Anak patah kaki

Malang tidak berbau, kerana kita manusia kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku kan? Tak sangka juga saya anak saya patah kaki dia. Saya nampak cara dia jatuh tu macam terpeleok sahaja. Mungkinlah rasionalnya kaki termasuk dalam bahagian lubang tanah tak rata menyebabkan jatuhan tu kuat.



Saya silap juga tidak terus buat cek up dan hanya ke klinik biasa. Jadi pada hari pertama, kita hanya ingat oohh, bengkak sebab terseliuh agaknya. Malam tu suami tuam kaki anak dengan ais. Kebiasaannya, bila bengkak dan tuam ais ni cepat surut. Namun kaki anak tetap bengkak dan tengok makin bengkak. Kita tak tahu dan biarkan dia berjalan kan, dah mengeruhkan kaki dia lagi. 


Kaki stress, makin sakit dan bengkak. 


Pagi tu jugak, suami bawa anak ke klinik panel, xray. Sahihlah patah. Nasib baik bukan patah dua, patah kaki dia ni lebih kepada pecah, retak. Dan tuk kepastian doktor panel minta kami bawa ke hospital dan bertemu pakar. Masa ni saya tak ikut suami. Dialah seorang diri uruskan anak. Syukurlah suami cuti. 





Tiba-tiba saya dapat gambar ni dari suami. Betullah patah. Aiyoooo😅


Doktor rekomen untuk bedah dan letak skru supaya cepat sembuh. Buat masa ni kami menolak. Tengok lagi seminggu macam mana. Saya harap ada perubahan yang positif. Lasak pun ya seorang ni. Dah patah kaki tetap nak bermain-main. 


Sahabat semua doakan semoga anak cepat sembuh seperti sedia kala ya. 


Catat Ulasan

1 Ulasan