Tutorial Shopee Ads Keyword Ads 2019

Assalamualaikum. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk saya buat tutorial Shopee Ads buat pembaca semua. Saya bukanlah pakar namun saya berharap agar tutorial ini sedikit sebanyak membantu kalian membina iklan anda di Shopee. Jangan takut untuk mencuba kerana kejayaan itu datangnya dari insan-insan hebat yang tidak takut akan cabaran =)


Okaylah tak mahu sembang sangat ni. Hehe. Marilah kan kita study bagaimana nak tingkatkan sales di Shopee sambil meminimumkan kos pengiklanan kita ya. Iyalah, jika boleh kita kurangkan kos marketing kita cuba.


Di Shopee ada 2 jenis iklan berbayar:-

1. Keyword Ads
2. Targeting Ads


Keywords Ads ini yang paling femes kerana ia lebih luas pencarian dan boleh capai lebih ramai prospek membeli produk anda! Gitu.



Jangan buang masa.....



Apa Itu Shopee Keyword Ads?


Keyword atau melayunya kata kunci. Anda akan dicas bayaran bagi setiap kata kunci anda yang prospek tekan. Mat Salleh kata, your ads will be charges when someone click your ads. Lebih banyak click lebih bagus!!! Betul?


Hah! Malangnya kalau salah buat keyword, click banyak bukannya kaya tetapi kayap. Oleh sebab itulah walaupun mudah nak buat Shopee Ads jika tidak berhati-hati anda mungkin sedang membuat iklan secara buta tuli. Namun.... jika anda kaya, ada ongkos iklan yang banyak. Siapalah kami untuk menghalang cara anda =)


Bagaimana Membuat Shopee Ads Dengan Berkesan?



Soalan ini saya pun suka bertanya. Tetapi pengalaman buat iklan dari dulu. Kita akan sentiasa fokus kepada sasaran yang lebih kecil. Bahasa lainnya Targeted Prospek



Maksudnya, kita buat iklan gunakan keyword yang lebih menjurus kepada produk yang kita jual. Contoh paling ringkas anda menjual JUBAH.


JUBAH secara umum tersangatlah besar. Tetapi orang yang mencari jubah untuk dipakai mempunyai ciri-ciri yang mereka inginkan. Apa ciri-ciri tersebut?


Mungkin

1. Jubah nursing - dicari oleh ibu-ibu yang breastfeed anak mereka. Mereka perlukan jubah yang ada zip di hadapan atau diselak. KEYWORD nursing, menyusu

2. Jubah ironless - ini adalah carian yang paling trending sekarang. Jika ada mempunyai jubah yang memiliki ciri yang dicari, insha Allah peluang anda mendapat pelanggan adalah tinggi.

3. sekian sekian



Jadi setiap ciri dan fungsi yang ada pada sehelai JUBAH itu sangatlah penting dan wajib anda gunakan bagi meluaskan lagi prospek targetted kalian.



Masih Tak Nampak?



Okay. Saya bahagikan keyword kepada 3 kategori:-


1. Terlalu UMUM - Terlalu luas sehingga ia mungkin akan merugikan anda. Contohnya; baju, jubah. Namun keyword ini sesuai bagi menaikkan view produk anda walaupun belum tentu closing tinggi.




2. Keyword Berkait - Tidak lari jauh dari ciri dan tajuk produk anda. Jubah untuk memudahkan ibu menyusukan anak mereka kan? Contohnya; suplement tambah susu badan, jubah berzip, breastfeeding etc etc



3. Targetted Keyword - Terus gunakan keyword yang menunjukkan prospek anda. Nak jual kat audiens mana? Ibu yang menyusukan anak dan suka pakai jubah kan? OK. Contoh keyword anda; jubah nursing, jubah breastfeeding friendly,




Jika anda bermula, pastikan anda dah betulkan setting.


Pastikan setting iklan anda disetkan kepada EXACT MATCH dan gunakan BID TERENDAH iaitu RM 0.06 (dulu RM 0.03 je tauuu huhu).


BOLEH KE BOLEH?


OK. Sila tengok video tutorial Keyword SHopee Ads ini dengan baik ya. 






Adakah entri ini membantu kalian? Tolong share supaya lebih ramai dapat tonton dan gunakan bagi meningkatkan sales mereka di Shopee ya.



Terima kasih. Semoga bertemu lagi di entri yang lain.

0 Comments