Ini Sebabnya Kenapa Hibah Harta Perlu Dibuat Secara Bertulis Berbanding Lisan

ELAKKAN HIBAH HARTA SECARA LISAN, SUSAH KELAK NAK DIBUKTIKAN



Kredit: mmkafalahagency

Pembahagian harta secara "Cakap Mulut" bukanlah satu yang baharu dalam masyarakat kita. Ia sudah menjadi trend yang di amalkan sejak turun termurun.

Siapa yang pernah mak atau ayahnya pernah cakap, “Rumah ni ambik la kat kau, senang tak payah nak berebut dah lepas aku mati nanti”?

Ni la namanya Hibah lisan. Pemilik harta memberikan harta tersebut semasa dia hidup dalam keadaan harta tersebut telah sempurna milik.
 
Sekarang ini ramai yang dah mula cakna tentang betapa pentingnya pengurusan harta orang Islam. Lagi banyak harta, lagi banyak yang kita fikirkan untuk ditinggalkan kepada ahli waris.

Walaupun, jika kita meninggal dunia, harta-harta kita seperti rumah, tanah, kereta, duit dan macam-macam lagi akan ada bahagian pusaka masing-masing, namun kita masih bimbang, ada orang yang kita sayang, tak mendapat bahagian.

Contohnya anak angkat yang tidak berhak menerima pusaka. Atau anak tak sah taraf yang datang daripada benih seorang lelaki itu sendiri. 

Disebabkan itu, salah satu penyelesaian yang boleh digunakan adalah dengan Hibah.

Ada dua jenis kes Hibah harta yang biasa berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah:

Hibah Harta Secara Lisan


Maksudnya, pemilik harta hanya bercakap melalui lidah dan tutur katanya sahaja untuk menyerahkan harta miliknya kepada penerima yang dia nak beri.

Boleh jadi Hibah lisan ini dibuat kepada mana-mana pihak, dihadapan beberapa orang saksi. Cuma, hibah lisan ini paling sukar nak dibuktikan jika saksi telah meninggal dunia atau saksi sudah lupa. 

Mungkin juga saksi buat-buat lupa atau perkataan antara saksi itu tidak konsisten dan ada keraguan padanya. 

Hibah Harta Secara Bertulis


Hibah bertulis juga sebenarnya boleh jadi dua iaitu menulis mengikut prosedur dan lengkap segala maklumat pemberi, penerima, lafaz ijab dan qabul, barang-barang yang dihibah serta maklumat saksi-saksi.

Biasanya, penulisan hibah sebegini jarang berlaku melainkan pemberi tersebut melantik Peguam Syarie atau syarikat pengurusan harta pusaka atau menulis sendiri dan mendapat cop pesuruhjaya sumpah.

Ada juga yang bertulis secara tidak formal.

Contohnya, pemberi menulis sendiri diatas kertas tertentu sama ada menyimpan untuk dirinya sendiri ataupun disimpan kepada pemerima tersebut.

Hibah bertulis sebegini juga sukar untuk dibuktikan tentang ketulenannya atau tersangat sukar untuk dibuktikan kerana tiada saksi untuk beri keterangan sokongan.

Kesimpulan


Buatlah hibah harta secara Bertulis, Bertarikh dan Bersaksi utk memudah pembahagian harta apabila kita sudah tiada..

Insyaallah Hans Legasi blh bantu anda membuat dokumen yg lengkap..

Rancang Harta, Waris Terpelihara Insyaallah

KLIK UNTUK INFO LANJUT:

Catat Ulasan

0 Ulasan