Hobi Baru Saya Bercucuk Tanam

Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: Koleksi peribadi

Bercakap tentang bercucuk tanam ni. Sebenarnya saya tidak pandai bercucuk tanam pun. Malahan seumur hidup saya, saya tidak pernah menanam apa pun jua jenis tanaman. Bagi saya, menanam adalah suatu aktiviti yang leceh dan membosankan. Memegang tanah pula, agak menggelikan bagi saya. Mungkin sebab membesar di bandar dan tidak pernah bermain lumpur menjadikan saya tidak sukakan aktiviti berkaitan tanah.

Bagaimana nak suka pula. Rumah sentiasa flat. Entahlah lagi satu dari dulu, saya agak penggeli dengan tanah. Haiwan-haiwan tanah seperti cacing sungguh menakutkan. Urrgghh.. membayangkan sahaja sudah menaikkan bulu roma saya ini. Inikan pula ingin mengorek tanah dan bertanam.

Namun setelah berkahwin, banyak perubahan dalam diri saya. Antaranya sifat-sifat geli terhadap banyak perkara dan antaranya sejak setahun yang lepas ialah memegang tanah. Memiliki rumah corner lot dengan laman rumah rupanya impian suami saya. Dan saya baru juga mengetahui bahawa suami saya sukakan tanah dan bercucuk tanam. Kami mula membeli pokok dan menanam pokok di laman dan pasu. Lama-kelamaan timbul rasa minat untuk bercucuk tanam pula.

Dan, inilah kali pertama saya menanam sendiri. Haaaa, rasa tak percaya juga. Dah setahun saya tinggal di sini selama ni suami je yang tanam semua. Hari ni saya pula. Ini semua gara-gara kerana jatuh cinta dengan gambar bunga kat bawah ni.


Aaaaaa..

Jatuh cinta korang.

Terus saya menanam hasrat untuk miliki koleksi yang sama walaupun rasa was-was dengan kebolehan diri sendiri. Semoga menjadi la yer. Nanti nak pergi nursery untuk mendapatkan koleksi anak pokok bunga-bunga ni. Cubalah yerr.

Selain tu dah minat nak ada koleksi kebun sendiri.

Semuanya saya google sahaja, dengan harapan langkah-langkah penanaman pokok ini mudah untuk saya ikuti.

Jadi hari ini, jumaat 8 januari 2016. Saya menanam pokok bunga ros jepun cara penanaman batang dan daun bawang merah (shallop).


Projek newbie hari ini. Menyelamatkan pokok bunga rose jepun yang ditanam dekat bawah pokok kemboja. Entah kenapa dah tak mekar bunganya sejak kebelakangan ni. Dan tanam pokok bawang dengan harapan lepas ni nak guna daun bawang. Potong aje kat pasu.. hehe

Yang pot hijau tu saya berhasrat nak gantungkan. Semoga menjadilah tanaman saya ni. Doakan yer.

Tidak sabar nak bercucuk tanam lagi. He


0 Comments