Selamat Hari Jadi Puteri Qisya Adelia

Assalamualaikum...

Berkesempatan untuk meraikan bersama pembaca.. cewah.
.
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kami anak beranak. terima kasih Allah kerana kami masih bernafas hari ini untuk terus bersama dan mensyukuri nikmatmu.

Tanggal 26 Mei merupakan hari paling roket semasa kelahiran anak kedua saya ini. Teringat lagi semasa di dewan bersalin, HTAA. Doktor cek bukaan baru sahaja 5cm ketika itu, semasa itu kesakitan tidak terlalu terasa bagi saya. Sempat berbual bersama suami. Alhamdulillah juga Allah temankan suami bersama saya semasa detik kelahiran Qisya.

Sedang berbual dengan suami selepas doktor cek pembukaan jalan, tiba-tiba terasa begitu kuat tekanan sehingga saya terus mahu meneran. Masa itu lebih kurang 5 ke 10 minit dari 5cm pembukaan jalan bersalin, "Doktor, saya nak teran ni!" Saya jerit.

Teringat lagi doktor tu membalas, "eh jangan teran, belum lagi tu"

Sakitnya ya amat... "Saya nak teran dah ni doktor... sakit".

Terus berlari doktor tu mendapatkan saya dan bila dicek semula jalan bukaan sudah pun 10cm atau pun fully open untuk bersalin sepenuhnya. Ya Allah, bayi apakah ini. Disebabkan terlalu tiba-tiba dan sakit yang amat sangat ketika itu. Saya tidak dapat menetapkan posisi selamat untuk meneran..

Masya Allah, terus sahaja teran dan terangkat punggung. Maka dengan izin Allah lahirnya anak kedua saya, anak perempuan lagi, kata suami.

Tidak sampai beberapa minit, terdengarlah suara tangisan dan dengan tidak semena nurse bising, "kenapa awak angkat punggung.. kan dah koyak"

Huh..

Huh..

Maafkan saya doktor dan nurse. Situasi yang terlalu cepat dan pantas itu membuatkan saya tidak dapat fikir secara logik mengikut keadaan semasa.

Lahirlah bayi comel yang amat putih dan halus tubuh badannya. Walaupun kini sudah hitam dek bermain di tengah hari.

Selamat hari jadi ke 4 tahun buat anak mama. Semoga Allah melindungi kamu dan sentiasa berada di jalan Nya yang lurus. Di mana jalan Allah, di situlah mama doakan kamu.

Amin ya rabbil alamin.

Catat Ulasan

0 Ulasan