Syarat Baru Membuka Current Akaun SSM di Maybank

Bismillah

Alhamdulillah, saya telah berjaya membuka sebuah current account di Maybank. Adakah anda sedang berfikir-fikir untuk membuka sebuah akaun semasa bagi perniagaan anda?


Cara Buka Akaun Semasa/ Current Account Maybank


Untuk perniagaan, anda memerlukan 4 perkara ini untuk membuka sebuah akaun semasa di Maybank.

1. SSM (lesen perniagaan)
2. Cop perniagaan (tidak kiralah bulat ke petak ke, saya pakai yang bulat sahaja - Letak nama SSM dan NO SSM)
3. Introducer (Diri sendiri atau kenalan yang mempunyai akaun semasa lebih 1 tahun di Maybank)
4. Deposit bank RM 1,000 (Jangan risau, lepas tu boleh terus keluarkan duitnya)

Jika anda sudah memiliki ketiga-tiga perkara di atas. Bolehlah terus mengunjungi cawangan Maybank berdekatan anda!

Hehe

Okay. Adakah bila anda je tiga perkara ni akaun terus dapat? TIDAK

Di cawangan tersebut anda akan mula mengisi borang dan seperti sesi pendaftaran. Jadi anda follow sahaja apa yang pegawai Maybank tersebut minta anda lakukan. Kemudian, anda perlu datang semula selepas 3 hari. Kiranya proses ini berlaku dalam masa 3 hari bekerja lah.

Jadi anda akan diberikan nombor akaun semasa dan juga wajib mendownload atau install applikasi Maybank yang terbaru iaitu QRPAY.




Saya baru tahu rupanya current account untuk perniagaan ni tiada kad atm rupanya. Jahil pulak. Selamat duit bisnes kita daripada dibelanjakan sesuka hati kan? Itula yang selalu disebut oleh Tuan Bukhari Ramli, merompak duit sendiri. huhu

Jadi selepas ni, boleh sangatlah kita kawal perbelanjaan bisnes kita dan aliran tunai keluar dan masuk khususnya kita peniaga ni kadang terlepas pandang bab ni. Akhir sekali, duit masuk ke mana, duit keluar ke mana. Gitu.

Untuk pemilik akaun semasa SSM, anda boleh dapat cheque book tetapi saya tidak ambil. Memandangkan saya berniaga 100% atas talian tanpa keperluan fizikal secara offline oleh itu, saya mengelak untuk mengambil buku cek. Biarlah begitu sahaja kan.

Belajar dulu untuk kawal duit perniagaan sendiri. Semoga saya dapat jadi akauntan untuk perniagaan sendiri dengan lebih baik selepas ni.

Apa itu Maybank QRPAY sistem?


QRPay Maybank ni ialah satu applikasi pembayaran/shopping yang sangat dahsyat. Kita boleh terus buat bayaran kepada mana-mana seller Maybank yang memiliki QRPay secara terus.

Kebiasaannya kita transfer akaun kan, atau menggunakan debit atau credit card selain penggunaan tunai, tetapi dengan apps ini anda boleh membuat bayaran terus kepada seller tanpa sekatan!

Mudah bukan?

Jadi keistimewaannya jika anda seorang yang suka COD barang, pembeli atau penjual. Anda ada apps ni urusniaga anda akan jadi sangat mudah. Pembeli hanya perlu scan sahaja QR Code kedai anda dan transaksi siap!

Jadi tiada isu, duit tunai tak cukuplah. Tiada duit kecilla. Jika customer anda ada Maybank akaun. Ada install maybank2u apps maka amat mudah transaksi ini dilakukan. Insha Allah

Potensi urus-niaga anda akan jadi lebih mudah, dan lebih terurus dalam menguruskan duit syarikat. 


Bagaimana Jadi Seller QRPay Maybank?


Tidak kiralah anda pemegang akaun maybank atau tidak, anda boleh menggunakan apps ini bagi pembeli yang mempunyai akaun Maybank!

Yang penting ada SSM :)


Who can apply for Maybank QRPay? 

You must be at least 18 years old and operate a legal business to use Maybank QRPay. Sellers need not be a Maybank account holder to register for this service. Nevertheless, it is highly advisable for you to open a Maybank account for better experience and smoother process when using this service.


Mudah sahaja kan cara membuka akaun semasa di Maybank? Oh ya, anda akan terus dibukakan akaun semasa menggunakan Maybank Islamik kay. Sebab tu depositnya ialah RM 1,000 berbanding RM 2,000 akaun semasa konvensional.

Catat Ulasan

0 Ulasan