Panduan Buat Blog Pakai Handphone Jer (Update 2023)

Sudahkah anda memiliki sebuah blog? Posting kali ini, kita akan belajar cara buat blog semudah ABC menggunakan handphone sahaja. Tidak mengapa tidak punya pc, zaman sekarang majoriti teknologi sudah mobile friendly ya. 


Sebelum saya teruskan kepada cara buat blog, saya nak kongsikan apakah kelebihan dan cara untuk anda jadikan blog anda sebagai website jualan. Tidak semestinya orang buat blog ini harus bergosip, atau menulis informasi semata-mata, blog ataupun web blog boleh dijadikan sebagai medium anda mengiklankan produk, servis dan pelbagai lagi. 

Malah ramai blogger seperti saya, menggunakan blog ini sebagai medium bisnes masing-masing. Skop terlalu luas untuk anda ketepikan kepentingan blog pada masa kini.

Kelebihan Buat Blog


Blog juga adalah sebuah website. Jika anda tidak suka dengan nama blog kerana nampak kurang professional, anda boleh membeli domain dan jadikan nama blog anda seperti website. Contohnya blog saya inilah www.emmemarina.com

Apakah Kelebihan Blog Ini?

- Boleh dijadikan sebagai tempat latihan menulis biasanya kami gelarkan blogger ini sebagai personal blogger atau blog jenis diari
- Blog berinformasi seperti Siakap Keli, Ecentral, Shafiqolbu dan banyak lagi
- Blog jualan, di mana anda menceritakan satu produk atau servis pada satu posting dengan lengkap iaitu pengenalan, isi dan penutup (call to action)

Dah dapat idea jenis blog yang anda nak buat? Alhamdulillah. Jika anda nak tahu, blog saya sendiri menggabungkan ketiga-tiga jenis blog ini. Tiada salah atau betul dalam membuat blog, pastikan kekuatan entri u ols semasa menulis dan tidak terlalu caca merba. 

Cara Mempromosikan Blog

OK baiklah. Ini mungkin sangat penting kerana setiap manusia yang membuat blog mempunyai target tersendiri. Apakah tujuan anda membuat blog? Suka-suka atau serius?

Jika sekadar suka ria, maka trafik blog mungkin tidak penting untuk anda, apa yang anda cari ialah kepuasan diri apabila menulis kepada umum sama ada trafik tinggi atau rendah. Anda sudah pun meluahkannya pada blog anda. Tahniah saya ucapkan. 

Blog yang targetted, kami kenali sebagai blog berniche. Blog anda menceritakan kepakaran anda, anda menulis berdasarkan ilmu dan skill yang anda ada untuk pembaca-pembaca yang mempunyai masalah berkaitan hal tersebut, minat dan sebagainya menjurus khusus kepada niche. Sebagai contoh, blog anda fokus kepada parenting. Maka, pembaca akan mendapat lebih banyak informasi yang mereka inginkan di blog anda. 

Dari pembaca bertukar menjadi prospek dan pembeli apabila anda mula mempromosikan servis atau produk anda di blog. 

Jadi, bagaimana sebenarnya nak promosikan blog ni?
  • Menulis menggunakan keyword (kata kunci) - cara ini anda mendapat trafik secara organik. Mereka yang mencari menggunakan kata kunci tersebut akan menjumpai blog anda namun banyak faktor yang akan mempengaruhi faktor ini.
  • Promosikan blog / link entri di media sosial sama seperti Siakap Keli kan. 
  • Menggunakan Google Ads
Sudah tentu, sama seperti mana-mana medium. Tiada perkara yang mudah tetapi blog adalah sebahagian dari carian Google, selagi mana orang mencari solusi bagi masalah mereka, mencari produk, mencari apa sahaja di laman carian, blog inilah mediumnya berbanding Facebook, Instagram, TikTok Thread, Youtube mahupun Twitter.

Blog tidak memerlukan follower yang tinggi untuk mendapatkan trafik. 

Baiklah. Jom buat blog.

