Dosa Mengumpat dan Ghibah

Orang mengumpat bila ditegur berkata "eh bukan mengumpat tapi cakap benar aja", orang yang menyibuk bertanya hal orang yang tak berkaitan dengan dirinya bila ditegur berkata " eh bukan nak menyibuk cuma suka nak tahu je, nanti boleh tolong jawab".





Hakikatnya pendosa ini sedang cuba menjustifikasikan dosa dan meminimakan rasa berdosa. Ini sifat bahaya pencetus sifat nifaq. Berhati-hatilah.


Mengata yang benar itulah mengumpat, mankala yang tidak benar itu buhtan atau pendustaan terhadap orang lain..resepi muflis di akhirat.


Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya tentang ghibah, beliau menjawab:
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لما سئل عن الغيبة قال : ذكرك أخاك بما يكره . قيل : أفرأيت إن كان في أخي ما أقول ؟ قال : إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته ، وإن لم يكن فيه فقد بهته .
ertinya: , beliau mengatakan: [ghibah] itu adalah kamu menyeritakan tentang saudaramu dengan apa-apa yang saudaramu sendiri tidak suka diceritakan, maka ia bertanya; bagaimana pandanganmu jika memang benar kenyataan yang ada pada saudaraku itu berkenaan apa yang aku ceritakan,?


maka baginda menjawab: "maka itulah ghibah [mengumpat], dan apabila tidak ada kenyataan pada saudaramu apa yang kamu ceritakan, maka berarti kamu membuat kedustaan [fitnah] kepadanya." [ hadis sahih - Riwayat Muslim ]


Dr ZaharuddinAbdRahman


Saya takut juga jika ghibah menjadi sebagian dari perkataan bualan saya. Oleh sebab itu, saya kurangkan berbual tanpa hala tuju. Isteri hanya ada suami dan anak-anak. Maka jika para isteri melakukan ghibah, bukankah bertambah dosanya kerana hanya subjek suami dan keluarga sahajalah bakal diceritakan. Semoga kita jaga lidah kita dari berhenti menceritakan perihal rumahtangga walau sekadar bergelak ketawa. 

0 Comments