Hikmah PKP Bersama Keluarga

Jika sebelum ini kita merasakan kurangnya waktu bersama keluarga. Suami sibuk bekerja dan isteri walaupun surirumah tetap sibuk menguruskan anak-anak sendirian, dalam kesibukan itu kita kurang mendekatkan diri antara satu sama lain. Mengenali kembali suami, isteri dan anak-anak tercinta.


Maka, PKP inilah waktu terbaik untuk kita lebih mengenali ahli keluarga sendiri. Yang sebelum ini terlalu sibuk bekerja, sudah punya masa melihat perangai masing-masing. Ah, barulah tahu begini rupanya isteri aku dirumah. Ohhh, anak-anak aku ini bukan main nakal ye. Biasanya tidaklah senakal ini, tetapi disebabkan sudah 24 sehari bersama berbulan pula tu. Hah, terbitlah semua perangai yang selalu disembunyikan!


Alhamdulillah, dalam kita merasakan payah sebenarnya penuh hikmah.


Suami boleh melihat isteri tersayang sentiasa. Kelmarin ke, ada pula rupanya ramai para suami mula culas apabila tidak dapat bertemu isteri rahsia. Hah, terbongkar sudah kisah konspirasi rumah tangga. Harapan saya agar kalian tidaklah bergaduh sakan, berbincang dengan baik. Berlakulah adil wahai para suami sekalian. Sudah kalian yang buat hal kan huhu. 


Kerajaan di bawah pimpinan Abah Din sangatlah saya kagumi. Pertama kali dalam sejarah hidup ni saya sentiasa alert dengan pengumuman Abah Din. Saya suka dengan sikapnya dan cara percakapan beliau. Alhamdulillah, di saat kritikal ini kita disatukan di bawah pimpinan PM kita Abah Din dan seluruh jemaah menteri yang sangat berkaliber. 


Bisnes online saya mulanya saya rasa risau juga. Syarikat Enuur cuti 2 minggu pada PKP 1 sehingga saya tidak berani ambil order. Kemudian bila HQ mula beroperasi semula walaupun tidak sepenuh masa saya rasa bersyukur. Lebih baik daripada terus tidak beroperasi kan?


Semasa PKP juga, Alquran Digital Al Qolam mendapat sales yang sangat memberangsangkan sehinggalah habis terus stok di HQ. Masya Allah. Sudah habis stok, terpaksalah tunggu restok yang mungkin akan sampai around Jun 2020. Lama kan? Tetapi apakan daya seluruh Dunia mengalami masalah yang sama. Lockdown. Quran digital ni dari Indonesia, jadi menggunakan kapal untuk sampai ke sini mengambil masa biasanya sebulan, namun disebabkan isu dunia ni maka kemungkinan masa itu akan jadi lebih lama. Walaubagaimanapun, tetaplah kita berdoa agar restok quran digital al qolam sampai sebelum Jun 2020.


Bisnes apa lagi ya?


Jangan lupa bisnes kesayangan saya iaitu Jam Solat Buruj Watches, tetap juga beroperasi walaupun tidaklah hari-hari. Malah banyak sales dan hadiah diberikan sempena PKP ni tau. Dah nak kena restok lagi gift saya di HQ. Ya, ya... demi customer kesayangan semua. Saya meletakkan hadiah istimewa khas buat pelanggan Emme Marina. HQ kadang-kadang ada gift, kadang tiada. Oleh itu, saya akan poskan setiap masa gift buat pelanggan semua. Sayangkan saya kat korang?


hmmm.. Ini ada satu berita sedih. Founder DMS360 iaitu CFU DMS baru sahaja meninggalkan kita semua. Arwah meninggal dunia kerana serangan sakit jantung. Innalillah. Tinggallah anak-anak arwah menguruskan DMS360 selepas ini. Alhamdulillah, anak-anak CFU sudah besar. 



Banyak lagi nak diceritakan tetapi kita simpanlah buat esok lusa. Anda pula bagaimana? PKP bersama keluarga? PKP ekonomi? Saya doakan agar seluruh sahabat saya di alam maya terus sukses, ceria, bahagia dan dirahmati Allah.


Hari ini sudah 2 Ramadhan. Terasa cepatnya masa berlalu. Kandungan saya pula sudah 23 minggu. Cepat kan masa berlalu?



Kalian nak tahu lebih lanjut mengenai produk jualan saya?


Marilah singgah-singgah di sini

Catat Ulasan

0 Ulasan