Gelang Emas 916 – Cara Kenal Asli, Jenis & Harga Pasaran

Gelang emas 916 memang antara pilihan paling popular, sama ada untuk dipakai harian, hadiah, atau simpanan jangka panjang.
Tapi realitinya, ramai beli tanpa betul-betul faham apa yang mereka pegang.

Asli ke tidak?
Berat sesuai atau tidak?
Jenis mana paling berbaloi dengan harga?

Artikel ini akan bantu jawab semua itu — ringkas, jelas, dan praktikal supaya tak tersalah langkah bila membeli.


gelang emas 916

Apa Itu Gelang Emas 916?

Emas 916 bermaksud kandungan emas tulen sebanyak 91.6%, selebihnya adalah campuran logam lain untuk jadikan ia lebih keras dan tahan bentuk.

Sebab itu emas 916:

  • Lebih kukuh berbanding emas 999
  • Sesuai dijadikan barang kemas
  • Mudah dijual semula di kedai emas

Pendek kata, emas 916 seimbang antara kecantikan dan nilai.

Kenapa Gelang Emas 916 Jadi Pilihan Ramai?

Ada beberapa sebab kenapa gelang emas 916 sentiasa ada permintaan:

  • Nilai emas tinggi dan stabil
  • Rekaan pelbagai, dari klasik ke moden
  • Mudah dicairkan bila perlukan tunai
  • Sesuai untuk pakai atau simpan

Untuk orang yang nak pakai sambil simpan nilai, ini memang pilihan selamat.

Jenis-Jenis Gelang Emas 916

Ini bahagian paling penting. Ramai silap beli sebab tak tahu perbezaan.

1. Gelang Emas Padu

Ini jenis paling berat dan paling tahan.

Ciri-ciri:

  • Berat penuh, tiada ruang kosong
  • Kurang risiko kemek
  • Harga lebih mahal sebab berat sebenar

Sesuai untuk:

  • Simpanan jangka panjang
  • Mereka yang utamakan nilai emas

2. Gelang Emas Hollow

Dari luar nampak besar, tapi bahagian dalam kosong.

Ciri-ciri:

  • Lebih ringan
  • Harga lebih murah
  • Mudah kemek jika tertekan

Sesuai untuk:

  • Pemakaian sesekali
  • Mereka yang nak rekaan besar tapi bajet terhad

3. Gelang Emas Stamping

Dibuat menggunakan mesin dengan reka bentuk lebih kemas dan detail.

Ciri-ciri:

  • Rekaan cantik dan kemas
  • Berat sederhana
  • Harga bergantung pada corak

Sesuai untuk:

  • Hadiah
  • Pemakaian harian yang berhati-hati

Lebih details mengenai jenis gelang ini saya kongsikan di sini : CARA KENAL EMAS HOLLOW, PADU DAN STAMPING

Cara Kenal Gelang Emas 916 Asli

Jangan bergantung pada rupa semata-mata. Ini langkah asas yang perlu tahu:

  1. Cari cop “916” atau “22K” - Biasanya terletak di bahagian dalam gelang.
  2. Berat vs saiz masuk akal - Gelang terlalu besar tapi terlalu ringan jadi anda kena berhati-hati.
  3. Beli dari kedai emas dipercayai - Elakkan penjual tak jelas atau tawaran terlalu murah.
  4. Minta resit dan berat tepat - Ini penting untuk jual semula nanti.

Kalau ragu-ragu, lebih baik tanya sebelum beli daripada menyesal kemudian.

Nama-Nama Gelang Emas 916 di Pasaran

Ramai tak sedar bahawa gelang emas mempunyai pelbagai nama dan design, dan kebanyakannya dicari mengikut nama.

Antara nama gelang emas 916 yang biasa ditemui:

  • Keroncong
  • Belah rotan
  • Rantai
  • Arab / Timur Tengah
  • Cakar ayam

Daripada puluhan design yang ada, 10 nama paling popular di pasaran ialah:

  1. Pulut Dakap
  2. Pandora
  3. Gajah
  4. Coco
  5. Lipan
  6. Putra
  7. Biji Sawi
  8. Biji Jagung
  9. Mesin
  10. Coco Pasir

Selain design yang cantik, faktor keselesaan semasa dipakai menjadi sebab utama design ini digemari.

