Sejak kebelakangan ini, ChatGPT menjadi bualan ramai. Ada yang guna untuk menulis, ada yang jadikan sebagai pembantu kerja, dan ada juga yang menganggap ia boleh menjawab semua persoalan dalam hidup.
![]() |
Terkini, wah dah GPT-5 (kira mode pandai dah tahap 5 - bahasa pasar) |
Tapi di sebalik semua kehebatan itu, ada satu perkara penting yang ramai terlepas pandang iaitu ChatGPT hanyalah alat bantu pintar, bukan manusia yang serba tahu. Dalam artikel ini, saya nak kongsikan apa yang anda patut tahu tentang ChatGPT, kelemahan yang jarang orang sedar, dan bagaimana untuk guna dengan bijak supaya tidak terperangkap dengan jawapan yang salah.
Ini kisah saya bersama Chatgpt selama 2 tahun lebih, saya gunakan sebagai pembantu "kerani" dan pengolah terbaik mengikut versi saya sendiri.
Kita latih dia dan bentuk menjadi seakan kita semasa dia bertugas dalam tugasan penulisan. Agar dapat menyingkatkan masa saya sebagai content creator dan penulis website. Namun harus diingat, penulisan kita dan Chatgpt tidak mungkin sama.
Setiap insan itu unik yakni ciptaan Allah yang Maha Hebat kan? Maka bagaimana mungkin AI dapat menggantikan kita, maka kurangkan "kekaguman", tingkatkanlah ilmu yang kita ada untuk jadikan AI ini pembantu kerja kita yang terbaik insya Allah.
Sebagai seorang beragama Islam, Allah swt telah menerangkan di dalam ayat Al-Quran 5:100;
قُل لَّا يَسْتَوِى ٱلْخَبِيثُ وَٱلطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ ٱلْخَبِيثِۚ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
Kita bertaqwa kepada Allah dengan akal fikiran yang telah Allah sediakan, maka itulah tanggungjawab kita menjadi lebih cerdik, lebih berakal daripada sebarang AI khususnya dari segi menyemak kembali penulisan, fakta dan seangkatan dengannya. Bukanlah diserahkan kepada AI melakukan kerja pemikiran pula buat kita, menggantikan akal kita setuju?
Baiklah mari kita belajar apa itu Chatgpt.
Apa Itu ChatGPT?
ChatGPT ibarat seorang pembantu yang rajin, tak pernah penat, dan boleh berbual dalam pelbagai bahasa. Versi yang saya guna sekarang ialah GPT-5, generasi terbaru yang lebih cepat memahami arahan, lebih kemas hasilnya, dan lebih banyak “tahu” berbanding versi lama.
Dengan ChatGPT, anda boleh:
- Minta dia tulis artikel, skrip video, atau copywriting promosi.
- Tanya soalan rumit, kemudian dia akan cuba terangkan dengan bahasa mudah.
- Rancang projek, buat jadual kerja, atau senarai semak.
- Dapatkan idea kreatif yang mungkin tak terlintas di fikiran kita.
- Membina gambar atau poster memudahkan kerja designer
- Menyusun file dan sebagainya
Namun, walau hebat macam mana pun, ChatGPT tetap bukan seorang manusia. Dia tak ada pengalaman hidup, tak ada naluri, dan tak boleh rasa emosi macam kita.
Ada masa saya juga menerima sepenuhnya penulisan yang diberikan lagi-lagi jenis simple, contoh teks quote. Kata-kata ringkas sebab kadangkala saya sendiri kehabisan idea dan kurangnya membaca dan tidaklah mampu mencari 1001 ayat di dalam internet dan buku-buku. Kerja ini AI boleh lakukan dengan mudah!
Sebab itulah bagi yang jelas, mengetahui bahawa AI hanyalah ALAT UNTUK MEMUDAHKAN KERJA KITA, khususnya yang 24 jam membuat kerja seperti saya dan perlukan kerani segera!
Fakta Penting Tentang ChatGPT
Sebelum kita seronok guna, ada beberapa fakta asas yang perlu anda difahami:
- ChatGPT belajar daripada data yang sudah ada. Dia dilatih menggunakan kandungan dari internet, buku berlesen, dan input manusia. Kalau sesuatu maklumat itu tak pernah wujud di luar sana, dia memang takkan tahu.
