Berbakti Kepada Tanah Hasilnya Juga Lumayan!

Bismillah. Assalamualaikum semua




Pagi-pagi lagi abah hidangkan gambar-gambar dari hasil tanaman cili. Mak dah bersara sebagai cikgu sekolah beberapa tahun lepas, mungkin kerana kudrat masih kuat dan minat bercucuk juga atas keinginan kuat abah nak berbisnes maka mak setuju serta aktiviti berkebun cili api di rumah.

Rumah kami di kampung seluas 1 ekar banyak memberi jasanya. Walaupun rumah agak jauh dari bandar, dalam jarak 30-40minit tetapi tidak mematahkan semangat mak abah untuk berusaha. Adik saya yang bongsu, Amir banyak membantu mak abah khususnya apabila terpaksa ke Kuala Lumpur atau menghadiri kursus bagi meningkatkan lagi kualiti dan produksi pokok cili.

Alhamdulillah, rasanya dah masuk tahun ke 3 mak abah berkebun. Sudah semakin cekap menangani masalah-masalah berkaitan penanaman pokok cili. Mulanya cili besar sahaja sekarang ditambah dengan cili api pula. Huh, pedas!

Berbakti kepada tanah ni bagus. Selain membawa hasil yang lumayan ianya dapat mendisiplikan diri kita setiap hari malah dapat menyihatkan tubuh badan. 





Jika mak abah yang berusia 60 tahun ni boleh lakukan. Kita anak muda masih mahu duduk merungut tentang nasib diri? Come onlah. Bangkit segera!


Nota: Saya juga berniaga sepenuh masa di alam maya. Walaupun tak pemes amos tetapi sudi-sudilah jenguk kedai saya. Mana tahu anda perlukan produk dan servis kan?

kedai shopee : www.shopee.com.my/emmemarina

Kedai blogshop :

Catat Ulasan

0 Ulasan