nama dan jenis gelang emas 916

nama dan jenis gelang emas 916

nama dan jenis gelang emas 916

nama dan jenis gelang emas 916

nama dan jenis gelang emas 916


gelang emas 916
panadol



Panduan Membeli Gelang Emas 916

Setiap design gelang mempunyai sifat berbeza dari segi ketahanan dan berat:

  • Mesin – Padu, halus dan tahan lasak
  • Pasir & Kait 1 – Ada kosong, padu dan stamping
  • Gajah – Kosong dan padu
  • Lipan – Kosong dan padu (kait 2, 3 atau 4)
  • Pintal – Kosong dan padu
  • Snakeskin – Kosong
  • Tulang belut – Kosong dan padu
  • Coco – Kosong dan stamping
  • Bangle – Kosong, padu dan stamping

Nota penting:
Jenis kosong yang ringan (terutama bawah 5g) perlu dipakai dengan lebih berhati-hati kerana mudah putus.



gelang emas 916

jenis gelang emas 916

jenis gelang emas 916

jenis gelang emas 916

jenis gelang emas 916


Cara Memastikan Ketulenan Gelang Emas 916

Penipuan boleh berlaku sama ada di kedai fizikal atau online. Ini langkah asas yang wajib dibuat:

1. Semak Cop 916

Pastikan cop 916 atau 22K sahaja.
Elakkan kod seperti:

  • 916 GL (Gold Layer)
  • 916 GP (Gold Plated)
  • 916 GK / GZ

Kod ini bukan emas tulen walaupun ada cop 916.




2. Ujian Magnet

Jika gelang melekat pada magnet, besar kemungkinan ia bukan emas tulen 916.

cek tulen gelang emas 916

3. Beli Dari Kedai Dipercayai

Pastikan:

  • Kedai jelas dan sah
  • Resit lengkap dengan berat dan harga

    Jangan terpedaya dengan tawaran terlalu murah.

    Cara Kira Harga & Elak Rugi Beli Gelang Emas 916

    Sebelum membeli, wajib tahu cara kira sebenar.

    Formula asas:

    (Berat × Harga emas semasa) + Upah = Harga jual

    Namun yang lebih penting ialah:

    Harga Bersih Segram

    Harga dibayar ÷ berat (gram)

    Kenapa ini penting?

    • Ar-Rahnu dan kedai emas hanya kira berat & ketulenan
    • Upah tidak diambil kira bila jual atau pajak
    • Upah mahal = rugi terus

    Bila faham kiraan ini, susah untuk ditipu.

    cara kira harga gelang emas 916


    Kenapa Kita Mesti Kira Harga Bersih Segram?

    Ini soalan yang ramai tak pernah tanya, sebab kebanyakan pembeli emas hanya dengar satu benda:

    “Harga hari ni berapa segram?”

    Hakikatnya, itu belum tentu harga sebenar emas kita.

    Harga Bersih Segram = Nilai Sebenar Emas Kita

    Harga bersih segram ialah:

    Jumlah yang kita bayar ÷ berat emas (gram)

    Inilah harga sebenar emas kita segram, termasuk upah.

    Kenapa ini penting?

    Sebab bila kita:

    • Pajak emas di Ar-Rahnu
    • Jual balik di kedai emas

    Mereka tak akan tanya berapa upah barang kemas kita.

    Yang mereka buat cuma:

    • Uji ketulenan emas
    • Timbang berat (gram)
    • Rujuk harga emas semasa

    Nilai marhun dan harga buyback 100% berdasarkan berat dan ketulenan, bukan design, bukan upah.

    Maknanya:

    Upah mahal yang kita bayar dulu… hangus.


    formula cara kira gelang emas 916

    Selain cash membeli rantai tangan, anda juga boleh tukar emas lama anda dengan emas baru. Namun anda harus tahu info ini, hukum trade in emas lama kepada emas baru.

    Zakat Gelang Emas 916

    Emas perhiasan juga tertakluk kepada zakat. Di Kelantan, emas perhiasan tidak dikenakan zakat jika dipakai. Namun jika disimpan dan cukup haul, zakat tetap wajib dibayar.

    Kesimpulannya:
    Pakai, jangan simpan tanpa sebab.

    Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:

    Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka). Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]


    zakat gelang emas 916

    zakat gelang emas 916

    zakat gelang emas 916

    zakat gelang emas 916



    Gelang Emas 916: Bajet Realistik Mengikut Harga Pasaran Semasa

    Ramai pembeli akan tanya soalan yang sama:

    “Sekarang ni, bajet berapa yang masuk akal untuk beli gelang emas 916?”