- Dia tak melayari web secara automatik. Kalau nak info terkini, kita kena aktifkan fungsi carian web.
- Tak boleh baca video atau audio secara terus. Nak dia “tahu” isi video YouTube? Kena beri transkrip atau fail audio, barulah dia boleh proses.
- Boleh tersalah walaupun nampak yakin. Fenomena ini dipanggil hallucination — jawapan meyakinkan tapi sebenarnya tak tepat.
- Bukan pengganti pakar sebenar. Dalam hal agama, kesihatan, atau undang-undang, rujukan tetap perlu kepada manusia berautoriti.
Penting ya sahabat semua,
Kita tidak sesekali menyerahkan kepada AI ini memproses data sepenuhnya kerana kemampuan mereka tetap terhad seperti kita.
Maksud saya, jika tiada data untuk mereka baca dan kaji, maka sama seperti kita yang tiada ilmu, maka mereka pun sama. Sudah tentulah, AI dicipta "pandai" kerana bukan mudah pula nak cipta AI ni kan?
Jadi janganlah pula kita jadi mangsa scam AI 😂
Kelemahan ChatGPT Yang Perlu Anda Sedar
Boleh ‘berhalusinasi’ - Kadang-kadang dia cipta fakta yang kedengaran logik, tapi sebenarnya tak wujud pun. Sebab itu kita kena semak semula dengan sumber lain.
Ikut premis salah - Kalau kita mulakan soalan dengan andaian yang salah, ChatGPT biasanya akan ikut sahaja dan bina jawapan atas andaian itu. Ini merupakan satu perkara yang bahaya jika kita gagal menjadi seorang yang lebih berakal, lalai dan menyerahkan maklumat kepada Chatgpt secara menyeluruh. Jika salah di peringkat anda tak mengapa lagi. Bagaimana jika kesalahan itu besar hingga menyebabkan fitnah dan salah faham yang besar?
Tak ganti kepakaran manusia - Dia boleh terangkan konsep, tapi tak boleh bagi keputusan muktamad yang memerlukan kajian atau pengalaman manusia sebenar. Tetap manusia itu adalah pembuat keputusan yang terbaik.
Terlalu banyak skrip bebelan apabila diberikan arahan (kadang berlebihan)
[Kotak Info] Fahami Dua Istilah Penting Ini
Data Latihan
Bayangkan ChatGPT seperti seorang pelajar. Sebelum “masuk peperiksaan”, dia belajar daripada buku teks, nota, dan latihan. Buku-buku itu ialah data latihan. Kalau sesuatu topik tak pernah ada dalam buku teksnya, dia memang tak tahu.
Contoh mudah: Tanya dia tentang kajian terbaru yang belum diterbitkan — dia takkan tahu sebab kajian itu tiada dalam “buku teks”nya.
Premis
Premis ialah andaian awal atau “fakta asas” yang kita beri. Kalau asasnya salah, jawapan yang dibina juga boleh jadi salah.
Contoh: Kalau kita kata “Matahari mengelilingi Bumi, kan?”, dia akan terangkan seolah-olah itu benar, walaupun hakikatnya salah.
Pengajaran: Beri premis yang tepat, atau minta dia semak fakta sebelum mula menjawab.
Apa ChatGPT Boleh Buat Dengan Tools Terkini
Dengan versi GPT-5 dan akses kepada pelbagai fungsi tambahan, ChatGPT kini jauh lebih berguna. Antara yang boleh dibuat:
- Cari maklumat terkini di internet untuk berita, fakta baru, atau perkembangan semasa.
- Baca & analisis dokumen seperti PDF, Word, Excel, atau CSV, kemudian buat ringkasan atau laporan.
- Hasilkan gambar daripada arahan teks — sesuai untuk poster, infografik, atau ilustrasi.
- Edit gambar – tambah/buang objek, tukar warna, atau ubah gaya visual.
- Transkrip audio jika kita muat naik failnya, kemudian ringkaskan atau terjemahkan.
- Menulis dengan gaya berbeza – dari artikel blog mesra SEO hingga skrip video dan teks media sosial.
- Bantu merancang strategi pemasaran, susun jadual konten, atau buat senarai semak projek.
