Thursday, May 26, 2016

Sambutan Hari Jadi Buah Hati 3 Serangkai

Publish on : Thursday, May 26, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bila sampai sahaja hari jadi Qisya tahun ini. Maka disambutlah bersama dua orang besday girl and boy sekaligus.

Pada bulan April, ialah hari jadi si kecil iaitu Qaireen Alisha manakala pada awal bulan Mei ialah hari lahir suamiku pula. Dan akhirnya pada 26 Mei hari lahir Qisya.

Jika mahu menyambut semuanya sekaligus dengan kek, Ya Allah mahu muak kami dibuatnya kan?

Jadi kami pilih salah seorang dari ketiga ini untuk dijadikan satu sambutan. Pada mulanya saya mahu menyambut semasa hari jadi suami, tetapi berlaku sesuatu yang menyedihkan dan kami akhirnya di hospital sepanjang hari. Maka saya tangguhkan untuk tunggu pula hari jadi Qisya.

Alhamdulillah.

Sambutannya kecil kecilan sahaja. Hanya makan diluar dan membeli sebiji kek. Itupun kek hari jadi 500g. Cukuplah kerana ianya hanyalah satu simbolik penghargaan buat mereka semua.

Yang paling penting, kita saling mengingati. Saling mengucapkan dengan penuh kasih sayang.

Selamat hari lahir buat Qaireen, papa dan Qisya!

Sayang kamu bertiga sehingga akhir waktuku di dunia ini.

No comments:

Post a Comment