    Jawapan jujurnya, ia bergantung pada harga emas semasa, berat gelang, dan jenis pembuatan.

    Namun berdasarkan keadaan pasaran sekarang, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami.

    Bajet Bawah RM1000 – Masih Ada, Tetapi Terhad

    Untuk bajet bawah RM1000, pilihan masih wujud, tetapi kebanyakannya ialah:

    • Gelang jenis hollow
    • Berat sekitar 2g hingga 3g
    • Lebih nipis dan ringan

    Gelang dalam kategori ini:

    • Perlu dipakai dengan sangat berhati-hati
    • Tidak sesuai untuk pemakaian harian yang lasak
    • Kurang berbaloi jika tujuan utama adalah simpan nilai

    Sesuai untuk:

    • Kanak-kanak
    • Pemakaian sesekali
    • Pembeli yang faham dan terima risikonya

    Bajet RM1500 – RM2000: Pilihan Paling Selamat & Disyorkan

    Jika mahu gelang emas 916 yang:

    • Lebih tahan
    • Lebih selesa dipakai
    • Masih berbaloi dari sudut nilai emas

    Maka bajet sekitar RM1500 hingga RM2000 adalah lebih realistik pada harga pasaran semasa.

    Dalam julat ini, biasanya pembeli boleh dapat:

    • Berat sekitar 4g hingga 6g
    • Lebih banyak pilihan design
    • Risiko rosak atau putus yang jauh lebih rendah

    Ini adalah bajet yang paling sesuai untuk:

    • Pemakaian harian
    • Hadiah jangka panjang
    • Simpanan sambil pakai

    Kenapa Tak Digalakkan Terlalu Kejar Bajet Murah?

    Harga emas berubah, tetapi satu perkara tidak berubah:

    Ar-Rahnu dan kedai emas hanya kira berat dan ketulenan, bukan upah.

    Bajet terlalu rendah selalunya bermaksud:

    • Berat sangat ringan
    • Upah tinggi berbanding berat
    • Nilai sebenar emas menjadi kecil

    Akhirnya, bila pajak atau jual semula, barulah terasa perbezaannya.

    Ringkasnya, 
    ✔ Bajet RM1500 – RM2000 ini adalah lebih selamat dan berbaloi
    ✔ Pilih bajet ikut tujuan beli, bukan semata-mata ikut harga
    ✔ Bajet bawah RM1000 — ada, tetapi berisiko

    Bila faham realiti ini, insya Allah, keputusan membeli jadi lebih tenang dan berilmu.

    Katalog gelang emas 916 ; https://bit.ly/gelangemasorodesign

    Perbezaan Gelang Emas 916 & 999 (Ringkas)

    • Emas 916 – Lebih keras, sesuai dipakai

    • Emas 999 – Lebih tulen, lebih lembut, sesuai simpan

    Emas perlu campuran kerana emas tulen terlalu lembut untuk kegunaan harian.

    Cara Ukur Gelang Emas 916

    Rantai Tangan (RT)

    • Baby / kanak-kanak: 12cm – 16cm

    • Dewasa: 17cm – 20cm

    Bangle Dewasa

    • Diameter 5.0cm → 16cm

    • Diameter 5.5cm → 17cm

    • Diameter 6.0cm → 18cm

    • Diameter 6.5cm → 19cm

    Ukur dengan tepat supaya tidak perlu tukar atau rugi kemudian.



    cara ukur gelang emas 916


    cara ukur gelang emas 916



    Rantai Tangan (RT) 

    Untuk ukuran dewasa dan kanak-kanak:

    Rantai Tangan (RT) baby dan kanak²
    Panjang ➡️12cm hingga 16cm

    Ukuran untuk dewasa:

    Rantai Tangan (RT) Dewasa
    Panjang ➡️ 17cm hingga 20cm

    Bangle (Gelang)  dewasa
    Diameter 5cm ➡️ 16cm
    Diameter 5.5cm ➡️ 17cm
    Diameter 6cm ➡️ 18cm
    Diameter 6.5cm ➡️19cm

    Penutup

    Membeli gelang emas 916 tanpa ilmu memang berisiko. Tetapi bila faham jenis, design, kiraan harga dan ketulenan — ia boleh jadi aset yang bijak, bukan sekadar perhiasan.

    Semoga panduan ini membantu anda membeli dengan yakin dan berilmu.

    Catat Ulasan

    0 Ulasan