Kepentingan Label Blog dan Kaitannya Dengan SEO Carian Enjin

Label blog ialah kategori atau tag yang digunakan untuk menyusun kandungan blog. Label membantu pembaca mencari topik tertentu yang mereka minati. Penulis atau pemilik blog boleh melabelkan artikel mereka mengikut topik atau tema.

label blog

Sebagai contoh, blog yang berkisar tentang makanan boleh dilabelkan dengan perkataan seperti "resipi", "makanan sihat", "pencuci mulut", "makanan vegetarian" dan sebagainya. Pembaca boleh dengan mudah mencari artikel yang mereka minati dengan jika anda melabelkan setiap artikel. Mereka kemudian boleh mengklik label yang berkaitan di sidebar atau di bahagian bawah artikel.

Sebagai contoh, sila rujuk pada gambar di bawah. Bagi label utama, ianya tidak perlu banyak, dan boleh dijadikan sebagai Parent Topik bagi sub topik yang lain. Anda boleh juga create tajuk bagi setiap label dan mengasingkannya, terpulang kepada kreativiti anda mengolah blog masing-masing.

label blog

Maksudnya, Blogger Tips ialah label utama, label sampingan mungkin ialah Cara Menulis Content Blog Berkesan, Tips Menulis Blog, Cara Buat Header Blog, etc etc. Oh ya, anda boleh buat nama label panjang ya, dan pastikan label ini sama seperti keyword yang anda mahu pembaca jumpa di dalam artikel anda semua.


label blog

Saya nak ajarkan cara untuk anda setkan terlebih dahulu label bagi artikel anda. Khususnya bagi mereka yang sudah plan apakah jenis blog atau niche atau kepakaran even topics yang anda nak cover untuk blog. Ok

Mungkin anda mahir dalam menguruskan hal kewangan, pakar menguruskan anak-anak kecil (mempunyai degree in child psychology ke kan). Dont't judge ourself as not good as others, kita semua sebenarnya ada kemahiran tersendiri yang kita belum kembangkan. Cari dan gali dan gunakan sumber itu sebagai panduan serta rujukan untuk orang lain pula. Jika bukan kita, siapa lagi?

Mari, kita setkan dahulu label utama di blog supaya ianya dapat memudahkan urusan.

Work smart, no too hard.


Baca juga: Resepi Rendang Hitam


Apa Itu Label Blog?

Label adalah kategori blog. Manakala, Tentang kami, hubungi kami, contohnya, adalah halaman yang anda masukkan ke dalam tab menu anda, untuk memastikan pelanggan mengetahui tentang perkhidmatan yang anda tawarkan melalui blog anda, dan sebagainya. Label ialah halaman terpaut yang menampilkan beberapa catatan blog yang berkaitan antara satu sama lain. 


cara set label blog
Menu blog bagi paparan mobile view


kepentingan label blog
Label blog, beginilah bagaimana cara label bertindak, label ni ialah senarai content yang telah anda publish yang berada dalam kategori yang sama.


Faham ya, perbezaan di antara menu dan label di blog anda semua. Kedua-duanya penting, jadi kita perlu setkan bagi memudahkan pembaca mendapatkan informasi yang mereka perlukan di blog masing-masing.

Dekat Mana Nak Letak Label Blog Ni?


Label adalah salah satu setting pada setiap content di blog. Selepas anda buat entri, anda perlu setkan apakah label yang sesuai, berkaitan dengan content anda. Label akan muncul pada bahagian atas atau bawah bagi setiap entri blog post anda.

apa itu label blog


Cara Set Label Blog 

Kelebihan setkan terlebih dahulu label utama ni memudahkan anda menulis content berdasarkan niche, kepakaran dan membantu mencari idea penulisan di blog. Anda tak pening kepala nak fikir dah. Label ini menjadi guideline untuk anda kembangkan skop penulisan di blog anda.

Cara Setkan Label Utama Blog

  • Create New Post
  • Tak perlu menulis apa-apa content
  • Letak tajuk sebagai Label Utama 1/2/3 ke, tengoklah berapa banyak label yang anda perlukan
  • Letakkan apa label yang anda nak di bahagian label
  • Sebagai contoh; Tips Usahawan, Resepi, Travel, dan sebagainya
  • Dah siap atau maksimum dah, tak boleh tulis dah tu. Anda save.
  • Save sahaja ya, bukan publish
  • Biarkan content Label Utama anda dalam bentuk draft selama-lamanya. 


cara setting label blog

cara set label utama blog


Cara Guna Labels di Blog Anda

Setelah anda setkan Label Utama yang anda nak fokuskan, label ini tidak akan terus muncul. Anda harus buat content terlebih dahulu dan meletakkan label pada content tersebut. 

