Amal till Jannah

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Amal till Jannah

amal till jannah

amal till jannah

Amal till Jannah merupakan sebuah badan kebajikan NGO yang diasaskan oleh seorang ustazah bernama Puan Rohsamila binti Yunus. Amal till Jannah ataupun singkatannya ATJ telah ditubuhkan pada Januari 2015. Semenjak penubuhan ATJ, segala urusan ATJ diuruskan oleh Puan Rohsamila bersama keluarga, namun sejak Ramadhan yang lepas, Alhamdulillah ATJ mendapat ramai sukarelawan yang sudi membantu dan mengembeleng usaha bersama-sama penubuhan ATJ. 

Saya sendiri telah menemui ATJ ini pada bulan Mei yang lepas, berkat doa kepada Allah. Saya ingin ubah hidup saya dan mencari keredhaan dari-Nya melalui sedekah dan wakaf, maka saya dipertemukan dengan badan kebajikan Amal till Jannah. 

Apa sebenarnya yang dilakukan oleh pihak Amal till Jannah? Amal till Jannah (ATJ) merupakan satu medium kepada rakyat Malaysia khususnya untuk kita menyampaikan sedekah kita buat orang-orang yang memerlukan. ATJ memayung anak-anak yatim, warga asnaf, pesakit-pesakit kronik, lawatan ke hospital serta wakaf-wakaf yang boleh kita sumbangkan mengikut kemampuan kita masing-masing. 

Sedikit pengenalan mengenai Amal till Jannah;

1) Misi ATJ: membantu anak2 yatim,tahfiz, umah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan
2) Objektive - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah
3) Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan
4) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt

PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH ANDA SERTAI DI ATJ


PROGRAM SEPANJANG TAHUN 


a) Tabung Sesuap Rezeki Anak Yatim RM20
b) Tabung Wakaf Quran RM20
c) Tabung Wakaf Kerusi roda RM10
d) Tabung Kit Tahfiz RM10
e) Tabung Ziarah/Kebajikan Pesakit RM10
f) Sedekah Jumaatku RM5/RM10
g) Tabung Pesakit Kronik
h) Tabung zakat asnaf

Untuk menyatakan sokongan anda terhadap Amal till Jannah (ATJ) anda juga boleh "like" laman facebook rasmi ATJ -->  https://www.facebook.com/pages/AMAL-TILL-Jannah/926402460743910?fref=ts

dan juga sertai Group Facebook ATJ -->  https://www.facebook.com/groups/supportATJ/



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan