Tolak Tepi Alasan Jika Mahu Berjaya

Assalamualaikum, Salam Subuh

Ramai di kalangan kita mahu berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Baik dari alam persekolahan, universiti kemudiannya kerjaya dan kehidupan. Saya pasti tiada di antara kita yang mahu ketinggalan menjadi seorang yang gagal dalam hidupnya.

Gagal dalam kehidupan atau kerjaya kita sendiri boleh ukur di tahap mana diri kita sekarang. Jika kita berkeluarga, kayu pengukurnya adakah kita bahagia apabila bersama suami/isteri dan anak-anak? Apakah kita sentiasa berada di sisi mereka atau hanya berada apabila kita rasa perlu sahaja? Begitu juga dengan kerjaya kita, sudah berapa tahun kita bekerja di sebuah institusi? Apakah kejayaan kita? Bonus semakin meningkat atau prestasi sudah merundum? Hari-hari juga rasa seperti tidak ingin bangun ke tempat kerja kerana merasakan tekanan dan tiada lagi kegembiraan dan kebahagian di tempat kerja. 

Di dalam Islam, setiap perkara yang kita lakukan adalah suatu ibadah. Kerja itu ibadah. Menjadi isteri dan menguruskan suami dan anak-anak adalah ibadah. Allah itu Maha Baik lalu setiap kebaikkan yang kita lakukan diberikan ganjaran pahala dan kebahagiaan di dalam hati agar kita sentiasa istiqomah di dalam terus melakukan ibadah. 

Sejak tahun 2012, saya berhenti bekerja sebagai jurutera dan kemudian sambung belajar di UMP di peringkat sarjana. Tahun 2017 akhirnya selesai tugasan saya sebagai seorang pelajar Master di UMP. Terus terang, ia merupakan satu kelegaan yang amat besar bagi saya. Setelah hampir 5 tahun belajar, 3 kali mengandung dan bersalin akhirnya berjaya juga menyiapkan sesi pembelajaran di UMP. Alhamdulillah. Dan insha Allah, pada tahun ini saya akan konvo bersama suami tercinta dan 4 orang anak perempuan saya. Indah ya? Allah memakbulkan doa saya iaitu naik pentas dan bergambar konvo dengan baby, tetapikan sebenarnya doa itu ialah ketika anak ketiga. Namun perancangan Allah lebih hebat lagi, dihadiahkan konvo bersama-sama suami. Meriah!! Kerana apa.. pada konvo sarjana muda saya yang lepas, ianya agak sunyi suram malah tiada satu gambar konvo pun yang saya miliki. Oleh kerana saya anak yang sulung, mak dan abah tiada pengalaman. Selepas sahaja sesi penganugerahan sarjana muda selesai kami terus pulang ke rumah. Agak sedih tetapi ianya sudah pun berlalu kan? Let's bygone be bygone. 

Menariknya akan aturan Allah, dalam saya sambung belajar saya belajar berniaga sekali. Disebabkan pengalaman buruk dengan modal bisnes. Saya lingkup la jugak dalam bisnes pertama saya dengan Hai-O. huhu. Ni kisah lain la yek. Jadi saya mulakan bisnes dengan dropship. Saya amat sukakan dropship style ni. Modal itu bagi saya tidak sepenting sebagaimana pengurusan order dan shipping. Saya gemarkan dropship kerana dalam kesibukan menguruskan pembelajaran dan keluarga yang sedang membangun. Ianya mudah. Kita hanya perlu fikirkan pemasaran tanpa perlu menguruskan stok dan pengeposan. Pada waktu itu, ianya bisnes yang amat sesuai. Disebabkan saya sukakan pembelajaran, maka banyak ilmu yang cuba saya pelajari bagi meningkatkan bisnes skill, belajar marketing, macam-macam tahu. Apa sahaja kaedah saya cuba, ada yang bagus dan boleh digunakan ada yang bagi saya merumitkan. Jadi, dalam mencari ilmu berniaga ni juga sebenarnya ada yang boleh diguna pakai ada yang tidak. Jadi anda harus selidik dahulu sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengikuti sebarang kelas mahupun seminar. Bagi saya, semua sesi pembelajaran bisnes saya ikuti secara online sahaja. Alhamdulillah. Sekarang, saya hanya mengikuti 2 mentor sahaja, iaitu dari Bukhari Ramli dan direct mentor iaitu Tuan Guru Kawaras Yahaya. 

Untuk mendapat kekayaan, kejayaan ianya tiada jalan mudah. Tiada jalan pintas. Jika anda jalan pintas, percayalah anda bakal jatuh. Bukan saya mendoakan kerana itulah prosesnya. Adakah jika kita mahu solat, kita boleh terus berwuduk dan kemudian tahiyat akhir? Tidak bukan? Ada niatnya, ada pembacaan dan amalannya, ada kaedahnya, tidak termasuk cara bagaimana kita harus khusyuk semasa solat. Begitu juga jika kita ingin berjaya, mulakan dengan niat, perbuatan dan insha Allah berjaya. Dalam perjalanan kejayaan itu, banyak akan kita tempuhi, turun naik perniagaan, asam garam pelanggan dan percayalah kadangkala anda fikir "letihnya aku!" mungkin jika sudah satu tahap kita akan berehat sebentar dan kemudian berlari semula. Tidak kira apa juga kerjaya anda, bergaji sendiri atau makan gaji. Semua itu mempunyai proses tersendiri dan tolak tepi jalan pintas anda. Kerana Allah lebih tahu bila waktu dan ketikanya Dia mahu menaikkan anda ke puncak kejayaan. Usah ditolak dan dipaksa Allah untuk kejayaan anda kerana Allah adalah Tuan kita bukanlah hamba kita. Buang pemikiran Allah harus makbulkan hajat kalian kerana kita hanya hambaNya yang hina lagi penuh dosa. Allahu akbar :( :( :(

Saya berharap entri ini dapat membuka sedikit sebanyak mata dan minda anda. Hiduplah sebagai muslim sejati, bukan sekadar muslim di atas nama dan lalang yang mengikut orang lain. Hiduplah kerana mahukan redha Allah, bukan redha manusia. Manusia tidak akan pernah puas pada kita, sedangkan Allah walaupun sedikit sahaja kebaikkan kita pada Nya , sesungguhnya besar lagi rahmat Dia buat kita. Insha Allah anda pasti berjaya.

Yakin
Yakin
Yakin
Yakin
Yakin
Yakin
Yakin
Yakin
Yakin
Usaha!

Catat Ulasan

0 Ulasan