Beli Glowing Speed DMS360 di Lazada Belum Tentu Original

Sebenarnya kita sudah maklum tentang produk-produk DMS yang dijual di Lazada. Saya sendiri suka shopping di Lazada. Siapa tidak suka? Barangnya murah dan percuma postage. Tetapi tahukah kalian saya tidak caj pun bayaran pengeposan kepada semua pelanggan dms saya.

Namun, tidak semua barangan di Lazada itu murah. Tetap ada barang berkualiti dengan harga pasaran. Lazada cumalah satu destinasi pembelian online di mana anda boleh mendapatkan pelbagai barangan yang anda perlukan secara percuma penghantaran. Dan ianya terjamin apabila anda membeli belah, Lazada yang menguruskan setiap pembayaran pelanggan, maka tiada isu ditipu tidak dapat barang apabila membeli belah di Lazada.

Tetapi malangnya Lazada tidak dapat mengesahkan produk yang anda dapat itu original atau tiruan.

Isu fake produk DMS ni sudah lama di pasaran. Mungkin kerana produk orang melayu yang bertaraf antarabangsa maka ramai yang meniru. Yang kasihannya saya pada pengguna yang tertipu, terbeli produk fake bukan sahaja membazirkan duit anda tetapi tiada siapa jamin jika krim-krim yang digunakan adalah berasaskan bahan kimia merbahaya atau dari krim kilo.

Jika anda beli produk dms yang original tetapi murah. Itu rezeki andalah. Risaunya yang tiruan dms ni. Entah apa isi dalam produk-produk ni ya.

Orang yang jual fake takkan mengaku fake. Pasti akan jawab dari HQ DMS.

Ada seorang pelanggan setia saya, kisahnya kakaknya tempahkan glowing speed 24k gold di Lazada, tetapi peliknya muka dia makin kusam, krim siang rasa seperti pegang gam dan walaupun tidak digunakan krimnya makin lama makin sedikit. Ha, saya juga turut terkejut membacanya. Jomlah anda baca sahaja perbualan antara saya dan pelanggan tersebut.








Di bawah ni saya kongsikan gambar lebih jelas untuk kalian lihat






Semoga dapat membantu kalian semua. Memang di Lazada murah berbanding harga sebenar produk dms yang original. Jika anda lebih sayangkan duit kocek anda dari muka sendiri. Mungkin membeli produk tiruan tiada bezanya buat anda namun awas ya beli beg berjenama tiruan tidak memberi kesan pada diri anda tetapi terbeli yang tiruan produk kecantikan boleh merosakkan muka malah kesihatan anda.

Tempahlah dengan agen sah dms360. Tidak rugi anda tempah dengan harga sedikit mahal tetapi original.

Nak tahu kenapa dms360 ni sangat popular? Baca sini

 Check out this blog "DMS360 Produk Melayu Bertaraf Antarabangsa" http://www.dms360original.com/2017/03/dms360-produk-melayu-bertaraf.html 


Catat Ulasan

0 Ulasan