Cara Didik Anak Mula Bertanggungjawab Sejak Kecil Lagi

Bismillah

Janjinya kelmarin nak bersihkan kucing dan sangkar kucing. Tetapi sudah kepenatan keluar pada waktu paginya terpaksalah mama batalkan aktiviti petang semalam.

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi anak sudah bangun dan semangat nak beraktiviti. Terkocoh-kocoh mama nak siapkan anak-anak pula. Anak kucing ni berkeliaran seekor di halaman rumah sejak kelmarin. Kebetulan di rumah kami memang sudah ada sangkar kucing yang suami siapkan dahulu. Kucing je dah takde. Mati dua-duanya sebab sakit.. (isk)

Saya selalu menekankan aspek tanggungjawab pada anak-anak. Bagaimana menjaga barang sendiri, bagaimana mengemas bilik, membersihkan ruang tamu malah mereka sudah pandai vacuum dan mengemop lantai dengan baik. Baju-baju juga mereka lipat sendiri dan susun. 


Walaupun masih kecil, tetapi bagi saya anak-anak perlu dididik supaya tahu erti melakukan kerja di rumah. Menjaga barang mereka supaya tahu bersyukur akan pemberian papa dan mama. Walaupun begitu tidak bermaksud sekali didik sudah pandai. Bebelan setiap hari dan nasihat diberikan. Pelbagai cara juga ada


Jika mood mama seperti PMS memang singalah jawabnya. Yang terbaik, saya selalu ajak anak-anak duduk dekat dan bercerita. Saya ajak mereka berfikir. Ajak mereka menjawab bagaimana jika rumah bersepah. Bayangkan hidup ni jika saya sendiri sebagai ibu sepahkan rumah dan biarkan. Pandai pula jawab nak rumah cantik! haha. 


Saya didik anak-anak sebagai ibu dan rakan. Walaupun singa, anak yang sulong selalu kata "mama ni lawakla". Haiyoo, tapi bila saya mula je pegang rotan di tangan, masing-masing automatik rajin pula mengemas rumah! Memang nak kena. Alhamdulillah, bila dari kecil sudah dibiasakan melakukan aktiviti kerja-kerja rumah, kelak mereka sudah tahu menguruskan diri. Biasakan buat kerja kasar. Mama bagi arahan sahaja siap!




Bersihkan sangkar kucing yang dibina oleh suami dan saya. Berat sungguh tahu sangkar ni. 3 tingkat pula tu siap tangga! Suami seoarang yang tahu bertukang dan kreative mendesign. Disebabkan terlalu mahal untuk beli sangkar besi, dan ada kayu-kayu renovation dapur. Teruslah kami mulakan aktiviti membina sangkar kucing sendiri. Gigih!!


Comelkan? Namanya Elizabeth kata anak no 2. huhu. suka atilah hangpa
Sesi memandikan anak kucing. Nasib baik simpan lagi syampoo kucing tu. Ada hikmah rupanya


3 anak dara bertungkus lumus membersihkan sangkar dan main air.. hahaha.. mama tahu sangat bab suka main air tu.



Bagaimana pula kalian semua?


0 Comments