Soal Jawab: Gula Pasir Faktor Utama Penurunan dan Kenaikkan Gula dalam Darah?

Teks: Emme Marina Mohamad

bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum para pembaca, pagi-pagi buka grup whatsapp rcc stevia ada satu soalan mengenai pengalaman gula stevia ni.

Jika dibaca soalan tuan yusuf di atas, katanya apabila kita sudah tidak amalkan gula pasir patutnya terus ada penurunan kandungan paras gula dalam darah.


Alhamdulillah, bagus juga soalan ini. Kita kupas sama-sama ya.


Ini sebenarnya salah faham terbesar tentang gula pasir.


Soalan:

[22/03 09:09] ‪+60 19-954 5259‬: Mohon bantu saya manjawab persoalan sahabat FB saya Tn Yang Arif Yussof Ahmad di atas..👆🏽..tkasih

Jawapan:

[22/03 09:16] Emme Marina Mhd: Gula tak diperlukan oleh badan kita sebenarnya. Gula yg dproses dlm bdn diperoleh oleh makanan karb ringkas spt nasi, roti, etc.. jika dh bertukar, namun pemakanan lain adalah lebh.. ttp tidak mengurangkan apa2.. cth 1 pinggan bersamaan 12 sudu teh gula. Jika selama ni pun amalkan gula hanya dlm manisan/air, kesannya tidak akan segera. Sebab tu kita ada alternatif minum 3552 atau 15 titik dalam 2ltr. 15 titik dlm 3ltr bgi yg obese. Lambat atau celat bergantung cara amalan pemakanan. Gula pasir selama ni hnyalah gula tambahan shj. Gula ada dlm buah, makanan dll.

[22/03 09:18] Emme Marina Mhd: Mereka ni byk salah paham ttg GULA PASIR la yg bagi tenaga, atau DIPERLUKAN badan. berbanding stevia, gula pasir ni diproses dhulu brulah manusia kenal apa itu gula pasir kan... kalau x sebagai tebu je.. camne nak buek air pakai tebu? stevia plak.. rendam je dlm air dah manis. Cuba fikirkan..


Secara ringkas, pembentukan gula pasir kristal terjadi dari pemprosesan tebu. Melalui pelbagai proses dan akhirnya terbentuklah sejenis gula yang dikenali "sugar cane" atau gula pasir. Gula ini telah kehilangan zat asas dari sumber utama iaitu tebu, dan tinggal hanyalah kemanisan dan ph asid yang sangat tinggi.

Gula pasir Juga tidak boleh dicernakan dengan mudah, dan tinggal di dalam darah apabila gula ini melebihi kadar gula yang sepatutnya diproses oleh sistem badan bertukar menjadi tenaga.

Kenapa ini terjadi ya?

Ini kerana tenaga yang ditukarkan oleh badan bukanlah datang dari gula pasir. Makanan ruji kita seperti nasi, roti, tepung serta karbohidrat ringkas ini apabila dihadam, akan ditukarkan menjadi GULA.

Faham ya?

Sebab itulah, pakar nutrisi dan pemakanan berkata, gula tidak pernah diperlukan oleh badan. Ianya hanyalah perasa kepada makanan.

Rasa manis.

Maka, perlukah kita masih inginkan kemanisan yang memudaratkan ini? Sedangkan Allah telah datangkan kepada kita sejenis tumbuhan yang manis, apabila diproses menjadi gula ianya tidak mendatangkan mudarat malah sangat menyihatkan tubuh badan kita.

Ya, gula dari pokok stevia.


Oleh itulah, saya di sini. Saya berharap agar lebih ramai rakyat malaysia celik kesihatan dan lebih mengetahui makanan manis mana yang lebih baik.

Stevia atau racun gula putih?



Catat Ulasan

0 Ulasan