Mula Berniaga Secara Online

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google



Seperti yang telah diperkatakan di ruangan artikel tersebut,"berniagalah jika ingin kaya" dan juga pesan Rasulullah saw, '9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan". Maka berebut-rebutlah manusia untuk berniaga. Begitu juga seperti saya ketika mula-mula membuat keputusan untuk berniaga. Namun mitos paling besar dan perlu kita semua ketahui ialah, bukanlah terus berniaga kita akan terus jadi kaya.

Untuk berniaga sama ada online atau pun offline, kita perlukan ilmu. Bagaimana untuk mengira margin keuntungan, pulangan balik modal sekiranya ada, bagaimana cara berniaga atau beriklan. Semua itu perlukan ilmu. Pengalaman mengajar saya, berniaga tidaklah sesenang hanya pamerkan iklan dan kemudian semua orang akan membeli produk kita. 

Saya mula berniaga secara online iaitu dengan menjadi ahli "dropshipper". Apa maksud "dropship agent"? "Dropship" ialah sebuah perniagaan yang di mana anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal terhadap produk tersebut termasuklah kos pos dan penghantaran. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat promosi produk dan mendapat hasil untung daripada produk-produk tersebut. Pihak syarikat yang akan menguruskan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan anda. Persoalannya, adakah ianya terus untung atau kaya? Jawapannya TIDAK. Dalam sebulan, adakalanya saya tiada untung langsung, adakalanya RM 50, adakalanya RM 100. Tetapi kerana minat dan sabar melakukannya, sehingga kini saya masih kekal berniaga. Dan Alhamdulillah, kini semakin banyak ilmu yang dapat saya pelajari. 

Saya pernah berniaga produk pakaian, tudung, kecantikan, kesihatan termasuklah menyertai MLM yang pernah HOT pada ketika dulu iaitu Hai-O Premium Beautiful, sehingga pernah mencetuskan satu fenomena ketika itu kerana bermulanya Hai-O Premium Beautiful di dunia media sosial iaitu di facebook dan blog-blog. Namun semuanya tidak mendatangkan hasil yang lumayan pun buat saya, kerana saya bermula tanpa sebarang ilmu perniagaan, apa yang saya lakukan hanyalah mengikut arus dan hentam keromo. Orang jual baju, saya jual baju. Orang jual produk kecantikan A, saya juga jual. Adakalanya saya tidak tahu pun apa khasiat serta kepentingan produk kepada pelanggan saya. Ini merupakan perkara yang tidak bagus sekiranya anda ingin berniaga terutama dengan produk kesihatan atau kecantikan. 

Sehinggalah pada tahun lepas, 2014 saya bertemu dengan perniagaan Gula Stevia, dan inilah perniagaan pertama yang saya keluarkan modal. Saya nampak potensi perniagaan ini, dan yang menariknya ialah faedah-faedah yang diberikan kepada kita sebagai ahli berdaftar. Modal yang saya katakan sebenarnya ialah yuran keahlian. Disebabkan saya tidak mempunyai modal yang banyak, saya hanya sertai keahlian Gula Stevia pada yuran pakej yang paling minima iaitu RM 140 sahaja. Murah bukan? Dan paling menarik perhatian saya ialah dengan minima yuran RM 140 sahaja anda mampu menjana pendapatan sehingga RM 1,800 sehari. Kini sudah hampir setahun saya bersama Gula Stevia, tetapi ianya tidaklah berjalan lancar seperti yang saya rencanakan, kerana saya masih kekurangan ilmu, cara penyampaian, kerana itulah saya nekad ingin mengubah hidup dan cuba menghadiri dan mengambil kelas belajar secara online. Syukur Allah perkenankan doa saya, sedikit demi sedikit saya belajar ilmu berniaga secara online dan cuba pula dapatkan momentum untuk kembali bangkit setelah beberapa lama saya tidak aktif dalam perniagaan. Di kelas online ABDR juga banyak yang saya pelajari, kerana online bukan sahaja terhad di facebook tetapi kita patut perluaskan di peringkat yang lain, dan yang terbaik ialah memulakan perniagaan di blog. Ianya percuma namun kita perlukan ilmu juga untuk memastikan apa yang kita lakukan itu betul. Cara mendapatkan trafik dan pengungjung yang berkualiti juga amat penting.

Jadi kepada rakan-rakan yang telah mengikuti entri ini, ini nasihat saya, jika ingin berniaga carilah mentor, belajarlah ilmu perniagaan dahulu. Namun jangan hanya belajar tetapi tidak mempraktikkan. Ingat, FAST ACTION, FAST RESULT. Dalam anda mencari ilmu, bertindaklah sekali. Jika tidak, anda membazirkan masa, dan akan banyak bertangguh. Dan ini akan jadi lebih membazir dan merugikan anda, masa dan wang ringgit.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai perniagaan Gula Stevia?
Ingin tahu lebih lanjut mengenai pembelajaran kelas online yang saya hadiri?

Hubungi saya di talian sms/Whatsapp: +60189100852
atau emel: emmemarinamhd@gmail.com atau facebook: Emme marina mhd

Catat Ulasan

0 Ulasan