Telegram Kena Hack? Panduan Terkini 2025 Pulihkan Akaun & Elak Digodam Lagi

Assalamualaikum semua. Tak sangka akaun telegram saya kena hack pagi tadi. Saya minta maaf sebab tak ingat sangat-sangat nak screenshot ke apa. Risaunya hati ini, jika hacker tersebut ada pm kawan-kawan atau sesiapa sahaja dari kenalan group dan minta duit sana-sini. Itu aje lah kat kepala saya time tu. 

Risiko akaun Telegram digodam kini semakin meningkat. Scammer dan penjenayah siber semakin licik menggunakan teknik seperti phishing link dan kod OTP palsu untuk mengambil alih akaun pengguna.

Bagi yang banyak uruskan komunikasi keluarga, bisnes atau kumpulan komuniti melalui Telegram, tahu langkah pemulihan dan pencegahan adalah wajib. Panduan ini akan membantu anda pulihkan akaun Telegram yang kena hack dan elak kejadian berulang.

Bagaimana tahu akaun telegram kena hack?

Berdasarkan pengalaman sendiri kan pagi tadi, saya kongsikan ya. Jika sama atau tidak, atau anda rasa ada persamaan, bolehlah terus reset atau deactivate akaun anda supaya tak jadi perkara yang lebih buruk. 

1. Group dan channel yang anda join hilang. Ye betul, kebetulan saya nak iklankan produk dekat group-group bisnes, ada lebih kurang 50 group di situ, mana tak pelik bila satu group telegram pun dah takde? Takkan rajin pula anak-anak saya leave satu per satu kan? Channel pun tiada

2. Semak bila anda last active. Anda boleh semak dan lihat device apa yang login ke akaun anda. Bagaimana nak semak aktiviti telegram anda?

Sini saya kongsikan

Cara kita nak pastikan tiada orang lain yang curi-curi guna akaun Telegram kita. Dengan menyemak sejarah log masuk (device history), kita boleh nampak peranti apa yang sedang aktif, lokasi log masuk, dan log keluar dari peranti yang tak dikenali.

Langkahnya senang saja:

  1. Buka aplikasi Telegram.
  2. Pergi ke menu Settings.
  3. Tekan Devices – di sini anda akan nampak semua sesi log masuk.

Kalau ada peranti pelik atau tak dikenali, tekan Log Out.

Telegram Kena Hack

Dengan cara ini, anda boleh pantau akaun dan kekalkan keselamatan Telegram anda setiap masa.

Pergerakan atau aktiviti berlaku semasa anda sedang guna tetapi bukan anda yang buat........... (huhu). Inilah berlaku kepada saya, semasa saya sedang godek setting dekat handphone, pada masa sama, "saya" sedang join group pelik walhal saya tak buat pun perkara tu. Bermaksud ada orang lain sedang buat aktviti di tempat lain menggunakan akaun saya. Dan memang apabila disemak, ada device lain yang sedang menggunakan telegram saya pada waktu tersebut. Seramkan?

Apa lagi, terus maklumkan rakan-rakan bahawa nombor telefon saya di telegram sudah dihack dan sila berhati-hati jika dapat pm yang pelik, atau meminta duit atau share link.

Tanda Akaun Telegram Anda Sudah Digodam

Ini adalah tanda paling obvious, lagi-lagi no 3 tu. Pernah juga ada orang minta anda screenshot telegram sebab dia nak tengok apa nombor OTP kita. Hah, tu la cara diaorang tahu OTP kita juga ya. Dan kita berikan tanpa sedar

  1. Mesej dihantar tanpa pengetahuan anda – mesej promosi pelik, link scam atau mesej meminta duit.
  2. Tiba-tiba log keluar di semua peranti tanpa anda melakukannya.
  3. Kod OTP masuk tanpa diminta – tanda ada orang cuba log masuk.
  4. Maklumat akaun berubah sendiri – nama, gambar profil, atau nombor telefon bertukar tanpa izin.


Bagaimana nak dapatkan semula akaun telegram setelah yakin kene hack?

Saya dah cuba buat security two way factor authentic, tetapi hacker tersebut tetap boleh jalankan aktivitinya. Maka bermakna, ianya tak berjaya menghalau hacker itu dari terus gunakan akaun saya. Apa yang saya buat, setelah google dan baca cadangan-cadangan sedia ada. 

Jika anda nak balik nombor telefon telegram tu, anda kene reset atau deactivate akaun. Takde cara lain dah tauu..

Caranya:

1. Pergi ke sini untuk urusan deactivate number anda.

 Link https://my.telegram.org/auth?to=deactivate



2. Bila anda confirmkan, semua history akan hilang ye. Memang tak dapat tolong dah. Tetapi anda dapat number anda kan? So ini lagi penting. 

 




3. Apabila dapat sahaja log masuk, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama hacker tu akan ‘tendang’ kita pula. Gunakan masa yang singkat itu utk deactivate akaun kita segera menggunakan pautan yang diberikan. Masukkan kod yang dihantar ke akaun telegram kita. 


6. Selepas reset akaun Telegram kita tu dengan jayanya, maka insya Allah, penguasaan penggodam kepada ‘diri kita’. Boleh aktifkan semula akaun kita tu, tapi segala rekod perbualan kita sebelum-sebelum ni akan hilang, ibarat kita sedang login akaun baru. 

Yang belum buat sebarang tambahan security pada akaun Tele anda, silalah berbuat demikian. 

Cara tambah security pada akaun Telegram anda


1. Pergi ke setting
2. Cari security dan privacy
3. Ada banyak pilihan, tapi utamanya anda boleh setkan pasword dan activekan two step verification. 

Telegram Kena Hack

Telegram Kena Hack

Telegram Kena Hack

Langkah Segera Pulihkan Akaun Telegram (2025)

1. Log Masuk Semula Guna OTP
  1. Buka aplikasi Telegram dan masukkan nombor telefon anda.
  2. Masukkan kod OTP yang dihantar ke SMS (pastikan hanya anda yang menerimanya).
  3. Log out jika semasa itu sedang login ye

2. Aktifkan Two-Step Verification (refer gambar kat atas)
Pergi ke Settings > Privacy and Security > Two-Step Verification

3. Buang Peranti Tidak Dikenali (refer gambar kat atas)
Pergi ke Settings > Devices

Kenal pasti peranti yang mencurigakan dan log keluar. 

Kemudian,

4. Laporkan ke Support Telegram

Nyatakan masalah dan minta bantuan mengamankan akaun.

Langkah Pencegahan Supaya Tak Kena Hack Lagi

Saya percaya kita belajar sesuatu dari perkara ini, maka selepas ini! Kita beringat ya, ingat ni:
  1. Jangan klik link mencurigakan – terutamanya hadiah atau mesej “urgent” dari nombor tak dikenali.
  2. Guna kata laluan unik & kukuh – campur huruf besar, kecil, nombor, dan simbol.
  3. Aktifkan kunci skrin Telegram – di Settings > Privacy and Security > Passcode Lock.
Klik pada passcode lock

Semak senarai peranti secara berkala – pastikan hanya peranti anda yang log masuk.

Penutup

Mohon semua pemilik telegram ambil langkah berjaga-jaga ini dengan serius. Selama ini kita selalu ingat telegram selamat, privacy dan sebagaimna namun bila dah jadi macam ni. Semua nota yang saya simpan dah hilang. Tak boleh nak dapatkan balik.

Jika akaun Telegram kena hack, masa adalah kunci. Lagi cepat anda bertindak, lagi tinggi peluang untuk memulihkan akaun.

Sebarkan info ni semoga dapat memberi manfaat dan membantu rakan-rakan kita yang sedang alami perkara yang sama

-------------------------------------------------------------------------------------------

📌 Nak elak bisnes anda lumpuh kalau Telegram atau WhatsApp digodam?
Saya sediakan servis untuk bantu usahawan dan peniaga kecil:

  • Bina FB Page profesional – untuk branding & jualan

  • Setup blog bisnes – untuk tarik pelanggan dari Google

  • Bina website e-commerce – untuk jual produk 24/7

✅ Semua setup termasuk training asas supaya anda boleh urus sendiri
📲 Hubungi saya di WhatsApp: 018-9100852 untuk mula bina platform bisnes anda hari ini

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Baru terkena tadi. Dah deactivate dan sign in baru. Set two step verification. Tapi macam mana nak tau, akaun telegram saya tu selamat selepas diaktifkan semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak boleh check history, ada tak mana2 device selain dari awak yang login.

      Padam
  2. Mcm mn kalo telegram dah kene banned...mmg terus takboleh dpt balik je no akaun tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika dah kena banned, memang susah nak dapatkan balik.

      Padam
  3. saya masih tidak boleh delete acc yang dihack,sbb no tel tu dah tiada lagi, ada cara lain tak

    BalasPadam
  4. macam mana cara nak dapatkan semula acct telegram yang dihijack tapi telegram dah uninstall, bila install semula dah xboleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. install balik tak boleh? install ke try guna semula no tersebut? jika nombor tu tak boleh dipakai semula maksudnya no tu telegram dah banned, sebab ramai report etc. tak sama kes dgn hack

      Padam
  5. Sy dah kena hack. Apa maksud flood wait?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila kene hack, anda kene tunggu hacker ni time dia tak pakai or tengok telegram korang. ni memang agak kritikal sebab kalau dia tengah pakai semua kod korang tu dia tahu

      Padam