Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping

KENALI PATERN GELANG EMAS 916. Ini ialah panduan yang berguna tentang BARANG KEMAS iaitu emas padu, emas kosong/hollow dan emas stamping.


3 jenis emas yang digunakan dalam pembuatan barang kemas ialah:-
- padu
- kosong atau hollow
- stamping

3 design ni berat lebih kurang sama kan. Tapi saiz jauh beza. Betoi kan?

EMAS STAMPING

Emas jenis ini kelihatan besar dan lebar namun kosong dibahagian belakangnya. Sama seperti emas kosong, emas stamping juga lebih ringan walaupun kelihatan besar. Rantai jenis vitara merupakan contoh emas stamping.



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping
Stamping Rantai Tangan (RT) Perut Ular





Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping
Stamping Rantai Tangan (RT) Bun Triplet



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping


EMAS PADU

Emas jenis ini adalah mampat dan di dalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecil, ianya mempunyai berat yang lebih dan merupakan emas yang sangat tahan lama dan tidak mudah kemek atau rosak.

Selalunya kalau ikut design emas padu antaranya ialah MESIN, PUTRA, PUTRI, MELUR & Sebagainya.

Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping


EMAS KOSONG/HOLLOW 

Emas jenis ini merupakan emas yang kosong didalamnya yang juga dikenali sebagai emas hollow. Biasanya ia kelihatan besar namun beratnya lebih ringan dan berbunyi-bunyi apabila digoncangkan. Emas kosong merupakan emas yang mudah kemek apabila diketuk. Biasanya rantai jenis gajah dan lipan dibuat menggunakan reka bentuk ini.

Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping
RT Gajah jenis emas hollow. Besar tapi kosong/ringan


Emas dua alam.. juga bermaksud barang kemas yang terdapat dalam bentuk padu dan tak padu; antaranya ialah LIPAN, GAJAH & PASIR.


Anda jangan terkejut jika masa anda nak pajak barang kemas anda di Pajak Gadai & Ar-Rahnu pihak mereka “downgrade” emas anda jadi emas 875, 835 dan 750!..


Ini satu perkara yang biasa berlaku kerana:

• Pihak Pajak Gadai & Ar Rahnu risau kalau ada masalah dengan barang kemas seperti lekuk, berlubang.
• Bila ada lekuk dan berlubang, kemungkinan ada kotoran yang akan memberi kesan kepada berat.
• Ini berlaku pada jenis Emas Kosong/Hollow dan Stamping.


Ringkasan Tentang Barang Kemas

1. Mesin - Halus dan tahan lasak

2. Pasir - Terdapat jenis padu, Kosong dan stamping.

3. Snakeskin - Jenis kosong.

4. Lipan - Lebar. Kebiasaannya jenis kosong.

5. Pintal - Mudah putus terutamanya jika 5g ke bawah. Sila pakai dengan lemah lembut.

6. Gajah - Terdapat jenis padu dan kosong.

7. Tulang belut - Halus dan tahan lasak.


Cara Kira Harga Gelas Emas 916



Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping


Semoga bermanfaat semua


Alhamdulillah, HQ emas Orodesign sudah buka keahlian/dealer emas semula. Jom saya ajak semua rakan untuk join jadi ahli ni, dan dapat shopping emas dengan harga kilang! Rugi sangat-sangat tak jadi dealer emas Orodesign kerana tawaran bulan ini sangat lumayan!



Nak tahu apa kelebihan jadi Ahli/Dealer/Reseller Emas Orodesign?


Baca sini >> Nak Emas Harga Kilang? Jom Jadi Ahli Emas Orodesign


1 Comments

  1. Salam puan. tq fr share ilmu ttg jenis2 emas. Mohon share ya

    BalasPadam