Full Time Blogger

Blog ini sudah agak bersarang tetapi tidak mungkin untuk saya tinggalkan. Setiap kali blogwalking dan lihat kerajinan dan ketekunan rakan blogger menceritakan setiap kisah dan sharing mereka, saya tidak pernah jemu! Merekalah inspirasi saya.






Rakan-rakan blogger sama ada popular atau baru naik. Di mana jua anda berada, ketahuilah saya amat mengkagumi semangat kalian. Hanya penulis sahaja dapat merasakan perasaan kita penulis update setiap hari di ruangan blog ni.


Perjalanan permulaan entri, pertengahan dan penutupan. Artikel research dan finding. Pelbagai jenis gambar dan penulisan. Ini semua ialah watermark sahabat blogger.


Terima kasih kerana anda semua sudi berkunjung di blog kecil saya ni.


Saya nak juga bercita-cita menulis sepenuh masa di blog. Bukan sahaja menulis apa yang disuka tetapi menulis apa yang kalian turut suka. Sambil membantu ramai pembaca mendapatkan ilmu-ilmu yang diperlukan di sini.



0 Comments