Alhamdulillah. Sesi menjahit bawah tudung akhirnya berjaya juga dilakukan.
Bukan siap jahit tudung ya. Maaf, saya hanya pengguna sahaja. Belum sampai lagi rezekinya untuk jadi pembuat tudung labuh. Hanya mampu membeli dari pembekal dan pengeluar tudung labuh.
.
Memandangkan muka kecil sahaja (ekekeke), semua size muka tudung adalah besar belaka. Jadi bagi menjimatkan pemakaian pin lalu bermulalah episode menjahit bawah muka tudung. Alhamdulillah, selepas ini lebih senang memakainya dan tidak perlu sibuk lagi mencari pin yang selalu hilang.
.
Melihat koleksi tudung labuh dari Melissa dan Ayra Instant Shawl ini mengingatkan saya ketika zaman muda sebelum saya berhijrah ke tudung labuh,
Abah pernah kata pakailah tudung labuh macam mak emme..
saya ingat lagi saya jawab.. "tak naklah bah, tak ready.. macam besar sangat jee".
Lagi-lagi apabila jeling mak, memang mak pakai nampak labuh sangat. Mana tidaknya tinggi emak, 150cm sedangkan kita 159cm.
Tetapi bila encik hubby dah bagi hint dan pada masa sama tergerak hati nak berhijrah.
Baru kini saya tahu..
Rupanya Allah sayang sangat pada kita yang bertudung labuh ni.
Sarung je tudung labuh pertama saya
Instant shawl ayra ketika tu..
Masya Allah..
Rasa tenang dan selamat..
Seolah-olah dilindungi oleh Allah dari rasa insecure tauu.. seriusly..
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah..
.
#instantshawllabuh
#hijrahmuslimah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan