Monday, November 06, 2017

Badan Harus Fit dan Cergas. Jom Work Out!

Publish on : Monday, November 06, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Bismillah


Badan yang kurus tak semestinya fit. Adakalanya orang-orang kurus ni bukan semua atlet. Sama seperti sayalah. Kurus tapi berlemak sana sini. Bak kata suami saya, "mama buatlah exercise". Dah 8 tahun berkahwin ni memang itulah yang selalu dia ulang dan ulang kepada saya. Lagi-lagi pula sudah 4 orang anak.


Terpaksa saya akui memang badan langsung tak fit. Benjol sana sini. Lembik sana sini. Alasan letih buat kerja dan uruskan anak sebenarnya sangat lapuk. Kita yang nak cergas, nak badan sihat. Maka badan ini ialah tanggungjawab kita. Sebagai ibu, sakit adalah perkara terakhir dalam fikiran. Apatah lagi sejak kebelakangan ni, anak-anak pandai pula kata mama semakin gemuk. Apa taknya dimainkan lemak di kaki, bergoyang-goyang gitu. Perut yang mula menggelebeh diejeknya setiap hari. Alahai anak. Mama pakai jubah lerrrr.


Alasan lagi.


Menutup badan kita memang boleh menipu semua mata yang memandang, terutama orang luar. Tetapi anak-anak dan suami yang melihat sama sekali tidak akan mampu kita tipu. Suami saya seorang atlet dari zaman sekolah hinggalah sekarang masih aktif bersukan. Sudah pasti badannya paling fit dan top di rumah ni. Jadinya walaupun saya macam kurus, sayalah yang paling gemuk dan lembik. Segan memang segan, oleh sebab itu walaupun sudah hujung tahun, apa kata kita mulakan tahun 2018 dengan memiliki bentuk badan yang fit gitu?


Jadi, bermulalah hari ini sebagai hari pertama work out saya. Hanya luangkan 10 minit sahaja kerana saya cuba ikuti cara yang dicadangkan oleh youtube. Give it a try will us?


Haha. Saya memang bukan seorang yang aktif bersukan. Bagi saya ini sudah menyakitkan dan melenguhkan otot-ototku. Jujurnya, buat 60 saat senaman Plank tadi je dah menggigil.


Anda juga boleh cuba, saya follow video ni. Kira macam trainer jugaklah. Kalian cubalah buat setiap pagi kay. Luangkan la sedikit masa. Tutup je mata jom exercise. :)






Anda boleh download video ini di youtube, dan cuba buat bersama-sama kay.


Selamat bersenam dan cergas!


Untuk saya pula, Hari Pertama Work Out DONE! 29 Days to Go.. Chayok!!






Assalamualaikum, Jika kalian suka dengan entri ini jom komen dan share pendapat kalian :) Nak tahu lebih lanjut tentang produk DMS360? Boleh klik link

No comments:

Post a Comment