Saturday, June 10, 2017

Bisnes DMS360 dari Rumah

Publish on : Saturday, June 10, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,
Assalamualaikum,

Salam ramadhan buat pembaca. Sudah agak lama saya tidak menulis di blog kesayangan saya ni. Adakalanya kebuntuan idea untuk menulis dan berkongsi cerita atau ilmu dengan kalian. 

Gagal lagi kah?

Insha Allah tidak. Bisnes DMS berjalan seperti biasa dengan rutin dan agen semakin bertambah. Alhamdulillah. Kebelakangan ini saya menumpukan perhatian kepada pencarian e-commerce yang paling sesuai buat produk DMS, walaupun saya sudah memiliki sebuah website dengan pencapaian pageview sebanyak 1 juta pengunjung. Namun, usaha dan peningkatan harus terus dilakukan. Dengan mewujudkan e-commerce ianya membuka peluang baru yang lebih baik, sebuah carian yang mampu dicari dan dibeli secara terus tanpa perlu menghubungi saya untuk melakukan tempahan. 

Maka, semuanya berlaku secara online dan tanpa kelewatan membalas whatsapp pelanggan. Adakalanya pelanggan yang sedia ada ataupun baru mahu terus lakukan belian tanpa perlu menunggu lama respon dari kita sebagai penjual. 

Kemudian, saya cuba menghidupkan kembali instagram dan facebook jualan bagi produk DMS. Agak sukar juga kerana kita bermula kembali dari kosong. Oleh kerana saya sudah lama tidak aktif di instagram dan facebook, ianya agak sukar dengan perubahan algorithm dan fungsi facebook itu sendiri.

Doakan saya ya. Saya berharap agar kerjaya dalam bisnes DMS ini memberikan kejayaan yang cemerlang bukan sahaja untuk diri saya malah buat ramai wanita yang mahu turut serta menjana pendapatan bersama produk DMS. Insha Allah. 

No comments:

Post a Comment