Pengalaman Saya – Kesilapan ChatGPT
Seperti yang telah saya nyatakan pada awal pengenalan mengenai Chatgpt. Saya juga pernah beberapa kali “terkena” dengan jawapan ChatGPT. Antaranya:
- Salah senarai ayat Al-Quran – ada ayat yang langsung tak ada kata akar yang saya minta.
- Campur fakta tokoh – dua tokoh berbeza dicampur jadi satu.
- Salah tafsir kata Arab – maksud literal betul tapi konteks ayat salah.
- Ikut premis salah – saya sengaja beri info palsu, dia ikut bulat-bulat.
- Format SEO tak tepat – heading bercampur dan tak ikut struktur.
- Terjemahan ayat tak lengkap – hanya ringkasan, bukan teks penuh.
- Salah format copywriting – tak ikut arahan format yang saya tetapkan.
- Salah faham konsep projek – jadual konten diubah tanpa sebab.
- Maklumat kesihatan tak lengkap – tak beri amaran untuk rujuk doktor.
- Cadangan label blog bercelaru – label dan menu bertindan.
No 9 tu tak beri amaran sebenarnya bukan salah chatgpt kan? Bukankah kita yang lebih tahu situasi badan kita? Kenapa setelah tanya chatgpt, dah tahu simptom, tanda-tandanya ada, kita buat keputusan nantilah baru jumpa doktor?
Ada perkara kitalah yang perlu buat keputusan dan bukannya AI. AI mampu memberikan 1001 jawapan tetapi apakah jawapan itu sesuai dengan kita? Kitalah yang buat pilihannya.
Tidak semua perkara CHATGPT TAHU. Adakah chatgpt tahu siapa diri kita jika kita tidak letakkan inputnya?
Adakah CHATGPT TAHU ILMU SESEBUAH SUBJEK, jika tiada siapa ajarkan kepadanya?
TIDAK.
Chatgpt tidak tahu apa itu SRR - SURI RUMAH RAHMAH (AI tulis berdasarkan profile saya, kepada SURI RUMAH RISE)
Chatgpt jugak tidak tahu apa itu BDQ - BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN itu bagaimana dalam pengajian TOTIQ jika saya tidak berikan input.
Jadi fikirkan, sekiranya anda sendiri tidak mampu mencari data di internet mengenai sesuatu maklumat, maka chatgpt juga sama.
Tiada input = Tiada Output
Bahaya Guna AI Tanpa Faham Batasnya
Kalau kita guna ChatGPT tanpa sedar kelemahan ini:
- Kita mungkin sebarkan maklumat salah tanpa sedar.
- Salah faham boleh berlarutan sebab AI ikut premis kita.
- Kita boleh jadi terlalu bergantung, sampai hilang kebolehan berfikir kritis.
- Maklumat yang berat sebelah (bias) dalam data latihan boleh mempengaruhi jawapan.
- Data peribadi mungkin terdedah kalau kita kongsi maklumat sensitif.
Saya nak kongsikan beberapa gambar yang saya screenshot dari rakan FB, dan kenyataan tentang bahayanya apabila kita terlalu bergantung kepada AI menggantikan fungsi berfikir kita.
Kajian dari MIT pada baru-baru ini menunjukkan keputusan yang membimbangkan; teringat pula cerita Wall-E
Baca penuh dekat sini: https://www.facebook.com/thebrainmazeofficial/posts/pfbid0DF3LmLhooecc1pJyFLExNk8C5Hbt83vApLP4uumd8GyUKoXeUodtAfXZbiMxK4xVl
Kesimpulan
ChatGPT adalah pembantu pintar yang sangat membantu, tetapi ia tetap sebuah alat. Kalau kita tahu batasnya, kita akan dapat manfaat maksimum tanpa terperangkap dengan maklumat yang salah. Jadikan ia sebagai “rakan kerja” yang rajin, bukan sumber kebenaran mutlak.
Inilah sebabnya, walaupun AI seperti ChatGPT boleh membantu kita menulis, mencari maklumat, dan memberi idea, kita tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kerja berfikir kepadanya. AI tidak mempunyai taqwa, tidak diikat oleh wahyu, dan ilmunya terbatas pada apa yang manusia masukkan ke dalamnya.
Tanggungjawab kita adalah lebih cerdik daripada AI iaitu membuat semakan semula fakta, tapis maklumat, dan gunakan akal yang Allah kurniakan untuk memastikan kebenaran tetap terpelihara.
Sekian dari saya,
0 Ulasan