Kebiasaan label akan diletakkan pada ruangan SIDE BAR atau FOOTER. Bergantung kepada template blog anda ye, jika tiada footer blog, maka gunakan ruang side bar sahaja.

Cara Letak Label di Sidebar atau Footer. 
  • Pergi ke layout
  • Lihat navigasi layout, pilih sidebar
  • Tekan "add gadjet"
  • Pilih "Labels"
  • Pilih apakah "Labels" yang anda inginkan, jika boleh jangan pilih semua ye. Uncheck dahulu dan pilihlah label utama sahaja seperti contoh-contoh yang telah saya tunjukkan
  • Klik save
cara buat label blog

cara buat label blog

cara buat label blog

cara buat label blog

Adakah Label Blog Mempunyai Nilai SEO?


Ini adalah soalan paling banyak ditanya, jawapannya ialah ya, ada. Menurut Chatgpt, label atau kategori ini memainkan peranan dalam carian enjin (SEO) 

Label blog juga berguna dalam hal SEO (Search Engine Optimization) karena membantu mesin pencari memahami dan mengindeks konten blog. Dengan menggunakan label yang relevan dan terkait dengan topik yang diminati, blog memiliki peluang yang lebih baik untuk muncul dalam hasil pencarian ketika seseorang mencari topik yang sama atau serupa.

Banyak cara label blog dikaitkan dengan SEO (Pengoptimuman Enjin Carian). Berikut ialah beberapa faktor yang menghubungkan label blog dengan SEO:

1. Content Indexing: Label blog membolehkan enjin carian mencari dan mengindeks kandungan blog anda dengan lebih mudah. Dengan memberi label yang berkaitan dan deskriptif kepada setiap catatan blog, enjin carian boleh menjadikan topik dan konteks setiap artikel lebih mudah difahami.

2. Struktur Organisasi: Apabila anda menggunakan label blog secara berkala dan berstruktur, ia boleh membantu anda mengkategorikan dan mengatur kandungan blog anda. Ini membolehkan blog anda mempunyai struktur yang mudah difahami dan membolehkan pelawat atau enjin carian mencari kandungan yang berkaitan. Struktur yang baik boleh meningkatkan pengalaman pengguna dan meningkatkan keupayaan pencarian enjin carian.

3. Perkaitan kata kunci: Kata kunci adalah penting untuk SEO. Menggunakan label yang relevan dan berkaitan dengan kata kunci yang dicari oleh khalayak sasaran anda boleh membantu meningkatkan keterlihatan blog anda dan kedudukan carian. Label yang tepat boleh membantu anda menyasarkan kata kunci yang betul dan meningkatkan peluang anda untuk muncul dalam hasil carian yang berkaitan.

4. Pautan dalaman (internal backlink) : Strategi pautan dalaman boleh termasuk label blog. Anda boleh membuat pautan dalaman antara artikel dengan menggunakan label yang sama untuk beberapa catatan blog yang berkaitan. Ini membantu enjin carian memahami hubungan antara kandungan dan meningkatkan kekuatan SEO halaman.

5. Navigasi pengguna: Label yang mudah difahami boleh membantu pelawat blog anda mencari sesuatu. Label yang baik menunjukkan kandungan dan topik artikel supaya pelawat boleh memilih artikel yang paling berkaitan dengan minat mereka. Pengalaman pengguna yang baik boleh meningkatkan kadar pengekalan pelawat dan meningkatkan kemungkinan interaksi dan lawatan.

Kesimpulan

Adalah penting untuk diingat bahawa label blog hanyalah satu komponen dalam strategi SEO yang lebih besar. Selain menggunakan label blog dengan bijak, anda juga perlu mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kedudukan SEO, seperti kandungan berkualiti tinggi, kelajuan laman web, pengoptimuman kata kunci, dan sebagainya. 

Anda sudah jelas kepentingan meletakkan label pada setiap entri anda? Jadi tersangat rugi jika anda tidak meletakkan sebarang label pada entri blog. Mulai hari ini, rancanglah apakah topik utama bagi label anda, apakah label berkaitan dengan kata kunci, dan masukkan pada setiap content blog.

Related Posts

Blog Marketing

Catat Ulasan

0 Ulasan