Sunday, March 06, 2016

Belajar di Kelas Asas Blog Bagaimana Marketingkan Kedai Online Blog Kalian

Teks: Emme Marina Mohamad

Sudah berbulan rasanya saya kurang update dan beriklan di facebook. Jika ada, saya lebih tertumpu kepada pengiklanan di beberapa buah grup facebook. Ternyata rakan yang ramai di facebook dan trending terkini apabila beriklan di facebook profile tidak sesuai buat saya masa kini. Bukan apa, menjadi surirumah sambil berbisnes dengan anak kecil. Dengan hiruk pikuk, dengan pelbagai tugasan rumah yang lain menyebabkan saya kurang mendapat perhatian apabila beriklan di facebook.

Penggunaan masa yang sesuai, penggunaan kata yang menarik apabila beriklan agak sukar untuk saya cakna dengan keadaan buat masa ini. Sebab itulah marketing yang saya gunakan ialah berblog dan instagram sahaja.

Beza besar apabila kita membuat kedai online di facebook, blog dan instagram. Persamaannya ialah kesemua ini memerlukan konsitensi sebagai peniaga yang aktif. Setuju bukan? Bayangkan anda membeli produk dengan orang yang tidak aktif update, ataupun anda lihat kali terakhir dia post mengenai produk ialah tahun lepas, anda akan jadi kurang yakin tentang kewujudan perniagaan tersebut.

Beriklan di facebook memerlukan perhatian yang sangat khusus dan aktif. Manakala di blog, anda tidak perlukan perhatian sebegitu. Cukuplah Seminggu 3 ke 5 entri di blog. Walaupun bukan mengenai produk jualan anda tetapi ia menunjukkan anda masih ada di talian tersebut. Berceritalah mengenai catatan harian kalian, info lain berkaitan produk, catatan bisnes. Ini amat bermakna bagi meraih kepercayaan pelanggan kepada diri kita.

Surirumah bukanlah setiap masa ada masa lapang atau 24 jam handphone di tangan. Ada masanya berjam-jam baru dapat pegang handphone itu. Walaupun demikian bergantung kepada situasi anda sebagai surirumah, surirumah tanpa anak ka, surirumah anak sudah besar ka, atau pun surirumah yang memiliki anak yang ramai tapi masih kecil. Walaupun status "surirumah" itu sama, tetapi skop kita semua berbeza.

Sejak mengambil kelas asas blog di akademi bekerja di rumah, perniagaan saya lebih stabil dan pelanggan lebih ramai datangnya dari blog. Berbanding facebook, saya perlu bekerja keras hingga adakalanya mengabaikan tanggungjawab yang sebenar. Setiap masa tertumpu pada facebook benar-benar mengambil masa saya. Kasihan anak bukan? Walaupun ada masanya saya menggunakan khidmat post secara automatik di facebook, namun setiap masa saya harus check status iklan saya sama ada pelanggan ada atau tidak. Berbeza beriklan di blog, pelanggan yang akan menghubungi anda, ini merupakan rezeki paling berharga kerana mereka yang memerlukan produk mahupun khidmat anda akan terus menghubungi kalian.

Ada beberapa persoalan mengenai tapak niaga di blog, antara yang paling popular ialah:-

Soalan: Adakah beriklan di blog percuma?
Jawapan: Ya, membuat blog adalah percuma.

Soalan: Bolehkah saya update entri/menulis blog dari handphone?
Jawapan: Tentu sahaja boleh. Ada beberapa applikasi android yang boleh anda install dan kemudian gunakan untuk menulis di blog.

Soalan: Adakah apabila beriklan di blog terus dapat pelanggan?
Jawapan: Ini adalah soalan paling favret sebenarnya, tapak niaga tetap perlu diiklankan kepada orang ramai dan pelanggan perlu mengetahui kewujudan kalian sebagai peniaga. Maka ada beberapa perkara penting yang perlu anda pelajari sebelum membina kedai blog yang kukuh. Anda boleh pelajari semua langkah, ilmu serta bagaimana menjadikan blog anda sebagai blog carian utama di dalam kelas asas blog akademi bekerja di rumah.

Soalan: Adakah kelas asas blog percuma?
Jawapan: Tidak. Kelas ini memerlukan yuran. TETAPI, anda bakal belajar dan mendapat ilmu dari cikgu berpengalaman dan terlatih ini bukan sahaja sekali tetapi sepanjang hayat. Walaupun anda sudah habis belajar di kelas, anda tetap mendapat bimbingan secara percuma. Kos yuran juga tidak terlalu membebankan dengan pakej-pakej dan bonus bisnes serta pengurusan bisnes sama ada sebagai surirumah ataupun bukan surirumah. Kelas ini untuk semua orang yang mahu berniaga tetapi tidak tahu cara marketing di blog.

Soalan: Kelas dijalankan di mana?
Jawapan. Alhamdulillah, kelas asas blog ini dijalankan secara online sahaja di facebook. Anda tidak perlu hadir ke kelas, tidak perlu bazir wang tambahan, hanya ikut sahaja tugasan yang cikgu berikan dan semuanya ditunjukkan satu per satu sehinggalah kalian mahir menggunakannya.


Mudah sahaja bukan mengambil kelas asas blog di akademi bekerja di rumah?
Mahu tahu lebih lanjut mengenai pakej kelas?

Klik link ini ya --> http://emmemarinamohamad.blogspot.my/p/kelas-online-asas-blog-penulisan-dan.html




Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

No comments:

Post a Comment