Cara Buat Blog Guna Handphone

Syarat utama untuk buat blog ialah;-
1. Ada akaun gmail, jika tiada sila buat sekarang ya. SIGN UP GMAIL ACCOUNT
2. Pergi ke laman blogger
3. Sila lihat gambar-gambar tutorial yang telah saya sediakan di bawah. Ikut sahaja langkah demi langkah


Apabila sudah siap blog anda, anda akan lihat paparan atau dashboard yang kosong. Ini kerana kita masih belum menulis apa-apa posting (entri) di blog masing-masing. Untuk mula menulis, anda boleh tekan pada simbol +
Secara default, theme blog ni, Google dan siapkan untuk anda. Jadi macam inilah apabila anda view blog. Kita akan ubah theme ini dalam entri seterusnya ya. Entri ini fokus kepada menyiapkan blog anda sahaja.
Sebelah kiri, adalah pilihan menu, saya ringkaskan maksudnya untuk anda di sini;

cara buat blog 2023
New Post : Menulis entri baru

cara buat blog 2023
Post : Senarai semua posting (publish atau draft)

statistic blog
Stats : Statistik, anda boleh lihat perkembangan trafik blog di sini

cara buat blog 2023
Comments : Komen dari sesiapa sahaja, boleh setkan supaya komen ditapis dahulu sebelum appear

adsense blog
Earnings : Google Adsense, blogger sangat suka ni, boleh dapat duit pasif dengan menulis di blog

Pages : Page ialah menu, dekat sinilah anda buat entri about me, contact etc, dan diletakkan di paparan atas halaman blog

cara buat blog 2023
Layout : Susun atur template blog

cara buat blog 2023
Theme : Dekat sini anda boleh upload new theme, edit html code, dan restore theme lama

cara buat blog 2023
Settings : Semua berkaitan setting blog di sini

cara buat blog 2023
Reading Lists : Jika anda ada follow mana-mana blogger lain, setiap entri baru dari mereka anda akan nampak di sini

View Blog : Untuk lihat view blog anda secara umum
Penting untuk menukar setting waktu kerana kita nak fokus kepada local pembaca. 

Senang bukan?

Ia memang sangat senang, tetapi ada teknik, setting yang perlu anda lakukan sebelum blog anda menjadi blog yang kuat. Teruskan belajar, insya Allah, blog anda akan menjana trafik yang menguntungkan diri anda serta para pembaca. 

Aplikasi Berblogging

Saya telah pun tunjukkan contoh blog melalui browser Chrome. Bagaimana jika anda malas nak buka Chrome, asyik lupa kerana tiada icon BLOG untuk remind anda menulis? Jadi fungsi apps ni memudahkan sahaja. Nampak je icon blog tu mesti rasa nak tekan je dekat skrin handphone kan? Gitulah ye. Semoga kita rajinlah menulis blog, jangan jemu dan teruskan usaha. Tahukah anda? Blogger-Blogger yang trafik blog 100K sebulan tu, sehari je 3-5 entri tau. Boleh ke Boleh?

Insya Allah boleh.

Ada dua applikasi untuk anda cuba, anda boleh download di Play Store masing-masing ya, Usah bimbing, apps ini percuma sahaja.

Apps Rasmi Blogger - Blogger


Blogspot Prime




Kesimpulan


Untuk buat blog adalah mudah. Tidak memerlukan coding yang sukar apabila anda buat blog dengan Blogger. Wordpress adalah pilihan terbaik juga bagi para blogger namun ia memerlukan kemahiran internet, kos tahunan yang tinggi, dan perlu dijaga setiap masa. Platform Blogger adalah percuma, tidak memerlukan kemahiran IT yang tinggi. Paling best, Blogger adalah produk Google. 

Ikuti sahaja cara penulisan yang telah saya kongsikan kepada anda, dan asah skill menulis SEO dan bukannya menulis semberono. Rajin share link blog dan entri kepada rakan-rakan, orang awam untuk dapatkan trafik juga. 

Jika posting ini membantu anda semua, silalah kongsikan kepada rakan-rakan yang lain! Terima kasih =)

Related Posts


Catat Ulasan

0 Ulasan