Internet Membantu Perniagaan Anda walaupun Anda Bukan Peniaga Online. Miliki Kedai Fizikal? Rugi Jika Tidak Baca

Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/internet-membantu-perniagaan-bukan-internet-bahagian-1/

Jika anda menganggap bahawa sebuah kedai tidak memerlukan tapak web untuk kedai maka anda silap. Ini kerana pada masa kini, kita lebih suka menggunakan khidmat google dari mencari kedai.

Bayangkanlah, nak membeli baju anak juga kita google kan? Bukan kerana ingin membeli secara online, tetapi mahu terus berjumpa ke kedai tersebut dan mengelak kelecehan traffik, salah kedai dan membuang masa. Dengan maklumat kedai anda di internet, para pelanggan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan anda, operasi kedai, alamat
dan gps, serta dapat terus berhubung dengan anda jika ada soalan yang ingin diutarakan.

Contoh paling jelas dan mudah

Minggu lepas saya dikunjungi oleh sahabat suami dari KL. Mereka nak merasa cheese cake dari Kula Cakes atau Lila Wadee. Kami yang tidak pernah dengar nama kedai itu pun walau tinggal sedaerah. Lalu apa kami buat?

Google!

Lalu, google terus berikan maklumat kedai serta gps kordinasi tau. Terus sahaja dapat semua maklumat termasuklah review kedai tersebut.

Haa, jelas ya? Begitu pentingnya kepentingan internet zaman kini!

Sambungan dari lagi entri Irfan Khairi, kata beliau

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal :

Terlebih dulu, langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri.

+ mendapat 100-200 pelawat, melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).
+ Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
+ meletakkan segala maklumat atau presentationperniagaan anda.
+ prospek tahu maklumat perniagaan anda dan mereka tidak perlulah pergi ke kedai anda untuk mempelajari apa yang anda sediakan.
+ merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik melalui tip-tip menarik mengikut fokus blog.
+ tidak mustahil mendapat 100-200 orang pelawat blog anda setiap hari.

Blog IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya untuk pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi kehadiran blog saya itu telah membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd setiap hari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

Pasak bisnes kalian di Internet dengan cara mudah.. bina blog bisnes dan penulisan bersama Abdr. Belajar kongsi tip-tip menarik dan segar berdasarkan fokus blog. Belajar tanpa perlu keluar dari rumah. 


Nota: Fokus blog saya ialah penjagaan kesihatan bersama stevia, royal sweetener stevia (cod dan penghantaran online seluruh malaysia)


Mahu belajar asas blog dan dominasi pemasaran internet?


Pendaftaran dibuka setiap hari
Kelas dijalankan secara online
Bila-bila masa kalian bersedia

Emme Marina Mohamad
0189100852

Pengurus Akademi abdr
Pengedar dan agen sah bagi
royal sweetener stevia
Produk dms
Rodio digital islamik
Kosmetik mesra solat nurraysa
Inayah milk booster


Catat Ulasan

0 Ulasan