Kebaikan Memberi Manfaat Kepada Orang Lain Walaupun Sedikit

Kebaikan Melakukan Sesuatu Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

kebaikan-memberi-manfaat-kepada-orang-lain


Dalam hidup yang serba laju ini, kita sering mengejar banyak perkara iaitu kerja, tanggungjawab, dan keperluan seharian. Namun ada satu perkara yang apabila dilakukan dengan ikhlas, bukan sahaja memberi kebaikan kepada orang lain, malah menenangkan hati kita sendiri.

Iaitu apabila kita melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain, walaupun sekecil mana pun ia kelihatan.

Tidak semua orang mampu memberi dalam bentuk harta atau projek besar. Namun setiap orang sebenarnya ada ruang untuk memberi — melalui masa, ilmu, pengalaman, atau perkongsian yang ikhlas.

Saya selalu merasa kerdil kerana merasakan betapa kurangnya jasa kepada negara, kepada agama juga kepada masyarakat. Namun artikel hari ini ialah untuk anda yang sentiasa berusaha menjadi baik, insya Allah usaha anda sangat tinggi di sisi Allah walaupun ianya sangatlah kecil.

Memberi Manfaat Menjadikan Hidup Lebih Bermakna

Apabila kita melakukan sesuatu yang memberi manfaat, hidup terasa lebih bernilai. Penat yang dilalui tidak terasa sia-sia, kerana kita tahu ada kebaikan yang terhasil daripadanya.

Kadang-kadang, sekadar:

  • berkongsi peringatan
  • menulis pengalaman hidup
  • atau membantu orang lain memahami sesuatu

sudah cukup untuk memberi kesan kepada hati orang lain.

Dan selalunya, hati kita sendiri yang paling awal merasai ketenangan itu.

Manfaat Kecil Yang Berterusan Boleh Menjadi Amal Jariah

Kebaikan tidak semestinya besar untuk dinilai tinggi. Dalam Islam, sesuatu amalan itu dinilai berdasarkan keikhlasan dan kesannya, bukan pada saiznya.

Perkongsian kecil yang memberi kesedaran, peringatan ringkas yang mengubah cara fikir seseorang,
atau ilmu yang terus diamalkan oleh orang lain, semuanya berpotensi menjadi amal yang berpanjangan.

Antara Perkara Yang Memberi Manfaat Kepada Saya: Aplikasi Qalby

Antara perkara yang memberi manfaat kepada saya dalam kehidupan seharian ialah penggunaan aplikasi Qalby. Bukan kerana ia sempurna atau lengkap untuk semua perkara, tetapi kerana ia memudahkan saya untuk terus dekat dengan agama dalam keadaan hidup yang sibuk.

aplikasi qalby
Paparan Qalby


Perkongsian Harian Yang Datang Secara Automatik

Salah satu perkara yang saya hargai ialah perkongsian harian yang disediakan secara automatik.
Kadang-kadang, kita tidak sempat mencari peringatan, tetapi peringatan itu hadir sendiri.

Daripada perkongsian inilah, saya sering kongsi semula di status WhatsApp, dengan harapan orang lain juga dapat manfaat walaupun sedikit.

Perkongsian harian yang sangat bermanfaat sama ada dari ayat Al-Quran, hadis sahih atau kata-kata motivasi


review aplikasi Qalby
Anda boleh kongsikan perkongsian ini kepada platform lain

aplikasi qalby
Sebenarnya saya sangat suka kongsikan di status Whatsapp

Membantu Istiqamah Dengan Doa Dan Bacaan Pagi

Saya juga mengamalkan doa dan bacaan pagi melalui aplikasi ini.
Ia membantu saya untuk lebih konsisten, terutamanya pada hari-hari yang padat dan tergesa-gesa.

Apabila doa sudah tersedia dan mudah dicapai, alasan untuk menangguhkan amalan juga semakin berkurang.

review aplikasi Qalby
Saya amalkan doa pagi yang dibaca semasa waktu Subuh - Dhuha, ikut mana yang sempat

Mengetahui Event Dan Aktiviti Ilmiah

Kadang-kadang saya melihat event atau aktiviti terkini yang dipaparkan. Walaupun tidak semua dapat disertai, sekurang-kurangnya saya sedar bahawa masih ada ruang untuk belajar dan menambah ilmu.

Ia memberi rasa bahawa kita tidak terputus daripada komuniti dan perkembangan ilmu, walaupun dari rumah.

Rujukan Waktu Solat Dalam Keadaan Tertentu

Untuk waktu solat pula, saya juga merujuk melalui aplikasi ini — terutamanya apabila:

  • jam azan tiada berdekatan
  • atau terlupa memakai jam tangan solat

Sekurang-kurangnya ada rujukan yang memudahkan, tanpa perlu membuka terlalu banyak aplikasi lain.

Setiap Aplikasi Ada Peranannya

Untuk mengaji Al-Quran, saya secara peribadi menggunakan aplikasi Al-Quran tafsir dan by word, kerana ia lebih sesuai dengan cara saya memahami dan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran.

Bagi saya, tidak semua perkara perlu dihimpunkan dalam satu aplikasi. Yang penting ialah kita tahu apa yang membantu kita untuk istiqamah, dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Refleksi: Apabila Rasa Diri Ini Kecil

Terus terang saya akui, ada masa saya rasa cemburu melihat orang lain yang mampu membina aplikasi, menulis buku, dan menyebarkan ilmu kepada ramai orang.

Sedangkan saya pula, hanya mampu melakukan sedikit sekadar berkongsi tulisan, pengalaman, dan peringatan ringkas.

Namun saya cuba menenangkan hati sendiri.

Bahawa amal tidak diukur dengan seberapa ramai yang melihat, tetapi sejauh mana usaha itu dilakukan dengan ikhlas kerana Allah.

Walaupun kita rasa diri ini jauh tertinggal di belakang, Allah tetap melihat usaha yang kita lakukan, dan sesuatu yang kecil di mata manusia boleh jadi besar nilainya di sisi Allah.

Teruskan Berbuat Baik Dengan Apa Yang Mampu

Kita tidak perlu menunggu menjadi hebat untuk berbuat baik. Apa yang kita ada hari ini sebenarnya, walaupun sedikit sudah cukup untuk dimanfaatkan.

Teruskan berbuat baik dan ikhlas terhadap apa yang kita lakukan, bukan kerana pujian, bukan kerana pandangan manusia, tetapi semata-mata mengharapkan redha Allah.

Kerana setiap kebaikan yang ikhlas, tidak pernah sia-sia di sisi-Nya.

Catat Ulasan

0 Ulasan