Tugas, Ujian dan Hikmah Sesebuah Perkahwinan

Dalam Al Quran, suami jelas tugasnya sebagai pemimpin. Dan isteri sebagai yang dipimpin. Jika ada yang kurang dalam perkahwinan, ia perlu ditutup dengan banyaknya mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan ibadah.



Baik isteri juga suami. Perlu kembali bersandar hanya kepada Allah.
.

Si isteri perlu faham yang beri rezeki hanya Allah, bukan suami.

Meminta duit gaji dari suami - jelas tiada dalam Al Quran. 
.

Yang ada, si isteri perlu sentiasa meminta kepada Allah dengan jalan DOA.
.

Berdoa Allah kurniakan rezeki yang berkat.
Berdoa Allah kurniakan rezeki yang mencukupi.
.

Berdoa Allah lembutkan hati suami, supaya terus menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dengan amanah.
.

Tanggungjawab suami yang wajib --

Menyediakan tempat berteduh (rumah)
Menyediakan makanan (barang keperluan dapur)
Menyediakan pakaian
.

Selebihnya, jika tak disediakan asbab kekurangan kewangan, isteri perlu bersabar.
.

Jika suami tidak mampu lagi, doa pada Allah supaya diberi kemampuan.
.

Berdoa meminta pada Allah.
Bukan cuma cari salah suami sahaja.
Kerana sebagai manusia, kita semua berpotensi membuat kesalahan. 

Baik suami.
Baik isteri.
Juga anak-anak.

Semuanya tidak akan pernah bebas dari dosa dan kesalahan. 
.

Doakan kesihatan, kesejahteraan suami.
Supaya dapat terus menyediakan apa yang diperlukan.
.

Jika bergantung pada suami, 
Suami (manusia) itu tidak kekal. 
Sampai masa, Allah akan matikan. 
Kita hilang juga tempat pergantungan.
.

Tetapi jika bergantung hanya pada Allah,
Allah itu kekal.
.

Walaupun suami sudah tiada,
Kita masih ada Allah. 
.
Allah Yang -- 
Maha Pemberi Rezeki.
Maha Mencukupkan.
.

Maka, mindset perkahwinan itu juga perlu di ubah.
.

Dari bergantung kepada suami kepada bergantung hanya kepada Allah.
.

---------
Ter'komen di atas ini, asbab terbaca perkongsian seorang sahabat tentang "isteri menjadi orang gaji suami" 
.

Secara jujurnya, saya rasa tidak selesa membaca perkongsian tentang sesuatu yang di hukum secara sehala.
.

Dan akibat perkongsian begini, ramai yang terkesan pemikirannya dengan ;
.

"Takutlah nak kahwin camni"
"Risaunya dapat suami yang tah hape-hape".
"Ini yang buatkan taknak kahwin ni".
.

Walhal perkahwinan itu terwujud, atas dua jiwa.
Suami juga isteri.

.
Dan apa sahaja takdir yang Allah kurniakan kepada kita, itu semua adalah takdir yang terbaik buat kita.

Kerana Maha Suci nya Allah - maka, segala perbuatannya juga suci, jauh dari tindakan tercela.
.

Jika Allah kurniakan kita suami pemarah, siang nalam pagi petang asyik nak marah ; sebenarnya ini petanda yang Allah hendak naikkan darjat kita kepada yang lebih tinggi,
.

Dengan menjadikan kita sebagai seorang yang penyabar.
.

Memang tidak mudah untuk mengaplikasikannya.

Di sebabkan itu, perlu kepada praktis.
Hari ini praktis sedikit, esok praktis sedikit.

Hari ini tahan sabar, esok tahan lagi.
Dan akhirnya, kita dapat mengaplikasikannya ke dalam diri kita sepenuhnya.
.

Sikap penyabar itu, kebaikannya akan menuju kepada diri kita juga.
.

Bukan tahan sabar untuk tunjuk bagus. Konon kita isteri yang terpaling bagus.
.

Menjadi penyabar kerana itu lah antara cara kita mendepani sebarang ujian dan dugaan di dalam kehidupan - yang di tuntut di dalam Islam, melalui petunjuk Al Quran. 
.

Suami itu kan ujian.
Anak-anak itu kan juga ujian.
.

Maka, apabila Allah ciptakan ke-marahan bukan untuk tujuan kita menghukumi manusia lain atas sikap panas barannya.
.

Tapi, supaya diri kita terus terpasak kukuh sikap kesabarannya.
.

Kerana, nilai syurga itu sungguh tinggi.
Hendak masuk ke dalam nya,
Perlu pembuktian kepada Allah bahawasanya kita beriman hanya kepadaNya.
.

Maka, salah satu bentuk keimanan,
Adalah mengikut segala apa yang Allah firmankan.
.

Sabar dan syukur itu termasuk antara salah satu SURUHAN Allah.
Maka, jika diikuti - kerana Allah - pasti ada nilaian pahala dan ibadah nya.
.

Oleh itu, sebenarnya --
Medan rumahtangga ini ; memerlukan kita banyak bersandar hanya kepada Allah.
.

Suami suka buat hal.
Kembali pada Allah dengan jalan DOA.
Bukan marah atau tinggi suara dengan suami, lalu diviralkan.
.

Suami baran.
Kembali pada Allah dengan jalan solat. 
Jika hendak menangis sambil mengadu dan mengeluh pada Allah, lakukan sahaja!
Kerana mengeluh pada Allah, tiada salahnya.
Yang salah apabila kita mengeluh kepada manusia.
.

Suami culas dengan tanggungjawab.
Kembali pada Allah dengan jalan solat, doa dan sabar. 
.

Apabila kita lakukan kesemua ini dengan BENAR. Bukan sekadar ritual, pasti pertolongan Allah itu akan sampai. 
.

"Eleh! Cakap senang lah"

Sebab susah lah, kita dituntut untuk berjihad setiap hari.
.

Berjihad melawan hawa nafsu
Berjihad memerangi shawat.
.

Kerana segala tindakbalas dan respon yang tidak mengikuti jalannya wahyu / Al Quran,
.

Pasti ia bersumber dari jalannya syaitan.
.

Maka, teruskan meminta petunjuk dari Allah.
Teruskan belajar ilmu yang benar.
Dan teruskan berdoa supaya Allah meringankan tubuh badan kita untuk mengamalkannya.
.

Hakikat nyata ; setiap yang berkahwin - tidak pernah mengimpikan penceraian.
.

Maka, setiap perkahwinan yang di atur dan di takdirkan oleh Allah,
.

Dengan ikhtiar kita sebagai manusia berpandukan petunjuk Al Quran,
.

Mudah-mudahan rumahtangga yang penuh dengan ujian itu, saat kita bersandar sepenuhnya kepada Allah,
.

Allah gantikan setiap ujian kesulitan itu dengan kemanisan - sehingga akhirnya, walaupun yang hadir pahit, tetap di rasakan manis asbab berkah nya sebuah rumahtangga itu.
.

#renirahmat

PS: Puan Reni Rahmat pernah saya kenali dahulu di sebuah group Charity Amal till Jannah, ketika itu beliau merupakan seorang pengusaha roti yang berjaya, memasuki IKS dan menulis sebuah ebook bertajuk "Berniaga Cara Nabi" . Kini beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, menulis tentang kehidupan mengikut cara Nabi dan Islam sepenuhnya. Sungguh ilmu dan penulisan beliau amat saya sukai. Insya Allah saya kongsikan nota beliau di sini atau boleh juga pembaca follow channel Whatsapp, Puan Reni Rahmat di sini  https://whatsapp.com/channel/0029VaJNKvG7IUYVpXtJF21i

Catat Ulasan

0 Ulasan