Sebarkan dan Bantu Cari Adik Zahiruddin Putra bin Mohd Fauzi



Bismillah...

Ya Allah, Bantulah hambaMu. Temuikanlah anak ini Muhammad Zahiruddin Putra bin Mohd Fauzi dalam keadaan sihat dan selamat kembali ke pangkuan ibunya. 



Buka sahaja Muslimah Channel, saya terbaca latest news mengenai kehilangan seorang anak. Saya tidak dapat membayangkan jika ianya berlaku kepada saya. Sudah 5 hari, anak beliau masih belum ditemui. Allah, tidak dapat untuk digambarkan atau dibayangkan setiap saat akan kehidupan anak dalam masa 5 hari ni.


Rakan-rakan dan pembaca, buka mata dan lihat di sekeliling kalian.



Bantu, share, doakan akan kesejahteraan anak ini. 


Saya kongsikan petikan perkongsian dari Muslimah channel di sini,


Pagi ini adalah suasana paling sukar saya pernah hadapi sepanjang hidup saya. Saya kelu untuk bersuara pada awalnya kerana tidak tahu nak buat apa bila berjumpa Ibu Zahir, kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 16 April lalu di Bandar Seri Putra Bangi.
.
Kelu sungguh sehingga saya banyak mendiamkan diri pada awalnya. Hanya wakil jiran saya yang berbual sama Ibu Zahir.
.
Bila saat kehujung baru saya ada kekuatan untuk memberi semangat tanpa air mata, namun saat-saat terakhir perjumpaan ini buat saya lemah. 
.
Terasa getaran resah lemah dan longlai ketika memegang tangan si ibu. Bengkak sudah mata si ibu. Saya menangis sekali bersamanya.

“Saya teringat dia kalau saya balik kerja minta gula-gula. Dia anak manja saya. Paling manja. Saya tak boleh duduk rumah. Saya ternampak-nampak dia”
.
Ya, ayat itulah yang memecahkan benteng air mata saya. Ayat rindu seorang ibu yang tidak ingin sesiapa rasai. Rindu bagi sebuah kehilangan yang tidak pasti.
.
Saya peluk ibu Zahir. Saya gosok kepalanya. Saya terbayang wajah Harith anak saya. Allah. Sebaknya saya. “Allah ada. Allah ada” itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.
.
Memang buntu Zahir dimana. “Saya tak tahu dia selamat ke. Saya tak tahu dia makan ke. Siapa jaga dia. Orang jumpa jaga dengan baik ke. Lama mana kena tunggu sebelum bertemu dia. Atau saya perlu anggap takkan jumpa untuk Redha?”
.
Allah kata-kata itu terus menghiris hati saya. Beratnya dugaan mu wahai ibu. Besarnya ujian mu. Takkan mampu diluahkan betapa susahnya hatimu memikirkan dimana anak mu.
.
Ibu Zahir ibu tunggal. Seorang diri membesarkan anak-anaknya. Bukan mudah dan disini katanya tiada keluarga. “Saya tak boleh fikir. Nak urus rumah pun rasa lemah memikirkan Zahir”
.
Allah. Tolong. Tolong saya sama-sama #kongsi luahan hati ibu Zahir ini supaya lebih ramai menyedari kehilangan ini dan sama-sama mendoakan agar adik Zahir kembali ke pangkuan ibunya. Anak manja si ibu yang sangat dirindui.
.
Ya Allah, kembalikan lah Adik Zahir kepada ibunya. Kembalikanlah. Amin.
.
Azlia Ajid
(Saya tak dapat bayangkan perit hati ibu Zahir. Allah.)
@muslimahcircle

Catat Ulasan

0 Ulasan