Saya Jual Tudung Labuh Murah

Bismillah. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah.  Terima kasih sudi baca entri saya "saya jual tudung labuh murah".

Kita wanita biasa, jika hari ini kita masih tidak mula menutup aurat sebaiknya mengikut syarie. Alangkah indahnya jika kita bermula secara perlahan-lahan mendidik diri mengikut perintah Allah s.w.t.

Dalam al quran dinyatakan, sebagaimana

Allah SWT berfirman:

يٰبَنِيْۤ اٰدَمَ قَدْ اَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُّوَارِيْ سَوْاٰتِكُمْ وَرِيْشًا    ؕ  وَلِبَاسُ التَّقْوٰى   ۙ  ذٰ لِكَ خَيْرٌ    ؕ  ذٰ لِكَ مِنْ اٰيٰتِ اللّٰهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُوْنَ
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 26)

Saya juga baru mula menutup aurat dengan menutupi bahagian dada sepenuhnya kira-kira 2 tahun yang lalu. Secara perlahan juga sebenarnya, pada masa tu pengaruh harga ni turut memainkan peranan. Dengan tiada pendapatan sendiri, harga tudung saiz L juga mencecah RM 40 ketika tu. Agak sukar bagi saya. Tudung-tudung saya kebanyakkannya saiz M. Cukup-cukup sahaja menutup dada.

Saya mulakan dengan tudung size L, saya ingat lagi saya beli tudung sarung ekspress kain denims harganya sahaja sudah RM 40 ke atas. Lagi besar tentulah lebih mahal. Huhu. Manakala tudung bawal bersaiz bidang 45, saya labuhkan lagi jadi nampak lebih besar. Waktu ni memang tak yakin lagi nak cuba tudung saiz lebih besar.

Tahun 2016, inilah tahun penghijrahan saya. Saya mula terus mencuba tudung labuh bersaiz bidang 60. Kebetulan, Allah temukan saya dengan tudung bawal plain bidang 60 berharga cuma RM10 sahaja. Apa lagi terus saya cuba. Perasaan ketika tu, masya Allah.. Besarnya tudung ni!  Kan sebelum ni biasanya bawal 45, saiz M. Jadi bahagian depan dan tepi tudung memang tidak labuhlah. Lengan tudung atas siku sedikit di bawah paras ketiak, bahagian depan pula masih menutup dada tetapi di atas perut. Jadi bila pakai terus bawal bidang 60 ni, terus tutup badan kita.


Macam kartun ni, saya masa tu seperti gaya no 2, tiba-tiba pakai bawal bidang 60 terus seperti model gaya no 1. Kekok betul rasanya.

Suami pun perasan juga kita mula membesarkan saiz tudung. Lebih labuh. Singkat sudah tidak pakai. Alhamdulillah, suami tidak kata apa-apa yang negatif. Bagi saya bila suami tunjukkan respond positif kita pon lagi suka betul? Seiring dengan nawaitu kan.. Tapi masa tu tak lama pakai bawal ni, saya mula malas pin tudung. Disebabkan anak kecil, kena dukung, pin asyik hilang, saya mula menukar arah ke tudung instant. Tak perlu pin.  Sarung sahaja. Tudung ekspress antara pilihan tetapi harga ya Allah.

"Eh susahnya nak jumpa tudung labuh dengan harga yang saya mampu beli"

Ujian sungguh lah bagi saya.

Kemudian timelinenya saya agak lupa juga. Saya terjumpa tudung "instant shawl", tak payah pin katanya. Sarung dua kali siap. Ada 3 saiz dijual ketika tu, saiz M, L dan XL. Harga pon murah lah,sebabnya saiz XL harganya bawah RM50. Tudung ayra Dari Elsajida. Kemudian tudung kedua,  dari Hyat Hijab. Saya order saiz XL warna nude dari Elsajida, kemudian kaler hitam dari Hyat Hijab. Yang hyat Hijab ni lebih mahal. RM59 satu, kerana mungkin material yang digunakan dan keduanya jenis awning. Saiz XL dari Elsajida sangat besar bagi saya, jadi saya pakai terpaksa juga pinkan di bahu kerana masih tidak biasa, manakala tudung dari Hyat Hijab sangat selesa dipakai saiznya juga tidak terlalu besar. Labuh dan molek sahaja bagi saya. Dan selepas inilah episode membeli belah tudung jenis instant double loop. Hehe.

