servis

Servis Saya – Digital Setup & Kandungan

Assalamualaikum dan salam hormat.

Saya Emme Marina, seorang suri rumah yang bekerja dari rumah sebagai penulis dan pengurus kandungan digital. Saya membantu usahawan kecil, bisnes rumah dan NGO membina kehadiran digital secara berperingkat — dengan kos yang munasabah dan langkah yang mudah difahami.

Fokus saya bukan sekadar menyiapkan tugasan, tetapi membantu anda memahami sistem, mengurus sendiri dan berkembang secara realistik.

Bentuk Khidmat Yang Ditawarkan

Penulisan Blog & Artikel SEO
Artikel blog mesra Google (SEO) dengan gaya santai, jujur dan mudah difahami. Sesuai untuk blog produk, dakwah, parenting dan personal branding.

Pengiklanan Produk di Blog emmemarina.com
Pengenalan produk atau servis melalui artikel, review, banner atau pautan terus ke WhatsApp / platform jualan. Trafik daripada pembaca niche Islamik dan suri rumah.

Setup Website Blogspot / Blog Jualan
Setup blog daripada kosong termasuk menu, halaman penting dan artikel awal. Susunan sesuai untuk jualan melalui WhatsApp, katalog atau sistem ejen. Panduan asas disediakan selepas siap.

Setup Sistem OnPay + WhatsApp
Setup borang jualan produk digital atau fizikal, integrasi WhatsApp dan autoresponder asas. Sesuai untuk kelas online dan bisnes ejen.

Bina & Urus Facebook Page
Setup Facebook Page dari awal termasuk gambar, bio dan tetapan asas. Beberapa konten permulaan disediakan bagi membantu konsistensi branding.

Setup Google Business Profile (GBP)
Pendaftaran dan lengkapkan profil bisnes di Google termasuk servis, info WhatsApp dan panduan asas pengurusan.

Cara Kerja & Pendekatan

Setiap kerjasama bermula dengan perbincangan ringkas bagi memahami keperluan sebenar. Saya tidak menawarkan pakej segera atau janji hasil yang berlebihan. Kadar bayaran ditentukan berdasarkan skop dan kemampuan.

Keutamaan saya ialah kerja yang jelas, beretika dan membantu anda berdikari dalam jangka panjang.

Hubungi Saya

Jika ingin berbincang atau bertanya lanjut, anda boleh hubungi saya secara terus melalui WhatsApp.

Hubungi Saya (WhatsApp)

InsyaAllah saya bantu setakat yang mampu, dengan niat agar usaha kecil ini menjadi jalan rezeki dan kebaikan bersama.

Catat Ulasan

0 Ulasan