Wednesday, August 19, 2015

Apa itu Kencing Manis@ Diabetes Melitus?

Publish on : Wednesday, August 19, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google

diabetes
Penyakit Kencing manis ataupun bahasa enggerisnya dikenali sebagai "diabetes melitus" merupakan salah satu penyakit yang kian membimbangkan di seluruh negara, khususnya negara Malaysia. Negara Malaysia terkenal dengan pelbagai etnik, makanan yang enak dan unik merupakan tarikan yang amat menarik mana-mana pengunjung untuk datang ke Malaysia. Malangnya, kebanyakkan makanan Malaysia merupakan makanan yang tidak menjaga kesihatan secara menyeluruh, ianya penuh dengan kolestrol, lemak dan kandungan gula yang tinggi. Pola pemakanan yang tidak sihat ini, apabila diamalkan secara berlebihan ia mengundang pelbagai penyakit, dan penyakit kencing manis merupakan salah satu darinya. 

Menurut statistik, di Malaysia sahaja, 1 daripada 6 orang dewasa berpotensi mempunyai penyakit kencing manis. Bayangkanlah betapa mudahnya penyakit ini menyerang rakyat Malaysia.
diabetes kencing manis di malaysia

Apa itu Kencing Manis? Tahukah anda? Atau mungkinkah anda juga sebenarnya sedang mengalami masalah ini tanpa anda sedari? Mari kita cuba selami apa itu kencing manis, punca dan gejalanya serta perkara yang berkaitan dengan penyakit kencing manis ini. 

Pada entri ini, saya akan kupaskan beberapa perkara penting yang perlu kita tahu mengenai penyakit kencing manis ataupun "diabetes melitus". Jangan risau saya akan cuba ringkaskan setiap info ini supaya mudah difahami ya.

  1. Apa itu Kencing Manis?
  2. Jenis Kencing Manis?
  3. Simptom Kencing Manis

Apa itu Kencing Manis?

Penyakit Kencing Manis atau "Diabetes Melitus" adalah penyakit kronik di mana keadaan paras gula (glukosa) di dalam darah adalah tinggi sama disebabkan oleh kekurangan hormon insulin atau keberkesanan insulin itu sendiri berkurangan. 

Apa itu Hormon Insulin?

  • Hormon insulin dihasilkan oleh organ pankreas
  • Insulin berfungsi mengawal keseimbangan glukos dalam badan kita dengan membantu pergerakan glukosa dari darah ke dalam sel.
  • Jika anda merupakan pesakit Kencing Manis, glukos tidak mampu memasuki ke dalam sel, maka ianya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras gula (glukosa) yang tinggi.

Apa itu Glukosa?

  • Glukosa adalah gula dalam darah.
  • Glukosa adalah gula ringkas yang berfungsi memberi tenaga (kalori) pada badan manusia. Glukosa adalah monosakarida iaitu gula ringkas terkecil dalam kumpulan karbohidrat.
  • Tubuh membuat glukosa daripada karbohidrat, lemak dan juga protein.
  • Glukosa akan dihantar ke setiap sel melalui aliran darah. Namun, sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukosa tanpa bantuan hormon Insulin.
  • Sumber karbohidrat = Nasi, roti, mee, gula, minuman manis atau makanan yang manis dan banyak lagi.
diabetes kencing manis

Jenis Kencing Manis

Terdapat 4 jenis tahap Kencing Manis yang perlu kita ketahui iaitu:

  1. Kencing Manis Jenis 1
  2. Kencing Manis Jenis 2
  3. Kencing Manis semasa Mengandung
  4. Kencing Manis akibat Keturunan dan lain-lain

Kencing Manis Jenis 1

Kencing Manis Jenis 1 atau dikenali sebagai "Diabetes Mellitues Type 2". Kencing Manis Jenis 1 ini berpunca daripada kegagalan penghasilan Insulin oleh organ pankreas. Biasanya, penghidap penyakit kencing manis jenis 1 ini mula mendapat simptom penyakit seawal kanak-kanak atau remaja. (Awal bukan?)

Disebabkan oleh kegagalan organ pankreas menghasilkan insulin, pesakit ini perlu mendapatkan rawatan suntikan insulin dari luar bagi mengawal tahap glukosa di dalam darah. Penyakit kencing manis jenis 1 ini bukanlah berpunca dari pemakanan atau kegemukan. Tetapi dikatakan berpunca daripada sistem imunisasi badan pesakit itu sendiri yang menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri. 