Alhamdulillah, Allah juga memakbulkan doa hambaNya yang mahu berhijrah. Tak lama tu, saya mula jumpa supplier tudung labuh dengan harga yang mampu milik. Saiz bidang 50 ke 60 dengan harga bawah RM60. Malah ada yang berharga RM 30 sahaja. Murah sangat kan?

Bagi saya bertudung labuh kita tetap mahu kelihatan anggun, tidaklah terlalu kolot. Bukan nak kata "pakai kerana mahu kelihatan cantik" tetapi pada usia kita sendiri 20 an ke 30 an ni. Biarlah kita bertudung labuh namun kelihatan sopan dan boleh digayakan ke mana sahaja. Takrifan bertudung labuh seperti makcik sangat membuatkan saya kurang selesa.

Tahun ni pula, 2017, sekali lagi mula jatuh cinta dengan tudung bawal instant. Apa maksudnya? Tudung bawal yang sudah terus dijahit, namun sedikit kelainan iaitu layer singkat di luar. Trend agak lama kan?  Tetapi bidang 60 susah juga tahu mahu jumpa. Harga pula mencecah RM 40 ke RM 60. Bergantung pula jenis kain yang digunakan.

Yang ni Allah ketemukan saya dengan tudung labuh dari Hijab Galeria. Secara jujurnya, koleksi tudung dari Hijab Galeria sangatlah labuh. Dari banyak yang saya beli, hanya tudung bawal Adra dan Princess sahaja saya mampu pakai. Yang lain saya jual semula kerana terlalu labuh. Mungkin juga kerana saya masih tidak selesa dengan tahap yang lebih labuh dari yang sedia ada. Tetapi jika anda mencari tudung labuh murah, Hijab Galeria mungkin jawapannya. Sekarang saya berubah pula kepada bawal instant, dan alhamdulillah bidang 55 dan bidang 60 yang saya pakai ni harganya bawah RM 40. Ada saya jumpa tudung seperti ni tetapi bidang 55 harganya minimum RM 49 bestnya ada banyak pilihan warna yang sangat cun.

Ha, puas membebel tentang sejarah penghijrahan tudung labuh saya. Mari tengok jenis tudung yang saya pakai jom.


Tudung instant double loop ni antara kegemaran saya, sarung sahaja siap. Cantik pon cantik. Mungkin kerana materialnya berkualiti. Harganya bagi bidang 60 ialah RM59 sehelai
Yang ni dari Hijab Galeria, saya beli RM29 sahaja sehelai. Murah sangatkan? Memang sangat labuh. Huhu
Tudung bawal tetapi jenis khimar. Bidang 55 harganya hanya RM33 sahaja. Sedangkan saya ada jumpa satu lagi supplier tudung seakan sama dengan harga RM 79 sehelai. Tetapi material tidak sama, mereka guna material chiffon crystal, sedangkan yang saya jual dan pakai ni menggunakan Heavy Chiffon (seakan chiffon gorgeotte)
Tudung Aishah basic ni la saya maklumkan tadi. Bawal instant bidang 60 harganya cuma RM39 sahaja. Seriusly cantik. Huhu
Instant Jameela (khimar style) RM 33
Tudung Aysar RM30 bidang 55
Pilihan warna tudung aysar

Antara tudung labuh yang saya tunjukkan ni, hanya dari Hijab Galeria sahaja saya kurang menjual. Yang lain insha Allah, stok walaupun agak limited tetapi anda bolehlah dapatkan dari saya.

Instant Nayla double Loop
Instant Jameela
Tudung Aishah Basic
Tudung Aysar

Hubungi saya
Whatsapp: 018-910 0852


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama