TOTIQ Batch 4 Bermula Dari Peserta ke Urusetia

Alhamdulillah, TOTIQ Batch 3 dah pun berlalu dengan pelbagai pengalaman berharga. Sejujurnya saya aim untuk black belt namun tidak kesampaian apabila saya tidak dapat memberanikan diri membuat presentation walaupun secara online. Kesan anxiety berdepan melakukan presentation menyebabkan saya jadi agak tertekan dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak membuat presentataion walaupun capaian tugasan lain adalah berdasarkan target black belt. Rugi kan? 

Saya pasti Allah lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Saya graduate dari TOTIQ 3 dengan red belt. Alhamdulillah.  

Walaupun tak banyak pertemuan bersemuka pada sesi lepas bagi batch Putrajaya TOTIQ 3, pengalaman itu cukup meninggalkan kesan. Dari situ, saya rasa nak terus berkhidmat dan membantu program ini supaya lebih ramai orang dapat peluang belajar tadabbur al-Quran. Jadi, tahun ini saya memohon untuk menjadi urusetia Batch 4. Jujurnya saya ada perasaan cemburu melihat petugas-petugas menjalankan kerja mereka sepanjang sesi TOTIQ batch 3. Alangkah baiknya jika saya dapat juga jadi urusetia atau sebahagian dari YUM. Subhanallah, Allah Maha Mendengar dan Memakbulkan. Doa itu didengari dan saya dapat menjadi sebahagian dari urusetia TOTIQ batch 4 kali ini bersama sahabat rapat.

Urusetia TOTIQ Batch 4 mengurus sesi kelas tadabbur secara online dan offline.

Saya bertugas sepenuhnya secara online kerana jarak dan komitmen keluarga. Walau tak dapat turun ke lokasi, saya tetap nak bantu apa yang mampu supaya perjalanan program ini lancar. Bak kata SRR, "memberdayakan suri rumah", salah satu misi dan visi SRR yang amat saya sokong!


Ya benar, walaupun saya seorang suri rumah sepenuh masa, saya tetap boleh melakukan kerja dari jarak jauh bergandingan dan membantu seluruh tim hatta hanya menyusun file atau menjawab soalan-soalan dari para peserta. 

Setiap kali rasa penat atau rasa “kecil” peranan saya, saya ingat firman Allah:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."

(Surah al-Ma’idah: 2)

Apa saja tugasan, walau di balik tabir, ada nilainya jika niatnya kerana Allah.

TOTIQ Batch 4 Bermula

Sekarang, Batch 4 pula yang bermula. Kelas pertama telah pun diadakan pada 19 dan 20 Julai di Bangi Resort Hotel. Berbeza dengan batch saya dulu, peserta Batch 4 akan ada kelas offline setiap bulan, selain sesi online yang telah dijadualkan.

Peserta TOTIQ Batch 4 menghadiri kelas tadabbur al-Quran di Bangi Resort Hotel
Di Bangi Resort, 2 hari berkampung dalam sesi Offline pengenalan TOTIQ dan BDQ level 1 dan 2. Iman sebelum Al-Quran


Yayasan Ummi Malaysia (YUM) menyokong program pendidikan al-Quran.
Sesi kelas online pagi hari ini bersama Coach Jamil Wahab

Tenaga pengajar utama sudah pastinya adalah Ustaz Fazrul Ismail, yang ramai dah kenal kerana pendekatan tadabburnya yang mudah difahami. Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam dakwah dan pendidikan, beliau sentiasa menekankan supaya kita bukan sekadar membaca, tetapi benar-benar memahami dan mengamalkan ayat al-Quran dalam hidup.

Program ini juga disokong sepenuhnya oleh Yayasan Ummi Malaysia (YUM) sebagai penaja utama program TOTIQ, yayasan yang aktif membantu masyarakat melalui pendidikan dan dakwah, termasuk menggalakkan golongan wanita, remaja, dan dewasa untuk lebih dekat dengan al-Quran.

Harapan Saya?

Sebagai urusetia online, mungkin saya tak rasa suasana kelas secara langsung, tapi saya percaya setiap amanah yang dilakukan kerana Allah akan ada ganjarannya.

Firman Allah menjadi penguat semangat saya:

"Sesiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya."

(Surah Muhammad: 7)

Semoga TOTIQ Batch 4 berjalan lancar, para peserta diberi kefahaman dan keberkatan ilmu, dan semoga saya bersama rakan-rakan urusetia lain dapat laksanakan tugas ini sebaik mungkin.

Antara perkara paling penting yang saya pelajari semasa TOTIQ 3 adalah kita semua ini para pendakwah, penyampai yang membawa kepada jalan kebenaran melalui Al-Quran. Berbuat baik dan tambahkanlah amal dalam setiap perbuatan dan pekerjaan kita walaupun cuma sebagai seorang ibu dan isteri. Kecil rasanya kan cuma berkhidmat untuk sebuah keluarga, tetapi kita jika dapat lakukan tanggungjawab dakwah itu dengan baik untuk mereka, anak-anak ini bakal menjadi srikandi dan para perajurit agama yang benar. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan