Showing posts with label NGO Amal till Jannah (ATJ). Show all posts
Showing posts with label NGO Amal till Jannah (ATJ). Show all posts

Program Infaq NGO AmaltillJannah 2022

 Bismillah. Apa kabar semua? Tahun ini azam baru meneruskan misi sukarelawan bersama NGO Amal till Jannah. Sedar tak sedar ya sudah lebih 5 tahun bersama mereka. Kagum dengan kegigihan founder NGO Amal till Jannah, Rohsamila Yusuf atau kami panggil beliau kak Sya@Rosya. Beliau bergerak aktif dalam program Sedekah Jumaat dan Sedekah Tahlil di mana kami menyampaikan infaq dalam bentuk makanan buat sesiapa sahaja dan pelbagai program. 


Sedekah Jumaat iaitu meraikan para tetamu sama ada di rumah anak yatim, asnaf, ibu tunggal, RnR, frontliners atau gelandangan mahupun sesiapa sahaja yang kami raikan termasuklah para jemaah solat Jumaat di masjid-masjid. Sedekah Tahlil pula meraikan majlis makan malam diiringi dengan majlis bacaan Yasin dan Tahlil buat ahli ATJ yang tanpa jemu berinfaq bersama Amal till Jannah. 


Kami pernah ada menjalankan program Usahawan, Gelandangan, Tajaan Pelajar ke Luar Negara, Tajaan Umrah, Waqaf Telaga, Waqaf Quran, Waqaf Kerusi Roda di Mekah/Madinah, Back to School dan banyak lagi. Semuanya dikendalikan oleh kak Sya manakala kami hanyalah membantu dari luar. 


Alhamdulillah, NGO Amal till Jannah baru sahaja menutup tirau program bulanan tahun 2022 dan kami buka semula untuk tarikh tahun ini. 


Nak tahu apa program kami tahun ini?

Baca sini :- https://www.amaltilljannah.com/2022/01/program-infaq-bulanan-amal-till-jannah.html








Sedekah Jumaat - Beri Makan Pada Anak-Anak Yatim dan Tahfiz

 Assalamualaikum semua, jarang saya update perkembangan dan aktiviti harian, mingguan, bulanan atau bermusim dari NGO Amal till Jannah dari Puan Rosya. Terkilan juga di hati, bila saya tidak update buat informasi umum. NGO ATJ tidak besar, tidak famous tetapi kami sudah bersama lebih dari 6 tahun. Kak Sya sendiri sudah menguruskan semua program dan aktiviti ini seorang diri bersama keluarga lebih dari 6-7 tahun. Allahu akbar, betapa kuatnya beliau dan saya sangat bersyukur dalam bersahabat bersama beliau.


Sedekah jumaat merupakan aktiviti mingguan di mana ATJ akan meraikan anak-anak yatim, asnaf, masjid even di RnR dengan memberi makanan.


Hari ini saya update aktiviti ATJ pada 18 December 2021. Terima kasih kak Sya kerana tanpa henti berbakti dan beramal dan tahniah saya ucapkan kepada semua penginfak yang tanpa henti menyokong NGO Amal till Jannah.




bingkisan SEDEKAH JUMAAT ☺️ sumbangan 30 pek nasi ayam ke madrasah darul rahmah, Kg. Dato' Abu Bakar baginda.

Kebanyakan rumah anak2 yatim dan tahfiz kini anak2 cuti☺️

Alhamdulillah syukur semalam dapat saya arrangekan hantar ke Tahfiz Darul Rahmah yg masih ada anak2 tahfiz di sana☺️

Semalam juga hujan sepanjang hari di tempat saya..syukur dapat arrangekan pergerakan semalam☺️

Jazakallah Khairan kepada semua jemaah ATJ yg istiqomah dalam program mingguan kita setiap Jumaat 😍semoga syurga Jannatul Naim Allah anugerahkan..amin - Puan Rohsamila (Rosya)

 

Jadikanlah Sedekah Suatu Amalan Hidup di Dunia

Berinfaklah ketika sesak. Berinfaklah ketika senang. Berinfaklah ketika sakit. Berinfak ketika berurusniaga dengan Maha Pemberi. Sesungguhnya sedekah itu tidak mengurangi harta, tetapi menambah keberkatan rezeki hambaNya.Jadikanlah Sedekah Suatu Amalan Hidup di Dunia


Ditulis dalam al quran iaitu;


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَاَ نْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰۤى اَجَلٍ قَرِيْبٍ  ۙ فَاَ صَّدَّقَ وَاَ كُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ
wa angfiquu mimmaa rozaqnaakum ming qobli ay ya-tiya ahadakumul-mautu fa yaquula robbi lau laaa akhkhortaniii ilaaa ajaling qoriibing fa ashshoddaqo wa akum minash-shoolihiin

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh "."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 10)

* Via Al-Qur'an Melayu https://quranmelayu.com


Bersedekah tidak mudah. Saya pernah alami di mana saya bertanya perlu ke aku bersedekah sedangkan harta ku tidak banyak? Betul ke orang ni memerlukan bantuan kewangan? Scammer ke. Sendiket ke? Banyak negatif dan alasan untuk meneruskan sedekah. Allahu rabbi jahilnya saya ketika tu. Sehinggalah saya mula mencari Allah. Mencari erti kehidupan di dunia yang singkat ni. Saya bertemu dengan NGO Amal till Jannah. Saya mula bersedekah walaupun nilainya hanya RM10.


Setiap order yang saya terima, saya tolak 1% masuk ke tabung infak/ waqaf Amal till Jannah. Dan Allah Maha baik, ditambah rezeki perniagaan saya sedikit demi sedikit. Sehingga kini, rezeki Allah jaga. Baik sedekah dan wajib berzakat. Kalian tunaikanlah.



Bulan Ramadhan bulan keberkatan. Bulan tamak pahala. Kumpul saham akhirat tapi kalau boleh, jadikan lah setiap hari sebagai hari tamak pahala. Bila sudah tahu betapa besarnya manfaat menjadikan sedekah sebagai amalan dalam hidup kita insha Allah. Insha Allah, hidup kita akan jadi lebih berkat.


Kumpul RM1 sehari menjadikan sebulan RM30 sebagai saham sedekah anda. Tak susah Insha Allah. Jika boleh fikir nak menabung bulanan untuk dunia apa kata tambahkan RM1 tuk akhirat. Kalian pasti boleh.


Nak tahu lebih lanjut mengenai NGO amal till jannah? Kalian boleh layari, https://amaltilljannah.com