Aktiviti & NGO – Dari Rumah, Untuk Ummah
Saya aktif menyumbang masa dan tenaga sebagai aktivis komuniti. Dalam peranan kecil saya sebagai suri rumah, saya yakin setiap dari kita mampu memberi nilai – melalui ilmu, usaha dan kasih sayang.
Antara organisasi dan program yang saya terlibat secara aktif:
Yayasan Ummi Malaysia (YUM)
Bertindak sebagai urusetia sepanjang program TOTIQ berlangsung. Membantu peserta dan pengurusan teknikal untuk memudahkan penyampaian ilmu al-Qur’an.
Akademi Sinergi (AS)
Berganding bahu semasa menguruskan TOTIQ 4, dan menjalankan program bengkel Amazing bersama Ustaz Ambya.
Alumni TOTIQ (TOTIQ TV)
Terus komited dalam mengembangkan konsep BDQ, SKDA dan HTE kepada alumni TOTIQ dan peserta TOTIQ 4 melalui aktiviti alumni dan sokongan berterusan.
Amal Till Jannah (ATJ)
Sebuah NGO infaq, sedekah dan waqaf.
Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR)
Inisiatif menyatukan suri rumah Malaysia dalam komuniti yang menyokong, membimbing dan membina keyakinan diri. Aktif dalam kempen dan program inspirasi wanita.
Moga usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat saya dan awak yang turut menyokong. Barakallahu lakunna
0 Ulasan