Kisah Benar : Mertua Halau Menantu dari Rumah Pusaka Suami

BOLEH KE MERTUA HALAU MENANTU DARI RUMAH? MENANTU KENA TAHU...

KREDIT: Nelissa Rosli


Saya berceramah di satu pejabat. Selepas habis ceramah seorang balu datang bercerita kepada saya dengan linangan air mata. 

Nampaknya macam sangat tertekan emosinya. Ramai menantu berdepan polemik ini. Ini kisah Menantu bukan pilihan. 

Kisah realiti dalam masyarakat. Sentiasa diprasangkakan. Sentiasa dibanding dengan menantu pilihan. 

Sebaik suami meninggal dunia, si balu dihalau dari rumah pusaka suaminya. Mak mertua dan iparnya menyerbu rumah tiba2, mengambil kunci kereta dan menghalau dia & anak-anak dari rumah. 

Tak tahan diserang dia mengalah. Membawa keluar dua anak kecil dan kain baju sahaja balik ke kampungnya. Ini bukan drama tv ini kisah realiti masyarakat.

BOLEHKAH MAK MERTUA HALAU MENANTU DARI RUMAH PUSAKA? 

Hukum menetapkan balu diberikan hak untuk menetap di rumah si mati bagi tempoh iddah 4 bulan 10 hari. 

Ini bermakna sesiapapun tak boleh halau balu dalam tempoh itu. Rumah itu pula bukan milik mutlak mertua!

Bahagian balu digabung dengan anak-anak adalah lebih besar dari bahagian mertua. Minoriti tak boleh halau majoriti. 

Siapa berhak secara perundangan ke atas rumah itu pula hanya boleh disahkan apabila bicara kuasa selesai. 

Perintah pembahagian akan menetapkan secara rasmi bahagian semua pihak, pasangan, anak-anak dan mertua. 

Jika mertua tidak takharruj (melepaskan bahagian), maka berkongsilah mertua bersama pasangan & anak-anak ke atas rumah itu. 

Bila mertua meninggal dunia, waris-waris mertua pula mewarisi bahagiannya ke atas rumah simati. 

Serabut tak? Serabut kan.

PENYELESAIAN

Suami semasa hidup, HIBAHlah rumah itu kepada pasangan/anak-anak.

Rumah itu menjadi milik sah penerima hibah. Pihak lain tiada hak untuk menuntut apa-apa darinya. Tak timbullah lagi cerita menantu kena halau! 

Rumah dalam loan bank pun boleh dihibahkan jika ada MRTA/MRTT..

Insyaallah sy boleh bantu anda untuk buat Dokumen Wasiat dan Hibah yg lengkap .

KLIK UNTUK INFO LANJUT:

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama