Infaq Hari Arafah 2026 – Rebut Peluang Saham Akhirat di Hari Paling Mulia

 

infaq hari arafah 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🤍

Hari Arafah merupakan antara hari paling mulia dalam Islam. Hari yang penuh keampunan, doa dimakbulkan dan rahmat Allah SWT yang melimpah ruah buat hamba-hamba-Nya.

Setiap kali tibanya 9 Zulhijjah, ramai umat Islam mengambil peluang untuk memperbanyakkan doa, puasa dan amal kebaikan kerana besarnya ganjaran pada hari tersebut.

Sempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, pihak Amal Till Jannah membuka peluang untuk kita bersama-sama menyumbang melalui:

Infaq Hari Arafah 2026

🍱 Hanya RM20 bagi 1 slot pek makanan dan minuman untuk para jemaah.

Bayangkan…

Di saat jutaan manusia berhimpun di Padang Arafah memohon keampunan daripada Allah, ada saham kebaikan kita yang turut mengalir melalui sedekah dan infaq yang diberikan.

Kadang-kadang kita rasa apa yang diberi itu kecil.

Tetapi mudah-mudahan dengan asbab memberi makan dan membantu para jemaah, Allah SWT melimpahkan keberkatan dalam hidup kita serta menjemput kita menjadi tetamu-Nya untuk menunaikan haji dan umrah suatu hari nanti 🤲

Allahumma Amin.

⚠️ Terbuka untuk 100 slot pertama sahaja.

📅 Infaq dibuka sehingga 22 Mei 2026

Link Infaq

Bagi yang ingin menyumbang, boleh gunakan pautan di bawah atau boleh sahaja scan QR di poster:

https://toyyibpay.com/Infaq-Hari-Arafah-2026

Jom bersama-sama merebut peluang pahala pada hari yang sangat istimewa ini.

Sedikit bagi kita, besar nilainya di sisi Allah 

Anjuran Bersama

Madrasah Iman Amal Till Jannah

Catat Ulasan

0 Ulasan