pakai dia telan ke duit kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu saya tiada, awak boleh keluarkan balik duit shopeepay tu

      Padam
  17. Saya takde online banking, bole ke guna shopeepay

    BalasPadam
  18. jika order tu dibayar dari shopeepay duit akan kembali semula ke shopeepay. jika tak, duit akan masuk ke bank akaun. kene semak la semula.. jika takde juga, hubungi pihak shopee sebab shopee yang pegang semua duit kita

    BalasPadam
  19. Assalam..
    Dh daftar / install shopee app..
    Nk activate shopeepay, rejected.. "Due to security concern..."..

    BalasPadam
  20. lambat jgk ke nk dpt duit yg ditrnsfer ke acc kte tu ey..risau plk..duit 6pp jgk tu..confirm dpt ke...😕

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha Allah, awak kene keep monitoring dengan pihak shopee

      Padam