Diari Catatan Surirumah Menjana Pendapatan hanya Melalui Blog

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kandungan selamat dan sihat. Sudah pun berusia 28 minggu pada minggu ni. Walaupun ada sedikit kerisauan mengenai uri yang menutup laluan peranakan tetapi masih awal untuk membuat sebarang keputusan. Kita doakan agar uri naik dan kepala bayi di laluan agar dipermudahkan urusan bersalin ya.. insha Allah

Hari ini seperti hari-hari biasa. Ada sahaja pelanggan baru dari website@blog dms360 yang menghubungi saya.

Sama ada untuk membuat tempahan, konsultasi mengenai produk mahupun menjadi agen atau dropship. Alhamdulillah, setiap hari ada sahaja pelanggan baru membuat tempahan atau menjadi prospek pelanggan saya.

Semua ini hasil dari blog bisnes. Saya tidak melakukan sebarang pengiklanan di facebook. Masya Allah. Atas kuasa Allah jua yang menggerakkan pelanggan-pelanggan ini.


Bagaimana blog ini membantu perniagaan anda?

1. Pasang tapak iklan anda di senarai carian google menggunakan medium percuma iaitu blogspot
2. Fokus pada produk atau masalah berkaitan produk seperti yang dibimbing di dalam kelas blog bisnes
3. Website atau entri anda bakal disenaraikan dalam carian enjin google
4. Pembaca mendapat info produk melalui blog
5. Pembaca bertukar menjadi pelanggan
6. No telefon anda dihubungi bagi proses pembelian

Dengan blog bisnes, pelanggan menggunakan carian enjin google bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dan sampai kepada anda sebagai penjual.

Beginilah yang diajar semasa kelas berlangsung. Alhamdulillah, kelas berjalan secara online sahaja.

Sambil-sambil hari ni juga, sesi pembersihan baju, tudung, karpet, cadar patchwork dibuat. Allah..banyak betul kerjanya. Setiap satu kerja ini dilakukan oleh mesin basuh baju berlainan kriteria berdasarkan jenis material kain. Saya jelaskan dalam entri lain ya.

Sempat jugak update 4 blog lain yang saya kendalikan. 1 produk 1 blog.

Cara ini lebih baik kerana berfokus.

Hehe.. alang-alang kami juga sempat berinai anak beranak. Inai kuku sahaja. Anak-anak tambah inai kat kaki.

Bahagia kan berbisnes sambil duduk di rumah? Walaupun agak penuh jadual dan perlu disiplin diri namun ianya amat memuaskan kerana tanpa orang atasan dan tidak perlu ikut masa yang ditetapkan.

Insha Allah


Usaha, rajin dan amanah pasti berjaya. Aamin


Sekian sahaja buat entri hari ni sebagai catatan harian surirumah menjana pendapatan melalui blog. Fuhh, semoga kita ketemu lagi ya


Catat Ulasan

0 Ulasan