Buka Minda Bisnes Online Sejak Sertai Komuniti ABDR

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Koleksi ABDR

Peluang upgrade diri dalam bisnes online sejak ceburi komuniti ABDR.

Begitulah ramai ulasan pelajar di akademi sejak mereka sertai dan daftar di Akademi Belajar di Rumah (ABDR). Tidak terkecuali diri saya sebagai alumni dan pengurus online bagi ABDR ini sebenarnya. Walaupun masih terlalu baru di sini. Tapi banyak perkara yang dapat dipelajari.

Bimbingan dan sokongan dari rakan-rakan pengurus online yang lain amat memberi aura yang positif. Membuatkan saya terus menekan kunci keypad handphone ini tanpa henti. Setiap kali berasa lemah dan tidak bersemangat, pengasas, guru dan rakan-rakan ibarat keluarga kedua yang memberi sokongan dari belakang.

Mengapa ABDR menjadi pilihan?

Ini jawapannya;

Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah:
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Saya berbangga apabila menyatakan saya seorang suri yang hanya berbisnes dari rumah sambil menjaga anak-anak dan mengendalikan hal rumah buat sang suami. Walaupun penuh kecoh dan adakalanya memeningkan tetapi tetap boleh menjana kewangan. Yang penting, niat kita untuk bantu suami, dapatkan keredaan Allah kerana menjadi isteri itu adalah tanggungjawab yang mulia. Semoga entri ini dapat membantu tidak kira siapa wanita diluar sana yang mungkin buntu bagaimana seorang surirumah boleh melakukan bisnes sambil menjaga anak pada masa yang sama. Jangan khuatir, kita sama.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah:

1. KELAS ASAS BLOG PENULISAN
        i.            Belajar asas blog (blogspot)
      ii.            Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
    iii.            Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
     iv.            Belajar menulis secara konsisten.
       v.            Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
     vi.            Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
   vii.            Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
viii.            Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
     ix.            Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
        i.            Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
      ii.            Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
    iii.            Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
     iv.            Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
       v.            Belajar jana pendapatan melalui blog.
     vi.            Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
   vii.            Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
viii.            Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh


Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. InshaaAllah...

Catat Ulasan

0 Ulasan