Kencing Manis Jenis 2

Kencing Manis Jenis 2 boleh dikatakan secara mudahnya ialah diakibatkan oleh pola pemakanan dan rentak gaya hidup pesakit itu sendiri. Ianya boleh dikawal namun jika tidak dijaga dengan baik tetap akan menjadi simptom penyakit kronik yang sukar diubati.

Kencing Manis Jenis 2 ini boleh disebab oleh:

1. Masalah kerintangan insulin dimana berlaku penurunan sensiviti tisu badan terhadap hormon insulin.

2. Masalah penghasilan insulin yang berkurangan. Bagi masalah ini, insulin masih lagi boleh dirembeskan oleh organ pankreas, jadi ianya masih boleh dikawal dengan memantau diet pemakanan, menurunkan berat badan, menjalani aktiviti sihat dan melalui pengambilan ubat atau suntikan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 ini sangat berkait rapat dengan beberapa faktor seperti:

  • Masalah peningkatan berat badan atau kegemukan
  • Kekurangan aktiviti fizikal.
  • Pola pemakanan yang tidak seimbang iaitu pengambilan gula secara berlebihan
  • Merokok

Kencing Manis semasa Mengandung

Kencing Manis juga boleh dihadapi semasa anda mengandung/hamil. Ianya sangat berkait rapat dengan ibu mengandung yang tidak mengawal pemakanannya, seorang yang kuat makan, gemuk ataupun mempunyai salasilah keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis.

Bagi ibu mengandung, kencing manis ini dikawal dengan kaedah rawatan suntikan insulin bagi menurunkan paras gula dalam darah agar ia tidak memberi kesan sampingan kepada bayi di dalam kandungan. 

Bagaimana dengan kadar penyembuhan bagi pesakit kencing manis semasa mengandung ini? Didapati 90-95% wanita mengandung ini akan kembali sembuh seperti sediakala, namun ada sebahagian kecil 5-10% wanita ini akan terus menghidapi penyakit ini dan harus menerima rawatan selanjutnya. Malah, ibu mengandung yang pernah disahkan penyakit ini juga turut memiliki risiko kembalinya Kencing Manis ini jika tidak dijaga dengan baik, peratusan risiko sebanyak 20-50% mengidap kembali penyakit ini bagi 5-10 tahun akan datang.

Kencing Manis Keturunan atau Lain

Selain dari jenis-jenis Kencing Manis diatas, penyakit kencing manis ini boleh diwarisi secara keturunan atau faktor genetik. Selain itu, antara sebab lain ialah kerana pembedahan, kekurangan zat makanan, jangkitan dan komplikasi penyakit lain yang berkait rapat. Setakat ini, 1-5% faktor punca penyakit kencing manis ini sahaja yang berjaya dikenal pasti.

Simptom Kencing Manis




Di bawah ini adalah gejala kencing manis yang kerap dialami oleh pesakit. 
  • Kerap Kencing Siang Dan Malam (Polyuria)
  • Rasa haus atau dahaga sangat (Polydipsia)
  • Kuat Makan tapi cepat lapar (Polyphagia)
  • Terasa Letih yang teruk dan kurang tenaga
  • Berat badan yang turun mendadak
Kadang kala, pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala.
Ada juga pesakit yang datang dengan simptom atau tanda komplikasi Kencing Manis seperti:
  • Penglihatan semakin kabur. Disebabkan oleh Retinopathy
  • Rasa kebas pada tangan dan kaki . Disebabkan oleh Neuropathy
  • Luka yang terlalu lama dan tidak sembuh
  • Jangkitan kulit seperti seperti jangkitan kulat atau bakteria
Semoga info ini dapat membantu anda semua yang disyaki menghidap Penyakit Kencing manis atau mana-mana saudara terdekat yang turut mengalami masalah Kencing Manis ini.

**Jika anda sedang mencari gula asli bagi menggantikan gula pasir, anda boleh cuba Gula sihat stevia yang mempunyai kosong kalori, kosong karbohidrat. Gula ini mempunyai rasa manis seakan gula pasir dan tidak akan memudaratkan paras gula di dalam darah anda, malah ianya mampu menstabilkan dan memulihkan penyakit anda. In Shaa Allah. Sila klik link di bawah untuk keterangan lanjut atau hubungi saya di talian 018-9100852.

Gula Sihat pengganti Gula Pasir -->SINI






No comments:

Post a Comment