Sakit Itu Penghapus Dosa

Setiap kali saya sakit, suami selalu kata, itulah banyak dosa. Kadangkala rasa geram juga mendengarnya tetapi jika dipandang dari sudut lain. Alhamdulillah, Allah sakitkan kita di dunia untuk capai redha Allah dari kelak terseksa di padang Mahsyar.

Dan sakit itu mengajar kita sabar. Alangkah indahnya, jika kita mampu bersabar semasa sakit. Cuba kurangkan perkataan yang menyakitkan hati kepada orang lain hanya kerana kita sedang menanggung kesakitan. Kerana sesungguhnya, dosa itu datang dari diri kita sendiri bukan orang lain.

Selain itu, banyakkanlah berzikir memohon pertolongan dari Allah dan meminta keampunan.

Inilah kisah saya hari ini.

Saya diuji sedikit sahaja tetapi azabnya hanya yang pernah menanggung sahaja memahami. Sakit apa? Sembelit aje, azabnya sehingga terpaksa ke klinik mencari ubat. Dari pagi semalam, sehingga jam 3 pagi hari ini saya tidak dapat tidur. Kepala sangat sakit. Dan dengan sejarah ada buasir semasa bersalin anak ketiga, luka sangat mudah.

Dalam semua orang nyenyak tidur. Saya berpeluh dan berperang dengan perut yang sakit dan meragam.

Salah saya juga.

Saya sudah tahu masalah sembelit saya agak teruk tapi saya kurang minum air masak, tak makan buah dan seingat saya sepanjang minggu lepas saya juga jarang makan sayur-sayuran. Inilah akibatnya mendera diri sendiri dengan tidak menjaga kesihatan terhadap tubuh badan yang Allah pinjamkan.

Kesian anak saya mahukan perhatian tapi tak mampu saya nak berikan. Mujurlah si kecil mahu tidur di buaian. Jika tidak pasti terganggu dengan mama yang asyik ulang alik ke toilet.

Saya berharap agar dapat lalui waktu ni dengan baik. Esok anak-anak perlukan saya hadir ke sekolah untuk aktiviti Sukan mereka. Dan keadaan saya macam ni, saya berharap saya dapat segera pulih.

Setiap kali sakit yang benar-benar menguji iman, kesabaran... Saya selalu bacakan zikir Hasbunallah wa nikmal wakil dan istigfar. Dua ni sahajalah biasanya pengubat kepada kesabaran atas sakit yang Allah beri.

Semoga kalian juga dapat bersabar akan ujian dari Allah. Sesungguh apa jua yang Allah berikan pada kita, Allah sudah tahu kemampuan kita menghadapinya. Maka, kita patut bersyukur bahawa Allah tidak akan sesekali membebankan kita lebih dari keupayaan diri kita.

Doakan saya ya. Harus ubah cara hidup dan pemakanan. Sudah tentu kita tak mahu terjadi lagi episode ni.

Cukuplah. Nak terberanak saya rasa. He. Seriusly itu yang saya rasa tapi doktor tadi macam nak gelak je. Asalkan dapat sihat, insha Allah dapat pulih dan beri perhatian pada anak-anak semula.

Catat Ulasan

0 Ulasan